Apakah benar wujud buah anggur dengan warna sebegitu? Apakah anggur pelangi juga memang ada seperti mana jagung pelangi? Jawapan untuk soalan itu ada dua – ya dan tidak. Demikian kata pakar sommelier, Larry Stone.
Jelas Stone, buah unik tersebut sebenarnya adalah anggur biasa yang mana sedang dalam tahap pematangan. Atau dalam dunia sommelier, anggur seperti ini disebut sebagai Veraison.
Veraison atau juga dikenali sebagai “tempoh permulaan buah masak” berasal daripada perkataan Perancis. Pada awal Veraison, buah anggur muda mempunyai warna sangat gelap dan bertekstur keras seperti batu kecil.Setelah memasuki tahap Veraison atau permulaan buah masak, kulit anggur akan serta-merta mengalami perubahan warna.
Jika anggur berwarna putih, ia akan berubah dari hijau tua menjadi hijau kekuningan. Ada kalanya, beralih kepada sedikit merah jambu,coklat atau kelabu. Manakala, anggur merah pula cenderung berubah kepada warna hijau hingga merah. Pada tahap inilah terjadinya anggur pelangi. Selepas fasa Veraison, semua anggur akan memiliki warna yang sama, yakni ungu, merah atau hijau.
Sesetengah ilmuwan turut mengaitkan sebab lain kepada perubahan warna semasa proses Veraison. Ada yang berpendapat bahawa terjadinya anggur pelangi adalah disebabkan klorofil dalam kulit buah tersebut. Turut dipercayai,Veraison ini tidak berlaku secara seragam di antara semua anggur. Hanya kelompok yang paling terdedah kepada panas sahaja akan lebih cepat melalui fasa tersebut.
Khabarnya, ada pihak tertentu telah menjual benih anggur pelangi kepada umum. Ia merupakan satu penipuan kerana semua anggur berupa pelangi akan memiliki warna sama setelah mencapai tahap matang. Sebab itulah kenapa kita tidak pernah melihat ia dijual di mana-mana pasar raya sejak dahulu lagi.
Sumber Artikel : Majalah Infiniti November 2014.
Sumber Gambar : [1]
Last edited by bianglala on 24-10-2014 07:02 AM
|