Thailand telah memperkenalkan gambar-gambar menakutkan pada bungkusan rokok lebih awal berbanding Malaysia.
Negara jiran itu turut mempunyai peraturan tersendiri dalam kempen menggalakkan rakyatnya supaya tidak merokok.
Antaranya, rokok tidak boleh dijual secara terbuka dan perlu disimpan dalam almari tertutup yang hanya dibuka apabila ada pembelinya.
Rancangan televisyen dan filem yang mengandungi adegan merokok juga perlu ditapis dengan diletakkan 'petak-petak' supaya bahagian rokok 'disembunyikan'.
Tidak berpuas hati dengan usaha yang ada, kerajaan Thailand kini 'menaik taraf' gambar-gambar menakutkan yang ada pada bungkusan rokok.
Selain 'gambar konservatif' seperti kaki dan mulut yang reput, kerajaan Thailand memperkenalkan gambar mayat pada bungkusan rokok dengan harapan dapat menakutkan perokok.
Ramai rakyat Thai menganggap ia merupakan langkah yang tepat, namun ada juga yang berpendapat ia tidak akan berkesan terhadap perokok tegar.
selain letak gambar babi mcm cadangan tu
kalau boleh gambar muncung babi tu
kasi closed up sikit
letak jugak ayat 'lagi banyak lu merokok lagi cepat lu mampus'
Post time 10-11-2014 11:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
aku ada tgk dekat negara mana tah, dia letak gambar dekat kotak rokok dia, cthnya anda dapat beli motor dengan 100 kotak rokok. siap gmbr motor lagi. atau dgn 50 kotak rokok (kalau dia berenti la), anda dah boleh menikmati percutian ke oversea. mcm tu la kiranya. aku rs kempen dia agak berkesan la dari letak gmbr penyakit sbb ramai org xtakut pon gambar penyakit. sbb jarang jadi depan dorg. tp dia letak kempen, kalau anda beli 50 ke atau beratus kotak rokok spjg hidup dia, jumlah tu anda sbnrnya dah boleh beli motor ke, kete ke (kalau berhenti). ini wat kan org berfikir jugakla.