[size=0.9em]Sebuah lorong khas diwujudkan buat pertama kali di Chongqin iaitu sebuah bandar di China yang hanya boleh digunakan pengguna telefon bimbit tegar. [size=0.9em]Laluan sepanjang 30 meter itu mempunyai lorong dicat putih untuk mereka yang sentiasa terpaku pada skrin telefon masing-masing.
Ia mempunyai gambar telefon yang dilukis di atas jalan, perkataan ‘telefon bimbit’ dan garis putih yang memisahkan lorong itu dengan lorong lain.
Lorong itu diwujudkan sebagai reaksi kepada peningkatan jumlah mereka yang ketagih dengan telefon bimbit yang kini menjadi isu besar di China.
[size=0.9em]Idea untuk mewujud-kan lorong khas itu bagaimanapun dilihat ditiru daripada satu projek dalam program televisyen di saluran National Geographic yang disiarkan awal tahun ini. [size=0.9em]
Bagaimanapun, pihak berkuasa di China berkata, penanda itu akan membantu untuk mengingatkan pejalan kaki bahawa adalah lebih baik untuk tidak menggunakan telefon ketika berjalan.
|