CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25352|Reply: 500

[Tempatan] Bimbang belanja kahwin mahal lepas GST?Betul ke?

[Copy link]
Post time 3-11-2014 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan


KERAJAAN akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa April tahun depan. Masyarakat tidak berhenti bercerita soal GST dan tercetusnya pelbagai reaksi. Lebih menarik khabarnya, ada pasangan ambil kesempatan untuk berkahwin sebelum GST dikuatkuasakan.

        Ada beranggapan kemungkinan belanja perkahwinan meningkat selepas GST dan tinjauan Sinar Harian ketika pameran perkahwinan di Shah Alam  baru-baru ini mendapati kebanyakan penyedia katerer, khemah atau kanopi, pakaian pengantin dan pelamin memberitahu akan menaikkan harga barang serta perkhidmatan mereka selepas GST.

        Manakala beberapa bakal pengantin ketika ditemui berkata,  akan melangsungkan perkahwinan sebelum GST. Untuk mendengar cerita kedua-dua belah pihak, ikuti kupasannya oleh Sinar Harian.
        Bakal pengantin bakal terbeban  lepas GST?

        Kebanyakan golongan muda berhasrat menamatkan zaman bujang mereka sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1 April tahun depan.

        Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata orang ramai meluahkan kebimbangan terhadap kenaikan kos perkahwinan ekoran sistem percukaian baharu itu.

        Penganalisis media, Alima Ramli, 26, berkata, dia bersama pasangannya merancang berkahwin pada 28 Mac depan untuk mengelakkan terbeban akibat kenaikan kos perkahwinan selepas GST.

“Saya pernah baca artikel ditulis Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) yang menasihati golongan muda supaya berkahwin sebelum GST kerana dikatakan akan membebankan bakal pengantin menanggung kos yang tinggi.

“Walaupun GST belum dilaksanakan, tetapi hasil tinjauan saya di kedai-kedai perunding perkahwinan, saya dapati, berlaku kenaikan harga seperti untuk fotografi dan mekap. Untuk busana pengantin itu memang kita tahu mahal sebab ia bergantung kepada material kain yang kita gunakan,” katanya.

        Bagi menjimatkan kos, Alima dan tunangnya akan melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan di Putrajaya pada hari yang sama.

        "Kebetulan memang rumah keluarga kami berhampiran. Jadi, tidak perlulah kami mengadakan majlis resepsi dua kali.

        "Selain itu, untuk menangani kos perkahwinan semakin naik, kami ambil pakej kad kahwin bersama kotak cenderahati. Barang untuk diisi dalam kotak nanti akan kami beli sendiri. Cara itu lebih jimat berbanding jika kita beli 'doorgift' yang sudah siap," katanya.

        Bagi pasangan kepada Alima, Mohd Fuad Herman, 29, berkata, dia sudah menyediakan wang tambahan sekiranya berlaku kenaikan harga barang perkahwinan tahun depan.

“Pelan kontingensi amat penting untuk kecemasan sebagai pelan sokongan jika memerlukan wang tambahan.

“Apa pun, sebagai alternatif mengatasi kenaikan harga pakej perkahwinan itu, kami mengunjungi ekspo perkahwinan untuk mendapatkan tawaran harga promosi yang berbaloi,” katanya.

Rancang bajet perkahwinan

        Pekerja swasta, Azureen Zulkifli, 21, berkata, niat asalnya mahu menamatkan zaman bujang sebelum GST dilaksanakan kerana mahu mengelak terpaksa tampung kos yang tinggi untuk perkahwinan.

        Namun, katanya, hasrat itu mungkin terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada tunangnya yang baru sahaja menamatkan pengajian.

“Biarlah kami stabil dulu. Kami jangkakan akan berkahwin pada hujung tahun depan, Insya-ALLAH.

“Masih ada masa kami buat tinjauan dan perbandingan harga untuk dapatkan pakej perkahwinan yang memenuhi bajet kami. Kami banyak kunjungi ekspo pengantin dan buat tempahan awal untuk dapatkan harga promosi,” katanya.

        Azureen tidak menafikan harga untuk pakej perkahwinan lengkap pada masa kini agak mahal dan memerlukannya berjimat untuk hari bahagianya.

