View: 2961|Reply: 20
|
[Dunia]
Satelit keenam negara, Measat-3b dilancar hari ini
[Copy link]
|
|
SATELIT keenam negara, Measat-3b selamat dilancarkan ke orbit oleh roket pelancar Ariane 5 ECA di Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana tepat jam 6.05 pagi Jumaat waktu Malaysia (7.05 petang Khamis waktu tempatan).
Ini adalah pelancaran satelit ke-75 Ariane 5 ECA dan kali ketiga untuk siri satelit Measat-3.rn Yang turut hadir menyaksikan pelancaran bersejarah itu adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Pengerusi MEASAT Global Berhad (MEASAT), Datuk Umar Abu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Measat Satellite Systems, Paul Brown-Kenyon.
Pada masa sama di Kuala Lumpur, kira-kira 400 pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang yang berkumpul seawal jam 4 pagi di Pusat Sains Negara dijemput untuk menyaksikan pelancaran secara langsung itu.
Satelit berkenaan yang terbesar dan tercanggih seberat 5,897 kilogram berbanding lima satelit sebelum ini dibangunkan dengan kos AS$350 juta (RM1.13bilion) oleh MEASAT sejak Jun 2011 untuk tujuan komunikasi.
Naib Presiden Kanan Pembangunan Sistem Angkasa Lepas MEASAT, Dr Ali R Ebadi berkata cuaca yang baik membantu pelancaran satelit pada hari ini yang dijangka beroperasi sepenuhnya 15 Oktober ini.
"Masa 'tingkap' pelancaran adalah 62 minit bermula jam 6.21 petang waktu Kourou dan dalam tempoh itu satelit perlu dilancarkan jika terlepas ia perlu dilakukan keesokannya, justeru tempoh 'tingkap' ini amat penting.
"Ia mengambil masa 27 minit untuk pelepasan Measat-3b daripada roket dan tujuh minit kemudian untuk satelit penumpang Optus 10," katanya menjelaskan apa yang berlaku sewaktu satelit dilancarkan.
Ali berkata, pelepasan itu membolehkan Measat-3b diletakkan ke orbit berputar geostesyen dalam tempoh lima hari oleh enjin khas digelar Apogee.
Selepas panel suria dan antena dikeluarkan, katanya, ia mengambil masa tiga minggu untuk melakukan ujian orbit pada slot 84.5 darjah Timur supaya ia tidak mengganggu operasi Measat-3 dan Measat-3a di slot 91.5 darjah Timur pada ketinggian 35,800 kilometer.
"Apabila tempoh tiga minggu berakhir Measat-3b kemudian dipindahkan ke slot 91.5 darjah Timur bersama Measat-3 dan Measat-3a namun memerlukan dua hari untuk dapat beroperasi sepenuhnya.
"Kemudian barulah saya dapat menyerahkan operasi satelit kepada pusat arahan di Cyberjaya," kata Ali, seorang warga Iran yang terbabit dalam pembuatan Measat-3 sejak 1996.
|
|
|
|
|
|
|
|
Measat 3b ni fungsi dia untuk apa? |
|
|
|
|
|
|
|
obelisk posted on 12-9-2014 08:30 AM
Measat 3b ni fungsi dia untuk apa?
komunikasi rasanya
|
|
|
|
|
|
|
|
more astro hd............. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_rambutan posted on 12-9-2014 08:33 AM
more astro hd.............
HD sembang kencang waktu hujan
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_rambutan posted on 12-9-2014 08:33 AM
more astro hd.............
takkanlah asteruk lg.....takde faedahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
kentel posted on 12-9-2014 09:00 AM
HD sembang kencang waktu hujan
hd aku takat ni ok jah, ujan ribut pon selamba banding dekoder dan kuali lama aku... tp kalau ujan awan terlalu tebal tak mustahil la akan jadi... nama pon satelit duduk atas sana... ku menerima realiti teknologi tv satelit tak sempurna...
|
|
|
|
|
|
|
|
kejoraria posted on 12-9-2014 09:04 AM
takkanlah asteruk lg.....takde faedahnya
Astro commits to 18 transponders on Measat-3b
Measat Global has entered into an agreement with Measat Broadcast Network Systems (Astro) for capacity on the Measat-3b satellite.
Under the agreement, Astro had committed to leasing 18 Ku-band transponders on Measat-3b for the life of the satellite for its direct-to-home (DTH) services in Malaysia and Brunei.
Datuk Umar bin Haji Abu, chairman of Measat Global said, “We are pleased to be able to support Astro’s continued growth with capacity on the new Measat-3b satellite. With the commitment from Astro, we have now secured end-of-life leases for 50% of the satellite’s capacity.”
“With the launch of Measat-3b, 91.5°E will have 100 Ku-band transponders across three co-located satellites, making it the most robust DTH hotslot in Asia,” added Uma
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_rambutan posted on 12-9-2014 09:07 AM
Astro commits to 18 transponders on Measat-3b
Emmmmmmmmm.......
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam 6 biji satelit yang mana satu boleh pakai... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dh tmbah transponder tu , maknanya dh lebih untungla tu
pesal naikn bil.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa utk apa ya..??utk upgrade asto.. |
|
|
|
|
|
|
|
nape astro masih pakai ku-band berbanding negara lain yg byk pakai c-band? |
|
|
|
|
|
|
|
tingat satu artikel ada menyebut kat orbit sekarang ada seribu lebih satelit yg tengah aktif, dua ribu yg sudah tidak beroperasi dan beratus ribu debris/serpihan space junk yg sedang terapung2 di luar sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah?
Yg binariang tu ??? Ade ke control mwasat jugak ni sekitar 1990an dulu...
Razaksat? Ni sapa control
Wow..this one cyberjaya ye ...
|
|
|
|
|
|
|
|
MawiMawas posted on 12-9-2014 11:18 AM
nape astro masih pakai ku-band berbanding negara lain yg byk pakai c-band?
Tak jugak, mostly dah pakai KU band sekarang ni.
C band kena guna dish parabola yang besar, guna space banyak,astro punya kecik jer..nak pasang pun senang.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm gampang. satelit jer banyak. tp stesen tb sikit jer dpt dihitung dgn jari... phuiii. |
|
|
|
|
|
|
|
harapnya boleh mngesan kehilangn MH370 |
|
|
|
|
|
|
|
AHMADVW posted on 14-9-2014 06:50 PM
harapnya boleh mngesan kehilangn MH370
tidak mungkin..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|