CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2145|Reply: 14

[Jenayah] Edisi Saus Kacang: Dirodok Madura

[Copy link]
Post time 11-9-2014 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Serdang: “Adik saya merayu dilepaskan, tetapi mereka terus memukul dan menikamnya bertubi-tubi hingga isi perutnya hampir terburai,” kata Ghazali Muhamed Hussin, 35, abang kepada Abdullah Mubarakali Muhamed Hussin, 28, yang maut dibunuh Geng Madura dari Indonesia.

Dalam kejadian 11.30 malam kelmarin, mangsa dibelasah sekurang-kurangnya lapan lelaki warga asing itu di Kampung Baru, Batu 12, Jalan Puchong di sini.
Ghazali berkata, kejadian berlaku apabila adiknya berjumpa kumpulan lelaki itu untuk meminjam motosikal berikutan motosikal miliknya rosak.

Kumpulan lelaki Indonesia itu enggan meminjamkan motosikal mereka hingga menyebabkan berlaku pertengkaran mulut.

“Kumpulan itu kemudiannya bertindak menyerang adik saya menggunakan senjata tajam. Adik saya ditikam dan dikelar berulang kali.
“Lebih kejam lagi apabila isi perut adik saya hampir terburai apabila perutnya dikelar. Dia kemudian dibiarkan mati berlumuran darah di lokasi kejadian,” katanya yang ditemui di bilik mayat Hospital Serdang semalam.
AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak ketika menunggu mayat mangsa selesai dibedah siasat di Hospital Serdang.

Difahamkan kumpulan pembunuh itu yang dipercayai menetap di kawasan berkenaan bertindak melarikan diri sejurus kejadian.
“Saya merayu polis memburu kumpulan penjenayah kejam itu yang tergamak menyembelih adik saya hingga mati,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner, Razimi Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kes bunuh itu.
Menurutnya, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.
“Polis masih melakukan siasatan dan sedang mengesan semua suspek yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Dia berkata, kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DirodokMadura/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2014 09:08 AM | Show all posts
Aku rasa ada benda lain yg tak dilaporkan. Takkan lah tak bagi pinjam motor siap bertekak, tikam semua tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 09:13 AM | Show all posts
apahal nak pegi pinjam motor dkt gengster?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 09:20 AM | Show all posts
Bodoh tul mamak tuh.

Nak pijam moto orang tak kenal. Siap bertengkar lagi bila tak dapat
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 09:28 AM | Show all posts
Tak kan la sbb tak kasik pinjam moto pastu bunuh org yg nk pinjam tu pulak...
Peiknyer
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 10:08 AM | Show all posts
entah apa di kata pada orang-orang tu sampai kena serang..

takziah je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2014 10:14 AM | Show all posts
mesti ada kes provokasi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 10:18 AM | Show all posts
cover line punya ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2014 11:17 AM | Show all posts
madura mmg jahat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Madura memang yg paling ganas tp
Mamat tu betul ke nk pinjam motor mcm tak logik je
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tidak logik cerita abang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 11:42 AM | Show all posts
Don't mess with Madura.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 12:14 PM | Show all posts
Tak kan le pasal nak pinjam motor pun sampai nak membunuh cam tergantung je ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 12:44 PM | Show all posts
silap sket,tembak,bunuh,sembelih...jenayah semakin menjadi-jadi.. sikap perikemanusiaan dh luput.. Last edited by hyldia on 11-9-2014 12:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 04:21 PM | Show all posts
ada benda lain nih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.638916 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list