“Saya tengok, ada kenaikan 10 peratus untuk barang-barang perkahwinan seperti cenderamata dan kad kahwin. Itu saya lihat di kedai berhampiran rumah saya.

“Sebelum kahwin, kita kena rancang bajet  untuk elak pembaziran dan yang penting kena ada pelan alternatif  atasi masalah kenaikan harga pakej perkahwinan ini,” katanya.

Kahwin sebelum GST murah

        Sementara itu bagi seorang lagi bakal pengantin yang hanya ingin dikenali sebagai Lisya beranggapan, melangsungkan majlis perkahwinan sebelum GST murah dan menjimatkan.

        Menurutnya selepas GST dilaksanakan sewa dewan misalnya mungkin akan naik sekali ganda,  sebagai contoh sekarang sewa RM1,000 bila GST dilaksanakan akan naik sehingga RM2,000.

        Menurutnya, berdasarkan pengalaman bertemu para peniaga semasa memilih perkhidmatan untuk perkahwinannya,  rata-rata peniaga itu  menyatakan bahawa akan mengambil kira kos dalam perniagaan mereka.

“Kos pengangkutan, minyak naik dan semua benda jadi mahal, jadi untuk kahwin apabila ada GST mungkin perlukan belanja sehingga RM30,000,” katanya.

         

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bimbang-belanja-kahwin-mahal-lepas-gst-1.330009

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2014 12:44 PM | Show all posts
GST: Harga kad kahwin dijangka naik
  • Sebahagian kad kahwin yang dijual di Kad Kahwin Grafika
[url=][/url][url=][/url]


HARGA kad kahwin dan semua perkhidmatan percetakan seperti bunting, kotak, penunjuk arah dan sampul bercetak dijangka naik selepas GST dilaksanakan.

        Pengarah Kad Kahwin Grafika, Izzat Rahim berkata, ini kerana, pengeluar kad kahwin terpaksa menampung kos percetakan yang tinggi kerana kilang percetakan  akan menaikkan harga ketika itu.

“Semua kad kahwin, bunting dan barangan berkaitan kami reka sendiri.

        "Namun untuk percetakan, kami hantar ke kilang. Setakat ini, kilang percetakan masih senyap (tidak maklumkan tentang kenaikan harga percetakan selepas GST), namun kami yakin ia akan naik.

“Tapi, bagi pelanggan sudah buat tempahan daripada kami dengan harga promosi, kami tidak akan naikkan harga kad dan perkhidmatan percetakan kami walaupun ketika itu kos percetakan meningkat,” katanya ketika ditemui pada Ekspo Perkahwinan Jom Kahwin, di Shah Alam, baru-baru ini.

        Menurutnya, setiap tahun, harga kad ada dinilai dan mungkin akan dinaikkan sekitar satu hingga dua peratus, bergantung pada kos semasa.

“Buat masa ini, kami masih menjual kad kahwin dengan harga antara 25 sen hingga RM1.50 sekeping, bergantung pada saiz dan kuantiti.

“Jika pelanggan ingin jimat, mereka boleh ambil pakej lengkap percetakan merangkumi kad kahwin, kotak, bunting, penunjuk arah dan sampul bercetak dengan tawaran harga menarik, berbanding jika beli secara berasingan,” katanya.

        Pada masa depan, dia merancang membeli mesin percetakan untuk mencetak sendiri kad kahwin dan semua barangan berkaitan percetakan bagi mendapatkan kos lebih efektif, sekali gus mampu menawarkan harga lebih rendah.

        Sementara itu, seorang jurucakap di sebuah kedai kad kahwin yang enggan namanya disiarkan berkata, harga kad dan perkhidmatan percetakan seperti bunting, kotak kecil dan penunjuk arah tidak akan naik sekiranya kerajaan tidak mengenakan GST terhadap pengeluaran
        barangan itu.

“Buat masa ini, harga kad kahwin dan perkhidmatan percetakan kami tidak ada kenaikan harga,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/gst-harga-kad-kahwin-dijangka-naik-1.330014





Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 12:47 PM | Show all posts
ini semua salah keluarga perempuan dia ingat semua lelaki ni retis ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 12:54 PM | Show all posts
sukurrrrrrrr kau nak....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 12:56 PM | Show all posts
dah kawen nk buat meriah2 gtu
haruslah modalnya meriah juga
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 01:35 PM | Show all posts
kad kawin pon nak fancy2...apakejadah...lepas kenduri org buang jugak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2014 01:43 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 3-11-2014 01:35 PM
kad kawin pon nak fancy2...apakejadah...lepas kenduri org buang jugak...

