BEGINILAH keadaan van yang rosak teruk selepas kemalangan tersebut. Pemandu van tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa.
Advertisement
|
"Kami terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku. Ketika kemalangan selain Ladies Code, pengurus dan penata gaya mereka turut berada dalam van tersebut, tetapi mereka hanya cedera ringan.
"Tiada apa yang kami mampu katakan selain meminta maaf kepada peminat dan semua yang terkejut selepas menerima berita sedih ini. Kami memohon orang ramai berdoa untuk kesihatan Sojung," ulas wakil syarikat pengurusan Ladies Code. Kenyataan daripada jabatan bomba kemudian menafikan dakwaan kononnya tiga anggota Ladies Code iaitu EunB, Rise dan Sojung tercampak keluar daripada van akibat tidak memakai tali pinggang keledar.
Ini kerana ketika mereka tiba di tempat kejadian, Ashley dan Zuny berdiri di luar van manakala, EunB, Rise dan Sojung tidak sedarkan diri dan masih berada di dalam van.
"Rise berdarah daripada kepala dan mengalami kecederaan dalaman di wajahnya. Situasi ketika itu sangat mencemaskan kerana Rise didapati tidak bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi. "Kami terpaksa melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) untuk menyelamatkannya," kata wakil jabatan bomba. Tambah anggota bomba, mereka masih menyiasat kemalangan itu dan pemandu van tersebut sudah disoal siasat. Menurut berita di Korea Selatan, van yang membawa kumpulan Ladies Code didakwa dipandu laju dalam keadaan hujan renyai-renyai kerana ingin mengejar jadual padat kumpulan tersebut.
Sewaktu kemalangan berlaku, van itu dikatakan hilang kawalan dan telah berpusing beberapa kali sebelum melanggar pembahagi jalan. Van itu didapati rosak teruk dengan keadaan tayar belakangnya tercabut dan kesemua cermin di bahagian belakang itu pecah. Kemalangan itu merupakan berita sedih, bukan sahaja buat peminat dan keluarga Ladies Code tetapi juga seluruh Korea Selatan.
|