CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3229|Reply: 21

[Tempatan] Bawa Anak ‘pusing’ Dalam Bakul

[Copy link]
Post time 15-9-2014 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Kasih sayang ibu bapa tiada penghujungnya dan ia dibuktikan sepasang suami isteri yang membawa anak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun dalam ruang khas menggunakan motosikal roda tiga ke mana saja demi mencari sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Ini berikutan pasangan berkenaan, Hassan Salim, 50, dan isteri Fuziah Ismail, 67, dari Kampung Sungai Daun Tengah, Yan tidak mempunyai pilihan lain kerana tiada sesiapa boleh menjaga anak mereka, Muhd Sobri ketika kedua-duanya keluar menjala ikan air tawar yang menjadi punca pendapatan kecuali pada hari persekolahan.


Tindakan suami isteri berkenaan mencari rezeki sehingga terpaksa membawa anak lelaki mereka turut menjadi cemuhan, tetapi sudah lali kerana masyarakat tidak mengetahui masalah keluarga terbabit.

Hassan berkata, anaknya itu mengalami masalah kedua-dua kaki bengkok, sawan dan percakapan tidak sempurna selepas demam panas teruk ketika kecil menyebabkan mereka tidak sanggup membiarkannya, sekali gus akan membawanya ke mana saja walaupun terpaksa berpanas mahupun berhujan.
HASSAN dan Fuziah membawa Muhd Sobri di dalam ruang besi khas pada motosikal ketika dalam perjalanan menjala ikan air tawar.


Katanya, bagi memudahkan mereka membawa Mohd Sobri, dia meminta rakannya membuat satu ruang khas yang boleh disambung pada motosikalnya sebagai tempat duduk berikutan anaknya itu semakin besar.

“Ketika kecil untuk membawanya mudah, tetapi sejak semakin membesar anak saya tidak boleh duduk di atas riba ibunya lagi. Justeru, bagi menyelesai masalah ruang beroda ini dibuat rakan untuk dijadikan tempat duduknya ketika pergi ke mana-mana.


Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bawaanak__8216_pusing__8217_dalambakul/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2014 07:49 AM | Show all posts
hebat makcik ni.. di mana ada perempuan dah putus haid.. dia masih boleh beranak pada umur 51
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 07:54 AM | Show all posts
redz85 posted on 15-9-2014 07:49 AM
hebat makcik ni.. di mana ada perempuan dah putus haid.. dia masih boleh beranak pada umur 51

Dasat, siap ko kira umur mak dia....

Kasih ibu sepanjang hayat, kasih anak? herm.... tanya diri sendri
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 08:15 AM | Show all posts
amik angin kat luar beb
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 08:23 AM | Show all posts
redz85 posted on 15-9-2014 07:49 AM
hebat makcik ni.. di mana ada perempuan dah putus haid.. dia masih boleh beranak pada umur 51

ada...pernah jumpa mcik ni pada usia 51 tahun dia ada baby umo 1 tahun..
tapi mcik ni nampak muda juga..mungkin allah bagi rezeki kat dia kerana anak sulung dia umo 22 tahun mengidap kanser..rasanya xpanjang umur kut yang sulung tu,allah gantikan yang baru..dia pun xsangka nak dapat anak lagi,(semesti mcik ni xputus haid lagi)..
tak ramai la pompuan diusia begini nak beranak kecik lagi.

tapi citer ni mesti wartawan silap tulis umur..terbalik kut umur suami isteri tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 08:31 AM | Show all posts
teruk btl org yg mencerca ibubapa ni..bkn meminta sedekah pun...
sll sgt pandang -ve pd org2 begini..elok ibubapa ni bawa anak dia..
dr di ikat atau dikurung bersendirian..lagi bahaya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2014 09:53 AM | Show all posts
kasihan.. semoga dipermudahkan buat mereka
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
biasalah. mulut manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 07:20 PM | Show all posts
nak cemuh pasal apa ??? Bodoh punya org kampung
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 08:52 PM | Show all posts
mungkin itulah pilihan yg terbaik yg termampu mereka lakukan...didoakan agar mereka sentiasa dirahmati ALLAH SWT....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 09:31 PM | Show all posts
kene cemuh sbb umur 50an pun gigih nak beranak lg kot?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 01:23 AM | Show all posts
kesiannye.

tapi cilake betul member aku kaitkan dgn gmbr ni

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
redz85 posted on 15-9-2014 07:49 AM
hebat makcik ni.. di mana ada perempuan dah putus haid.. dia masih boleh beranak pada umur 51


Ada yg awal 50an putus haid.. Ada yg 55 putus haid..skang ada teknologi hormone la..collagen bagai..silap2 umo 60an Baru monopos.. Last edited by poison_paradise on 17-9-2014 01:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak silap  penyanyi Madonna pon beranak anak kedua umo die 50thn
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:12 AM | Show all posts
penyo posted on 16-9-2014 07:20 PM
nak cemuh pasal apa ??? Bodoh punya org kampung

jangan percaya sangat.. wartawan tokok tambah aje tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:13 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 17-9-2014 01:38 AM
Ada yg awal 50an putus haid.. Ada yg 55 putus haid..skang ada teknologi hormone la..collagen ba ...

sebab tu aku tulis makcik ni hebat.. umur gini selalu nya dukung cucu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2014 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurg2 x kurung ank cm si loklak tu.. respek makcik n pakcik!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:17 AM | Show all posts
annehuda posted on 16-9-2014 09:31 PM
kene cemuh sbb umur 50an pun gigih nak beranak lg kot?

ini rezeki masing masing.. tapi pada aku kalau dah 50 baik jgn beranak lah.. badan pun dah tak kuat.. besar kemungkinan anak cacat (walaupun tidak semua)..

sebab itu ibu-ibu yang umur 35 tahun ke atas jika mengandung kan banyak ujian yang harus mereka buat ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:20 AM | Show all posts
mak_wa95 posted on 15-9-2014 08:23 AM
ada...pernah jumpa mcik ni pada usia 51 tahun dia ada baby umo 1 tahun..
tapi mcik ni nampak muda ...

larat lagi makcik ni tukar lampin.. buat susu memalam..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 08:27 AM | Show all posts
Ramai betul orang Aceh daerah Yan  yg hitam legam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.938618 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list