CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3791|Reply: 1

BeeTalk Featured Club of The Week, Geng Badminton

[Copy link]
Post time 6-10-2014 07:49 PM | Show all posts |Read mode
Kelab Khas minggu ini adalah Kelab Geng Badminton (Kelab ID:64522) di Kuala Terengganu. Pemilik kelab ini, Kagebunshin menyatakan bahawa dia menubuhkan kelab ini untuk mencari para pengguna BeeTalk yang mempunyai minat untuk bermain badminton. Dia juga berkata bahawa dia sudah pun mempunyai kelab badminton sendiri di luar BeeTalk tetapi dia berhasrat untuk mencari lebih ramai penggemar badminton di luar sana disamping mendapatkan rakan-rakan baru.

Buat masa sekarang kelab ini mempunyai 46 ahli dan ahlinya berjumpa setiap hari Rabu pada pukul 10 malam untuk bermain badminton dan tempat perjumpaan mereka adalah Stadium Negeri Kuala Terengganu. Biasanya akan terdapat 16-25 orang  pada setiap perjumpaan. Disamping itu, mereka juga mengadakan perjumpaan di atas sebab-sebab lain seperti makan bersama-sama dan menyambut hari jadi para ahlinya. Malah mereka juga mengadakan sambutan apabila salah satu daripada ahlinya mendapat cahaya mata baru.

Para ahlinya akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam soal bermain badminton. Harapan pemilik kelab adalah untuk mendapatkan seorang jurulatih untuk memberikan lebih tunjuk ajar kepada para ahli kelabnya. Mereka mempunyai tabung duit dan sumbangan diberikan oleh para ahli kelab untuk tujuan ini.



Pemilik kelab ini berharap bahawa kelabnya akan setanding dengan kelab-kelab lain yang sudah lama bertapak di Kuala Terengganu. Dia mengalu-alukan para pengguna BeeTalk di luar sana untuk menyertai kelabnya dengan mesej berikut “Selamat dating ke kelab kami semua kepada semua peminat sukan badminton tanah air. Sertailah kelab kami dan kami mengalu-alukan kedatangan anda.”




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 06:23 PM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Wujud lagi ka kelab ni...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.058355 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list