CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1779|Reply: 2

[Tempatan] Pelajar sekolah direkrut sertai militan berjihad di Syria

[Copy link]
Post time 13-10-2014 12:33 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Usaha merekrut gadis Malaysia menyertai kumpulan militan di negara bergolak Syria yang kononnya atas dasar jihad, semakin agresif apabila ia turut dikesan cuba merekrut pelajar sekolah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan perkara itu berkata, individu yang giat menjalankan kegiatan itu hanya melalui Facebook menyasarkan golongan ini memandangkan mereka lebih mudah terpedaya.

"Trend rekrut melalui Facebook amat membimbangkan dengan menyasarkan usia antara 15 dan 30 tahun ... kita ada kesan pelajar sekolah menengah juga cenderung untuk berjihad dan dipujuk melalui Facebook.

"Selain pelajar sekolah, penuntut IPTA/IPTS yang biasanya mempunyai masalah dalam pengajian dan masalah keluarga turut menjadi sasaran ... pekerja swasta dan kerajaan termasuk ahli perniagaan juga dipujuk untuk sama-sama berjihad," katanya.

Ayob Khan berkata, terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu Islamic State (IS), Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham.

Beliau menjelaskan, kebiasaannya golongan sasaran ini dipujuk dan direkrut berasaskan ayat-ayat suci Al-Quran dan untuk berjihad bersama mujahidin. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Syria#ixzz3FzpkBEQ2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 12:41 PM | Show all posts
Jangan lambat sangat polis. Gerakan ISIS ni aku dah nampak dgn mata kepala aku sendiri kat masjid lepas solat jumaat  tahun lepas buat mcm penerangan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah terrorists smakin hari semakin berani menunjukkan warna mureka...Dulu boikot2 ,skrang dah start ankat senapang..bguslah.dah sekepala dgn musuh yisle yehudi zionis.Benci tanda sayang sis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.058936 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list