Penyanyi dan pelakon terkenal, Jennifer Lopez, meluahkan semua perasaan yang terbuku di hati dalam temu bual bersama Alicia Quarles.
Jennifer yang juga juri American Idol berkata, dia menceritakan kisah cintanya dengan lebih terperinci menerusi buku terbarunya, True Love.
"Dalam buku itu, saya digambarkan sebagai wanita yang sedang dalam proses ke arah yang lebih baik. Saya juga berkongsi mengenai permulaan yang baik untuk menjalani kehidupan.
"Kegembiraan dan puas hati dengan setiap pencapaian kita adalah salah satu cara agar hidup kita sentiasa tenang. Semua orang harus yakin dengan diri sendiri. Itu antara rahsia untuk lebih ceria.
"Semua aktiviti yang saya lakukan mempunyai mesej supaya sayangi diri kita terlebih dulu barulah kita dapat merasai erti cinta yang sebenar. Ia mungkin kedengaran pelik, tetapi itulah hakikatnya," kataÂ-nya. Katanya, andai seseorang itu tidak menghargai dirinya, segala pencapaian serta wang ringgit tidak bermakna. Setiap individu harus berani menerima dirinya seadanya. Itulah erti cinta sebenar.
Walaupun mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia, Jennifer atau J.Lo tidak terlepas daripada kritikan negatif. Hingga satu ketika dia kecewa dan merasakan tidak ada seorang pun menyukai dirinya.
"Semua orang mempunyai kecenderungan untuk melihat cerita negatif. Tanpa sedar kita terus membuat kesimpulan semua orang membenci kita. Apabila difikirkan kembali, tidak masuk akal bila kita lakukan perkara sedemikian kepada diri sendiri," katanya.
|