CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2482|Reply: 8

[Jenayah] RM2 juta lesap dalam van keselamatan

[Copy link]
Post time 29-10-2014 02:19 PM | Show all posts |Read mode


Van keselamatan ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian di Lestari Perdana, Seri Kembangan malam kelmarin.


SHAH ALAM – Polis menahan empat orang pengawal sebuah syarikat keselamatan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan misteri wang tunai kira-kira RM2 juta dalam van keselamatan yang mereka naiki di Les-tari Perdana, Seri Kembangan, Serdang malam kelmarin.
Mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun diberkas selepas membuat laporan kehilangan van keselamatan tersebut pada kira-kira pukul 9.30 malam.



Polis memeriksa van syarikat keselamatan yang kehilangan wang RM2 juta di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Serdang kelmarin.


Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat memberitahu, sebelum kejadian, tiga daripada pengawal berkenaan mendakwa mereka keluar dari van tersebut untuk berhenti makan di sebuah restoran dekat kawasan Lestari Perdana.
Katanya, seorang lagi rakan mereka yang juga pemandu van itu mendakwa tidak sihat dan tidur di dalam van tersebut.
Bagaimanapun, katanya, 20 minit selepas menjamu selera, mereka mendakwa kenderaan terbabit didapati hilang.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 04:03 PM | Show all posts
dah jadi tak adok keselamatan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 04:53 PM | Show all posts
kerja pak guard la nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 04:55 PM | Show all posts
tak silap ikut SOP depa takleh berenti mkn ker apa klau dlm perjalanan membawa duit......for safety purpose kekdahnya...yer ker
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 04:57 PM | Show all posts
komplot ler nie.....musim cam nie...pepaham je laa.....deme tak follow SOp ler tue
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 05:06 PM | Show all posts
sian jadi pakgak...  mereka kadang2 tidak terlibat langsung dgn penjenayah.  tapi biasa lah.  ada pihak nak bersihkan nama masing2...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2014 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Td aku g mkn kt kdai mkn n nmpak ada van dtggalkan dan dikerumuni oleh polis pengesan cap cari jurugambar, pakar forensik.. katanya ada kaitan dgn duit 2 juta tu. Xtaulah
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 11:53 PM | Show all posts
Rabu, 5 November 2014  6:55 PM
Dua pengawal keselamatan mengaku salah larikan wang tunai RM1.8 juta

PETALING JAYA: Dua pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dengan melarikan wang tunai berjumlah RM1.8 juta yang dipungut daripada premis perniagaan di Seri Kembangan, dekat sini, Isnin lepas.

Kasim Taysing, 35, dan Adrin Jalil, 36, yang ditugaskan sebagai pemungut wang hasil jualan didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas, didakwa melarikan wang milik Syarikat Safeguard G4S Sdn Bhd, di tepi jalan Putra Permai 1A, Seri Kembangan pada 9.42 malam, 27 Oktober lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang membawa hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Hakim Abu Bakar Manan menetapkan esok untuk jatuh hukum.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nuraishah Ahmad Zakiuddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Di Mahkamah Majistret di sini, rakan tertuduh, Ayub Zulkifli, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki harta curi iaitu wang tunai sebanyak RM1.1 juta daripada jumlah yang dilarikan itu.

Ayub yang juga bekas pekerja syarikat keselamatan itu, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor B13, Felda Semarak, Jerantut, Pahang pada pukul 3.30 pagi, 29 Okt lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret K B Elena Hong Tze Lan membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat, menjalankan pendakwaan.

- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 03:44 AM | Show all posts
Hok aloh!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.061699 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list