View: 9260|Reply: 64
|
[Tempatan]
Tali Pinggang Di Rampas Dalam Flight
[Copy link]
|
|
Contoh tali pinggang yang dirampas.
KULIM - Seorang penumpang sebuah pesawat terkejut apabila tali pinggang berjenama bernilai hampir RM500 yang dipakainya dirampas ketika menjalani pemeriksaan di sebuah lapangan terbang, dekat sini.
Mohamad Amyrul Syazwan, 21, berkata, dia ditahan pihak berkenaan sewaktu hendak menaiki pesawat ke Kuala Lumpur dengan alasan tali pinggang yang dipakainya itu dikatakan tidak sesuai dipakai dalam pesawat.
"Saya kemudiannya meminta kebenaran supaya tali pinggang itu diserahkan kepada rakan saya, walau bagaimanapun petugas yang berada di tempat pemeriksaan berkeras untuk merampas tali pinggang tersebut," katanya.
Kecewa dengan keadaan itu, Mohamad Amyrul telah membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Daerah Kulim bagi membolehkan siasatan terhadap petugas terbabit dapat dibuat.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim mengesahkan kejadian dan menyatakan pihak terlibat tidak seharusnya menyalahgunakan kuasa diberikan kepada mereka terhadap pengguna.
“Sebaik menerima laporan, saya telah pergi ke lapangan terbang berkenaan dan meminta nasihat anggota polis di situ sebelum berjumpa dengan dua pegawai terlibat.
"Dalam perbincangan itu, saya dapati pihak terlibat enggan memulangkan tali pinggang itu bagaimanapun gagal menyerahkan borang rampasan dengan tanda tangan mangsa di dalamnya," katanya.
Menurutnya, dia dapati dalam borang yang disediakan, pihak berkenaan hanya menulis nama mangsa sahaja.
"Saya mendapat maklumat barangan yang dirampas itu tidak dilaporkan kepada polis melainkan ia melibatkan senjata berjadual.
"Apa yang lebih mengecewakan, pihak itu turut mengugut untuk mendakwa mangsa sekiranya enggan menyerahkan tali pinggang itu kepada mereka,” katanya.
Zailan kemudiannya meminta nasihat daripada rakan pengamal undang-undang dan mendapati tindakan diambil terhadap mangsa adalah tidak wajar dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka.
“Sekiranya tali pinggang itu tidak sesuai dipakai ketika dalam pesawat atau penerbangan, ia harus diserahkan kepada pihak terlibat bagaimanapun setelah mangsa balik, tali pinggang itu harus diserahkan kepadanya semula.
"Saya curiga dengan status tali pinggang itu selepas dirampas kerana pegawai terlibat memaklumkan ia akan dilupuskan dalam tempoh tiga bulan," katanya.
Katanya, dia kemudiannya meminta mangsa membuat laporan polis sebelum diserahkan kepada peguam.
"Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi curiga dengan integriti kakitangan bertugas.
"Sekiranya barangan milik pengguna dirampas di lapangan terbang tidak dilaporkan kepada polis, ke mana perginya barangan itu?,” katanya.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/seorang-penumpang-terkejut-tali-pinggang-dirampas-1.322188
|
|
|
|
|
|
|
|
cam sial je pakai talipinggang tag harga tak bukak...
kampung betul si mirul ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik seluar dia pakai tak longgar.... hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Airport dekat Kulim?....... |
|
|
|
|
|
|
|
pestaim naik kapal terbang kot budak ni |
|
|
|
|
|
|
|
lavatahubakar posted on 2-10-2014 05:30 PM
cam sial je pakai talipinggang tag harga tak bukak...
kampung betul si mirul ni..
kn dh ditulis tu gmbr contoh je..
x bace abis..apa laaa
|
|
|
|
|
|
|
|
dihapuskan selepas 3 bulan?
sapalah yg beruntung dapat |
|
|
|
|
|
|
|
talipinggang mcm tu rm 500 ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo mcm tu nye talipinggang haruslah kena rampas |
|
|
|
|
|
|
|
Tali pinggang jenis apa tu...?
kalau yg ada besi atau kable mmg blh kena rampas
aku sekali pernah terlupa check in measuring tape kat langkawi...stanley workmaster ....aku relakan jelah...siap mintak abg security bwk blk lagi...lol...kira sedekah
dia explain tape tu ada potensi utk dijadikan penjerut....
|
|
|
|
|
|
|
|
barang yang dilarang bila dah dirampas memang tak perlu pulang balik walau dia dah selesai urusan perjalanan dia..tapi sepatutnya dia kena sign dalam borang rampasan tu. Ingat airport security tu tempat simpan barang ke aper.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya ko dikk belt pn hrga dkt 500... |
|
|
|
|
|
|
|
ratchet gile tali pinggang |
|
|
|
|
|
|
|
tak de common sense kot dia ni pkai belt cmtu naik flight.. |
|
|
|
|
|
|
|
Décor belt dah nampak cam perluru betul mesti le kena rampas lagi nak argue. |
|
|
|
|
|
|
|
best la org keje airport tu ambik barangan yg dirampas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mirul.. mirul..
ko baru fes raim naik flight ke hapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ingat orang tu hingin sangat dengan belt takda taste dia tuh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|