CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2444|Reply: 15

[Tempatan] Edisi Cikgu Marah: Berjahit di kepala dipukul guru

[Copy link]
Post time 23-9-2014 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: Pengguna media sosial di negeri ini sekali lagi gempar dengan penyebaran gambar seorang murid cedera di kepala kononnya akibat dipukul oleh seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini, kelmarin.

Murid berusia lapan tahun itu dikatakan menerima tiga jahitan di kepala akibat terhantuk di meja selepas dia mendakwa dipukul guru kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Gambar itu viral dalam kalangan pengguna media sosial terutama menerusi Facebook dan aplikasi WhatsApp.
MURID lapan tahun terpaksa menerima tiga jahitan di kepala akibat terhantuk di meja selepas dikatakan dipukul guru.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat keluarga murid terbabit, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri Datuk Jame Alip dikatakan mengadakan perjumpaan antara pihak sekolah dengan ibu bapa bagi menyiasat perkara sebenar sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Berjahitdikepaladipukulguru/Article?mutakhir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 06:00 PM | Show all posts
isk isk siannya,.... marah ape smpai cmni...

nak membunuh ke?? budak tu punyala kecil nyaa..

hish geram i...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 06:04 PM | Show all posts
Cikgu pun banyak tekanan sekarang ni......
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 06:06 PM | Show all posts
si cikgu gumuk borneo punyer kerja la ni...



Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 06:08 PM | Show all posts
Rasanya murid tu terjatuh sendiri terhentak meja sbb elak kena tarik telinga
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 06:08 PM | Show all posts
ciannya.....apa la dosa dia....benci betuila org yang cederakan budak kecik ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2014 06:19 PM | Show all posts
Herm, napa nak marah-marah ni?
Belum tentu cikgu tu yg buat.
Ntah-ntah anak dia tu yg jatuh sndri ke apa ke.

Tak ingat kes budak kekonon kena tampor cikgu tu,
mak ayah dia dah pung pang nak saman cikgu tu,
sekali check anak dia allergic.
sudahnya melolong mak ayah dia minta maaf takut kena saman.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 10:48 PM | Show all posts
Dakwaan guru hentak kepala murid tidak benar

KOTA KINABALU: Dakwaan bahawa seorang guru sekolah rendah di Inanam menghentak kepala seorang murid ke meja sehingga menyebabkan kecederaan di kepala adalah tidak benar, kata Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip.

Beliau berkata, murid lelaki Tahun 2 itu sebenarnya terjatuh ketika cuba mengelak guru Bahasa Melayu terbabit menyentuh cuping telinganya pada kira-kira 11 pagi semalam selepas dia didapati tidak menyiapkan kerja sekolah.

"Oleh kerana murid ini cuba mengelak telinganya dipegang oleh guru, murid berpusing ke arah kanan dengan keadaan membelakangkan guru, kedua kakinya bersilang mengakibatkan hilang keseimbangan badan dan kepalanya terhantuk di tepi meja guru," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jame juga berkata, pihak Jabatan Pendidikan Sabah sudah bertemu dan berbincang dengan ibu bapa murid berkenaan untuk memperjelas keadaan sebenar dan mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

"Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menganggap kes ini telah selesai," katanya.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 10:28 AM | Show all posts
kt kelas kena letak cctv nih...
baru leh bukti sape salah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi fitnah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:55 AM | Show all posts
cikgu pun x yah la nak tarik telinga budak...org xde ank ni suka2 je nak pukul anak org..tanya je la nape x siap keje sekolah n bgi masa tuk budak tu siapkan keje sekolah sebelum balik..kan settle
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:10 PM | Show all posts
La ni cikgu mmg suka2 nk mrh2 bdk ... Ank aku ilng kasut kat sek pastu x nk g sek sbb tkt cikgu mrh klu pki selain kasut sek ... Yg cikgu  pn nk mrh2 je bkn nk tny apa sbb nya ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:14 PM | Show all posts
hanezzafirah posted on 25-9-2014 11:55 AM
cikgu pun x yah la nak tarik telinga budak...org xde ank ni suka2 je nak pukul anak org..tanya je la ...

agaknya kamu didik anak sebegitu ? patut lah generasi baru penuh bebal manja kena pulas telinga sebab buat silap balik rumah beritahu ibu bapa , ibu bapa menonong datang serang guru..

eloknya hempuk sekali ibu bapa bebal bodoh yang tak pantau anak buat kerja sekolah bila mereka datang ke skolah mahu serang guru..

esok2 bila budak besar sudah kerja boss kena hencap marah balik rumah mengadu sama ibu bapa juga kah?



Last edited by addamnor on 25-9-2014 12:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:29 PM | Show all posts
addamnor posted on 25-9-2014 04:14 AM
agaknya kamu didik anak sebegitu ? patut lah generasi baru penuh bebal manja kena pulas telinga se ...

ada byk cara nak ajar anak...
psikologi tu penting...
cara guru2 kat malaysia ni ajar budak2 pun mengarut...
tgk negara luar camne cikgu ajar budak2...
kat malaysia ni budak lepasan SPM pun boleh jadi guru sambilan...

90% budak2 yg pandai kat sekolah tu semua amik tuisyen kat luar..nak harapkan cikgu kat sekolah mmg selamanye anak2 aku bebal..



Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:30 PM | Show all posts
kes dah settle kan..lam radio kuar..budak nie jatuh sebenarnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:38 PM | Show all posts

bagus juge,
klu masuk karate ke apa, bole wakil negara nnti..

kecik2 dh pndai mengelak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.092955 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list