View: 2063|Reply: 0
|
1 Tips Untuk Anak Yang Kena Pakai Nebulizer Sebab Asma
[Copy link]
|
|
Zaman ni agak biasa kita dengar anak-anak diserang asma kan. Dan seolah pakai nebulizer atau inhaler tu jadi benda biasa sahaja. Kenapa dengan asma ni dan kenapa masa sekarang kerap pula kedengaran anak-anak yang menghidapnya.
Apakah itu Asma atau Asthma?
Asma adalah satu keadaan di mana ruang pernafasan (airways) di paru-paru menjadi sempit. Ini menyebabkan berlaku “wheezing” iaitu kedengaran macam bunyi siulan oleh kerana udara terhalang ke paru-paru. Boleh juga dikatakan semput atau sesak nafas. Bila laluan in imenjadi sempit maka udara yang masuk ke paru-paru adalah sedikit dan boleh menyebabkan semput atau sesak nafas tadi, juga boleh sebabkan batuk.
Ada 3 keadaan yang menyebabkan saluran ni jadi sempit iaitu:
–>> disebabkan oleh keradangan (inflammation)
–>> mukus yang menghalang “airways”
–>> Otot di bahagian “airways” menekan yang dipanggil “broncoconstriction”
Cara Pantas Merawat Asma Semasa Kecemasan
-->>Lihat dulu samada serangan itu biasa atau bahaya. Jika serangan asma yang teruk terus hubungi hospital atau terus hantarkan anak anda ke bahagian kecemasan.
-->> Jika serangan asma peringkat biasa, anda boleh buat cara seperti di bawah.
dudukkan pesakit atas kerusi dan minta mereka merapatkan tangan ke lutut untuk mengurangkan tekanan pada diafragma (otot yang berkait rapat dengan pernafasan).
-->> berikan mereka inhaler.
Bacaan lanjut:http://goo.gl/VVXjv5
|
|
|
|
|
|
|
| |
|