Sejenis spesis lintah bulan. Dikenali dengan nama saintifik Glaucus Atlanticus. Habitatnya terletak di pantai Afrika Selatan, Australia dan Mozambique.
Memiliki bentuk unik. Dari segi fizikal tidak ubah seperti badan seekor cicak. Namun, apabila melihat bulu yang kelihatan seperti jejari halus pada kiri dan kanan badan, seakan-akan mirip seekor naga. Cuma bezanya bersaiz kecil.
Disebabkan itu, Glaucus atlanticus mendapat banyak gelaran nama. Antaranya cicak biru laut, raksasa laut, layang-layang laut dan raksasa biru lintah bulan.
Walaupun mempunyai fizikal kecil, spesis ini mampu membunuhhaiwan yang bersaiz besar. Selain itu spesis ini juga mampu membesar sehingga mencapai purata panjang di antara 12 hingga 20 cm.
Selain itu, ada satu lagi kelebihan yang dijadikan perlindungan diri, iaitu warna. Cicak ini mempunyai dua jenis warna pada badan.Biru pada permukaan dan kelabu pada bahagian bawah. Fungsi warna birumenjadikan musuh keliru dengan warna laut. Manakala kelabu menyerupai permukaan dasar laut.
Dalam proses mengawan, cicak biru laut dikategorikan sebagai hermaphrodite, memiliki dua organ seks dalam satu badan. Namun begitu ia tidak dapat melakukan persenyawaan dengan sendiri. Sebaliknya masih memerlukan jantina yang berlawan (jantan dan betina untuk mengawan). Hasilnya kedua-dua jantina akan bertelur.
Memiliki fizikal yang menarik tidak hanya dikagumi orang ramai, malahan menjadi watak kesukaan dalam siri animasi Pokemon. Glavinug merupakan watak cicak biru dalam siri tersebut.
Last edited by bianglala on 25-9-2014 10:25 AM
|