CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21389|Reply: 289

[Tempatan] Gaji RM2,500 cukup jika urus kewangan dengan baik

[Copy link]
Post time 7-10-2014 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Gaji RM2,500 cukup jika urus kewangan dengan baik
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'.
Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata, purata gaji permulaan itu adalah munasabah memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji mereka.
Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Mohd Adnan Anan Abdullah berkata, isu gaji bergantung kepada individu dan mereka yang boros tidak akan merasakan cukup meskipun angka yang diterima setiap bulan itu besar.
"Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat seperti merokok", katanya semasa dihubungi Bernama di sini.
Selain itu, beliau berkata mereka yang baru memasuki alam pekerjaan tidak seharusnya tergesa-gesa membeli kereta sedangkan kewangan masih belum kukuh.
"Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool' tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi", katanya.
Tinjauan ke atas pencari kerja atas talian "Jobstreet" baru-baru ini mendapati mereka yang baru menerima ijazah berpendapat purata RM2,500 adalah tidak mencukupi dan 77 peratus daripada 2,062 responden menyatakan tidak berpeluang menabung selepas berbelanja untuk kepentingan asas.
Sementara 60 peratus responden menjangkakan gaji pekerjaan pertama sebanyak RM3,500, sebanyak 30 peratus menjangkakan RM6,500 manakala 66 peratus majikan memaklumkan kesediaan menawarkan gaji antara RM2,500-RM2,800 bergantung kepada kelayakan.
Mohd Adnan seterusnya menyanggah kenyataan gaji RM2,500 tidak mencukupi untuk menabung memandangkan petua kewangan menyatakan 'seseorang yang menyimpan 10 peratus daripada gaji setiap bulan menuju ke laluan yang tepat'. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141007/dn_28/Gaji-RM2500-cukup-jika-urus-kewangan-dengan-baik#ixzz3FRlhZHae
© Utusan Melayu (M) Bhd



--dasat orang2 AKPK ni...gaji RM2500 cukup..kalau single ok la kot

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
2500 cukup
Kalo x beli keta
Opis sbelh rumah sewa
Jln kaki je
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 04:52 PM | Show all posts
gaji 1200 pun cukup jika pandai urus kewangan dgn baik


duk dgn makpak takyah bayar sewa,takyah beli barang dapur, takyah bayar bil
gi balik keja jalan kaki
makan kat opis bawak bekal mak masak
internet pakai wifi jiran punya
keluar ujung minggu harap awek/pakwe belanja



Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 04:53 PM | Show all posts
gaji fresh 2500 puii aku xdpt pon byk tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 04:54 PM | Show all posts
RM16k sebulan baru cukup kot

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 04:55 PM | Show all posts
cuba bagi calculation orang yang gaji 2.5k ni cukup kat bandar besar. naik LRT pun kena bayar

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2014 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
RM2500 kalau berbelanja ikut kemampuan mmg cukup ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 04:55 PM | Show all posts
fresh grad ok la kot....

yang dah beranak pinak, bini tak keje kena uruskan kewangan dengan bijaklah kalau gaji cuma takat tu jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
aku 6 taun naik motor sebelum naik keta.sape bleh buat cm aku?lol..gaji aku stakat ni alhamdulilah ckup..syukur..rezki melimpah ruah..kdg rezki yg kite dpt bkn utk kite,utk org lain..kne igt tu..gaji rm1000 pun.mungkin sebhgian tu milik org lain.klo x sedar x taw la.x pnh lgk la aku kebulur..abis kuat mkn nasik+ telur dadar..tu pun alhamdulilah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 04:57 PM | Show all posts
errr...kalau bujang OK kot?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 04:58 PM | Show all posts
"Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool' tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi", katanya.


ntahle aku rasa anak muda zaman skrang beli kereta bkn sbb cool kot? sbb mmg keperluan, esp keje yg byk melibatkan keje luar opis ni. kt jobstreet pun byk yg letak syarat 'must own transports'.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:00 PM | Show all posts
RM2500 tu lom elaun.....cukup laa kalau bujang.....ado kapcai.....cantik
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:01 PM | Show all posts
fresh grad start gaji rm2500?? saya dari mula keje sampai skg pon tak lepas rm2000, huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:02 PM | Show all posts
gaji fresh grade klu kompany besar2 cecah la 2500 -3500...
klu company ciput aku rasa rendah lagi kot....

mmg cukup klu duit tu kita jek yg guna...tapi mereka kena ingat...
sesetgh mereka ni ada mak pak nak kena tanggung...ada adik beradik lain yang still belajar...
klu mak pak mmg org senang ok la....cukup sgt...tapi klu mak pak org susah...silap gaya mahu kena ikat perut mkn meggie mee nak tunggu gaji hujung bulan....

cuba la try ckp dgn selami kehidupan org yang susah....bukan kehidupan mereka2 yang mmg 2500 bulat2 untuk diri sendiri....

kekadang menyampah betul baca hasil2 kajian and pendapat pakar2 yang tak sensitip ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:03 PM | Show all posts
cukup kalau berkat...ni nak berkat lagu mana berebut parking dengan ibu mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr posted on 7-10-2014 05:02 PM
gaji fresh grade klu kompany besar2 cecah la 2500 -3500...
klu company ciput aku rasa rendah lagi k ...

aku pnh buat kaji selidik.kt tgn aku bnyk negatif.sampai kt bos aku dan keatas suma jdk positif..negatif p mna aku x taw..bodek punye pasal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun setuju...naik je motor .yg baru rege 4-5k baru berapa ratus sebulan kalau loan 3 taun. Ni tak...3 bulan gaji dah beli myvi..memang kelaut laa perancangan bajet...tu tak masuk hp samsung note  atau iphone lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:05 PM | Show all posts
annehuda posted on 7-10-2014 04:58 PM
ntahle aku rasa anak muda zaman skrang beli kereta bkn sbb cool kot? sbb mmg keperluan, esp keje ...

harga rumah tengah2 bandar sangat mahal
takkan nak expect rakyat malaysia duk berhimpit 15 org satu flat pprt?
mahu tak mahu kena duduk jauh sikit dari pusat bandar ie tempat depa keja
masalahnya pengangkutan awam pulak tak cekap
masalah lagi berganda bila rega minyak dinaikkan, akibatkan rega barang lain semua naik


alih2 salahkan rakyat malaysia yg tergesa2 beli keta walo pun idup belum berapa nak stabil

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:06 PM | Show all posts
Kereta ni kdg2 dh jatuh mcm keperluan...terutamanya wanita yg kerja kena bergerak sana sini..lebih selamat terutamanya mlm @ awal pagi berbanding naik moto or pengangkutan awam...
Keperluan bg org yg dh beranak pinak...mudah time sakit demam..cuma jenis kereta tu biar la ikut kemampuan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:06 PM | Show all posts
Baru dapat gaji 2.5k nak pakai dugong, aipon 6 bagai mmg la tak cukup!!

Aipon 6 dicipta untuk golongan duit tak abis pakai ok... bukan utk freshie..

Kalo dah nama freshie pakai motor je pergi kerja.. xyah berlagak nak berdugong bagai..!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.307823 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list