View: 2069|Reply: 5
|
[Jenayah]
Ko Ingat Ko Katak Ke Dekkk:Penagih patah kaki jatuh bumbung
[Copy link]
|
|
SUNGAI UDANG - Padah cuba mengelak daripada dicekup penguatkuasa, seorang penagih dadah patah kaki selepas terjatuh dari bumbung rumah jirannya di Taman Peruna, di sini, semalam.
Difahamkan lelaki berusia 29 tahun itu melarikan diri melalui bumbung rumah adiknya sebelum melompat di atas bumbung beberapa rumah lalu terjatuh dalam kejadian pada jam 1.50 pagi.
Pengarahnya, Wan Zakaria Wan Awang berkata, lelaki yang mendakwa berasal dari Kelantan itu kemudian ditahan kerana disyaki tidak memiliki kad pengenalan ketika serbuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Ketika serbuan dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Melaka (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka, lelaki yang gagal menunjukkan kad pengenalan itu mendakwa kehilangan kad tersebut sejak sebulan lalu.
“Siasatan terhadap status kewarganegaraan melalui pengkalan data JPN mendapati dia merupakan rakyat tempatan namun kita ditahan untuk tindakan lanjut AADK selepas hasil ujian saringan mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya selepas operasi tersebut, di sini, semalam.
Wan Zakaria berkata, lelaki itu antara 13 lagi warganegara asing yang ditahan di taman perumahan sama atas pelbagai kesalahan dokumentasi dalam operasi melibatkan 85 anggota penguatkuasa JPN, JIM dan AADK selama empat jam bermula 12 tengah malam kelmarin.
“Seorang wanita Indonesia dan tiga lelaki Filipina berusia lingkungan 30-an disyaki memiliki kad pengenalan palsu dan disiasat di bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara Malaysia 1990 (Pindaan 2007).
“Lapan lagi iaitu satu lelaki dan dua wanita Thailand, satu wanita dan dua lelaki Indonesia serta masing-masing satu lelaki Bangladesh dan Filipina berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Menurutnya, JPN turut merampas empat kad pengenalan yang didapati dalam simpanan empat warga asing kerana disyaki telah disenarai hitam dan mempunyai kes dalam siasatan pihak JPN.
“Serbuan dilakukan selepas risikan selama dua bulan dijalankan anggota penguatkuasa JPN hasil aduan penduduk yang meragui status kewarganegaraan beberapa penghuni taman ini,” katanya.
Sumber:http://www.sinarharian.com.my/ed ... uh-bumbung-1.315135
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha..tajuk yg sadis... |
|
|
|
|
|
|
|
Lompat sikatak lompat..... |
|
|
|
|
|
|
|
sakit dapat, malu dapat,
jail dapat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|