[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 12:05 AM [size=0.75em]Avril Lavigne dan Chad Kroeger.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PENYANYI Avril Lavigne nampaknya kembali berhadapan dengan masalah sulit apabila rumah tangganya dengan vokalis Nickleback, Chad Kroeger sedang berada di hujung tanduk.
Menurut laporan US Weekly, pasangan itu difahamkan tidak mahu mengalah antara satu sama lain sehingga menimbulkan pertengkaran hampir setiap hari.
"Sudah berakhir. Chad dilihat berada di Los Angeles dan mengatakan kepada rakannya bahawa mereka sedang dalam proses cerai," kata sumber.
Dalam pada itu, ramai yang terkejut dengan berita itu tetapi rakan-rakan Avril sejak dari awal lagi kurang senang dengan Chad yang dianggap tidak mempunyai adab apabila melayani wanita.
Ogos lalu, pasangan itu masih lagi dilihat mesra malah Avril sempat memuat naik foto bersama Chad yang sedang meraikan ulang tahun mereka yang pertama di Instagram.
Sehingga kini pasangan itu mahupun jurucakap mereka tidak memberi sebarang kenyatan berhubung perkara itu.
|