CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3924|Reply: 23

[Tempatan] Trending: Program kebajikan “RM1 Untuk RM1” .Gadis Menawan Pemurah

[Copy link]
Post time 6-11-2014 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Kebiasaannya orang berniaga hanya memikirkan keuntungan semata-mata, malah menjadi kebanggaan kepada mereka sekiranya mampu memiliki rumah besar dan deretan kereta mewah sebagai tanda kejayaan masing-masing.

Berbeza dengan gadis muda yang prihatin ini, Iza Sharmila Sallehuddin, 25, yang komited kepada konsep perniagaan sambil beramal.

Niatnya mulia, tidak lain tidak bukan bagi menghulurkan bantuan dalam bentuk wang ringgit atau barangan keperluan demi memastikan kebajikan terpelihara selain membantu kelangsungan hidup golongan yang memerlukan.


Hasil didikan ibu yang sering memupuk sifat belas ihsan terhadap orang lain meninggalkan kesan mendalam di lubuk hatinya.

Demi memenuhi hasrat terus membantu orang lain, Iza Sharmila sanggup meninggalkan kerjaya dalam bidang pemasaran selepas bekerja hampir dua tahun.

Menurut Iza, segalanya bermula pada 2011 apabila dia dan kakaknya, Iziana Shafira, 29, bersama rakan menyertai aktiviti kebajikan untuk menghulurkan makanan kepada golongan gelandangan di kawasan Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Memiliki bakat menghasilkan biskut, dia dan kakaknya membawa makanan itu untuk diberikan kepada golongan berkenaan.

"Sejak itu, saya sering mengikuti program kebajikan. Saya dan kakak berusaha memberikan apa yang kami termampu untuk membantu orang lain.

"Ibu sering menanam sifat empati dalam diri kami adik-beradik membuatkan kami terasa terpanggil untuk membantu golongan susah.

"Malah minat membakar biskut juga datang daripada ibu kerana ibu rajin menghasilkan biskut setiap kali ada orang datang ke rumah," katanya.

Menceritakan mengenai usaha kebajikan yang dijalankannya, Iza Sharmila berkata pada masa sama, dia juga mempunyai minat mendalam terhadap bidang masakan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Universiti Manchester, United Kingdom ini berkata, disebabkan sering membuat kuih dan memberikannya kepada jiran tetangga, ada jiran yang berminat membuat tempahan.

"Bermula dari situ timbul idea untuk berniaga sambil beramal, lalu saya dan kakak memulakan program kebajikan yang kami kenali sebagai 'RM1 Untuk RM1'.

"Apa yang kami lakukan adalah kami akan membuat biskut dan menjualnya. Lalu 10 peratus daripada keuntungan akan kami gandakan dengan jumlah yang sama sebelum kami mencari rumah kebajikan untuk menyampaikan dana," katanya yang turut mengambil tempahan melalui Facebook/bakedkl.

Bukan saja derma dihulurkan dalam bentuk wang, ada masanya Iza Sharmila dan kakaknya meluangkan masa melawat rumah kebajikan untuk mengetahui keperluan penghuni di situ.

Sebaik mengetahui keperluan rumah kebajikan berkenaan, Iza Sharmila akan menggunakan wang yang dikumpul hasil jualan untuk membeli barangan yang diperlukan itu.

Pada peringkat awal, derma yang dihulurkan sekitar ratusan ringgit, namun apabila jualan biskutnya mendapat sambutan, dana yang diperuntukkan untuk rumah kebajikan juga meningkat sehingga ribuan ringgit.

"Kami juga memaklumkan kepada pelanggan sebahagian hasil jualan kami pada bulan berkenaan akan disumbangkan kepada badan kebajikan tertentu supaya mereka tahu nama persatuan atau rumah kebajikan yang akan mendapat sumbangan bulan itu.

"Malah, kami juga tidak menolak jika ada pelanggan dengan rela hati ingin menambah sumbangan dari poket mereka sendiri untuk membantu golongan tidak berkemampuan ini," katanya.

Iza Sharmila akui, semangatnya untuk membantu golongan susah melalui perniagaan semakin hari semakin berkobar-kobar, terutama apabila melihat sendiri wajah orang yang menerima bantuan.

Perniagaan biskut yang diusahakannya, www.bakedkl.com, semakin rancak apabila kakaknya, Iziana Shafira, turut meletakkan jawatannya untuk serius membantu mengembangkan perniagaan berkonsepkan kebajikan itu biarpun memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom.

"Kami gembira kerana ibu bapa menyokong usaha ini dan gembira dapat beramal. Memang ada orang yang bercakap mengenai tindakan saya yang belajar tinggi tapi berniaga biskut, namun bagi saya paling penting, walau apa pun yang kita lakukan, kita perlu lakukan yang terbaik," katanya.





      Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:01 AM   

IZIANA Shafira dan Iza Sharmila dengan barangan keperluan untuk didermakan.




IZIANA Shafira dan Iza Sharmila dengan barangan keperluan untuk didermakan.








- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6792#sthash.l8zUFhXJ.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 10:50 AM | Show all posts
emmm..syomel ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 11:12 AM | Show all posts
wah  bagus... bisnes sendiri lagi bagus kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 11:19 AM | Show all posts
fuhh rembes..ejas wechat id
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Cun.... Bole buat Bini..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 11:29 AM | Show all posts
Dah nikah ke belum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2014 11:46 AM | Show all posts
Saya juga ingin melakukan kerja amal dengan menikahi anda
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 11:55 AM | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 11:56 AM | Show all posts
nampak rumah macam besar je belakang tu. dah la comel, kaya lak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:09 PM | Show all posts
Alhamdulillah...mulianya hati..smoga dilimpahkn rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 07:03 AM | Show all posts
Baguslah....     
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 07:16 AM | Show all posts
comel....comel.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 07:21 AM | Show all posts
Kenapa cerita amalan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 07:25 AM | Show all posts
Ini mcm baru cun.. Famri7 suka sama itu zainah sis
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bless them
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2014 08:44 AM | Show all posts
tak semua orang ada kelebihan yang anda miliki..teruskan usaha murni anda itu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 09:04 AM | Show all posts
untungla comey,
klu x comey, hambar la hendaknye thread ni..

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 09:36 AM | Show all posts
Muka Iziana tu pelik. Huntunglah cantik, pandai lak tu. Boleh buat bini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 06:23 PM | Show all posts
muka cantik, hati pon cantik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.325269 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list