Sudah lama kedengaran cerita kononnya ada 'sesuatu' di antara aktres genit, Elfira Loy dengan Wak Doyok.
Baru2 ini Elfira ada memuat naik gambar secara rambang dan tertera perkataan "If I Stay." Selang beberapa minit kemudian, Wak Doyok pula memuat naik gambarnya berserta keterangan gambar mahu mengucapkan selamat malam kepada puterinya. Di hujung ucapan itu, turut tertera tulisan If I Stay seperti mana yang ditulis Elfira.
Elfira: "Saya tak ada rasa apa-apa. Suka hati dialah. Tapi kalau ditanya ada apa-apa antara kami, jawapannya jelas memang tak ada hubungan cinta. Apa jua yang mungkin orang fikir atau tanggapan dia, saya memang tak tahu apa-apa.
Ia tak memberi kesan kepada saya. Jadi saya tak perlu peduli semua ini. Kalau nak tanya apa tujuan dia buat begitu, kena tanya dia sendiri. Selagi ia tak mengganggu perjalanan kerjaya seni saya dan diri, saya okey," katanya.
Wak Doyok: "Saya suka menyakat dia. Lagipun dia masih budak lagi. Saya selalu usik keningnya dengan kumis saya macam sama," katanya yang berlakon tiga babak dengan Elfira dalam drama Kelas 601."
Last edited by Jenabmurai on 12-9-2014 08:46 AM
|