Dia orang cakap nanti...kawin hanya sekali saje...

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat simple2 sudah.. ikut kemampuan.. tp mmgnya kwn aku pun ada mention psl belanja kawin naik sbbkan GST..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2014 01:52 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 3-11-2014 01:35 PM
kad kawin pon nak fancy2...apakejadah...lepas kenduri org buang jugak...

tu la kan.
kad kawen, door gift tu sume mende membazir..
last2 dibuang je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 02:14 PM | Show all posts
Tok Kadi register GST. Kena caj 6% GST la.
Kawin ikut kemampuan la. Nanti hutang sana sini, lps kawin hidup bayar hutang. Gaduh, cerai
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 02:35 PM | Show all posts
proses nikah pun ada gst gak ker..???..
x yah la nk grand2 kalau x mampu & berhutang sana sini..
ikut je la kemampuan..
yg penting nikah nya..
segala macam2 tu ...pembaziran saja..lain la kalau da mampu sgt2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 02:37 PM | Show all posts
aduhai.. kenalan aku ramai yang khwin sebelum GST..
perbelanjaan naik katanye..
nnt lepas GST, jgn keluarga pmpn pn naikkan harga 6% sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 02:39 PM | Show all posts
pasangan zaman la ni lebih sibuk fikir persiapan nak jadi raja sehari drpd kehidupan slps kawin. perkataan sederhana tu dah tak wujud dah, semuanya nak over the top. last2 semuanya menuju pembaziran. I happen to know someone who took loan from bank to pay for the 'so called' extravaganza wedding, anak dah masuk 2, loan blom habis bayar. my wedding 11 years ago, all in 4000 jer dari catering sampai ke baju pelamin mak andam kad jemputan  semua. dapat duit salam kaut 2000, so cuma keluar 2000 jer. kad pun kad fotostat kertas a4 yg kaler2 tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat kenduri mewah x penting..
Yabg penting belanja lepas kawin.tu...

Aku dolu amek kad yang 30sen/pcs je..
Fotografi rm1000..sebab kawan kawan...
Set pelamin n baju songket baru rm2000 je..
Setel..aku jual esos dalam 5 lot..habis sume bayar..siap berlebih lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps kawen bertahun2 masih lg menyewa sbb x lepas nak buat housing loan....psl kene bayar personal loan blanje kawen
Pulak tu gaji x naik2
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 04:27 PM | Show all posts
Hantaran, mak/pak pengantin perempuan akan kenakan gst 6%.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2014 04:34 PM | Show all posts
ilacantik posted on 3-11-2014 02:39 PM
pasangan zaman la ni lebih sibuk fikir persiapan nak jadi raja sehari drpd kehidupan slps kawin. per ...

tu zaman dulu... la ni katering makan tok 130 pon dan 1300... sbb RM10 satu kepala... kira makan sedap la... ni tu kategori murah.... skrg ni semua benda mahal.... mkanan x leh nk berkira sangat... so pengantin kena kurangkan kos dkt goodies bag, kad kawen... pas tu pelamin pon x yah yg grand2 sgt.... kos dewan pon da mhl skrg ni...

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 04:45 PM | Show all posts
shernazz posted on 3-11-2014 02:40 PM
Buat kenduri mewah x penting..
Yabg penting belanja lepas kawin.tu...

esos tu apa, kak Shernazz?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 04:56 PM | Show all posts
amek je la ikut kemampuan. tak payah sangat nak ikut trend pelamin bagai. bukan berkat pun kawen ko tayang2 body. haha. amek gambar pakai kamera sendiri. yang penting, prepare macam mana nak tempuh perkahwinan tu. bukan macam mana nak wedding yang vazz
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin posted on 3-11-2014 04:45 PM
esos tu apa, kak Shernazz?

Saham dik..
Kampeni akak bg..
Kebetulan masa tu dpt harga rm1.63
Harga semasa plak rm3.80 kot xsilap masa tu..huntungnyewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.072285 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list