View: 1494|Reply: 7
|
[Tempatan]
Mayat ditemui dalam longkang
[Copy link]
|
|
Keadaan mayat yang ditemui orang awam di dalam longkang di belakang sebuah klinik di Pusat Bandar Utara, pagi semalam.
KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki dipercayai sebelum ini hidup bergelandangan ditemui dalam longkang di belakang sebuah klinik Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat yang sudah kembung itu ditemui orang awam kira-kira jam 9.45 pagi dalam keadaan terlungkup dan terapung.
“Mayat berkenaan sudah berbau ketika ditemui. Bantuan pihak bomba digunakan bagi mengangkatnya ke darat.
“Pemeriksaan fizikal luaran telah dilakukan oleh pegawai penyiasat, namun tidak menjumpai sebarang kecederaan,” katanya.
Tambah beliau, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat, namun maklumat penduduk sekitar menyatakan si mati merupakan lelaki tempatan yang menjadikan kaki lima klinik di situ sebagai tempat tidur beralaskan tikar.
“Difahamkan si mati berusia sekitar 40-an dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/mayat-ditemui-dalam-longkang-1.316448
Last edited by GhostWalking on 15-9-2014 12:37 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
hidup gelendangan mati pun gelendangan..nasib dia |
|
|
|
|
|
|
|
takziah pada famili dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
mati sorang2 jer..takziah |
|
|
|
|
|
|
|
batmana posted on 15-9-2014 08:51 AM
takziah pada famili dia..
it maybe the most appropriate thing to say but somehow aku doubt pemergiannya ditangisi...
|
|
|
|
|
|
|
|
kurang sorang gelandangan
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 15-9-2014 10:00 AM
kurang sorang gelandangan
10 akan mari....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|