CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Esmiria

Novel Psiko Online: Fesiran (Episod Dua Puluh SATU) Update!

[Copy link]
 Author| Post time 12-10-2014 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 10-10-2014 10:05 AM
Episod Dua Puluh Satu

" Ah...Ahhh....Ahhhhhh.. "


Episod Dua Puluh Dua

Seorang lelaki yang berjaket hitam serta berseluar hitam  mengetuk pintu sebuah rumah buruk . Dia berdehem kecil  seketika selepas ketukan ketiga.

" Oh...Encik..Encik Asdira. Tak expect you datang rumah I yang buruk ni...Hehe.." kata Ana selepas membuka pintu. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Encik Asdira. Riak gembira terpancar di wajah Ana.

" Rumah buruk? Hahaha...Bukan ke ini rumah sementara je? " balas Encik Asdira sambil sengih. Cermin mata hitam ditegakkan ke atas.

Ana mempersilakan Encik Asdira duduk di ruang tamu sebelum memanggil Encik Pikachu di biliknya. Encik Asdira diam memerhatikan keadaan sekeliling. Tiada apa yang menarik di ruang tamu itu melainkan perabot perabot buruk tersusun seperti meja kopi, kerusi rotan serta almari gobok. Tiga tu je ada. Akhirnya dia melepaskan sebuah keluhan kecil selepas 3 minit berlalu.

Encik Pikachu yang sudah  menyalin seluar mengatur langkah ke ruang tamu. Seulas senyuman di mukanya. Manakala Ana  pula keluar dari dapur dengan  menatang dulang yang berisikan dua cawan darah manusia yang pekat .


" So...kau  datang sini sebab nak beritahu perkembangan kan? " tanya Encik Pikachu sambil mengangkang lalu bersandar. Mata mereka bertembung. Ana sudah beredar ke dapur setelah meletakkan minuman tadi. Tidak mahu menggangu perbualan mereka berdua maka dia duduk didapur sambil menikmati minuman darah.

" Aku tak tahanla... Dia asyik tanya aku fasal kau. Mana lokasi kau. Siapa kau.  Kau tahulah kan? " Encik Asdira menundukkan pandangan. Secawan darah manusia diangkat  menghampiri mulutnya. Kemudian dia meletakkan semula cawan itu dek bau darah yang kuat.

" Then..we are gonna come up with a plan. " ujar Encik Pikachu. Jari telunjuk diletakkan dibawah bibirnya. Neraca fikirannya dicanai. Mindanya sedang berusaha mencari jalan keluar bagi masalah kecil itu.

" Apa dia? " soal Encik Asdira lagi. Merenung anak mata Encik  Pikachu semula.


"  Hmmm..kau kena beritahu lokasi dan siapa aku. Tapi pastikan semua tentangku adalah rekaan semata mata. Lokasi pula....kena cari tempat lain..." Encik Pikachu memecahkan kesunyian setelah lima minit membatukan diri.

" Macam mana?"

Encik Pikachu mengekori pergerakan Encik Asdira melangkah pergi meninggalkan rumahnya dengan pandangan mata. Rasa teruja melaksanakan rancangan tersebut.  Terbentuk sebuah senyuman  di mukanya.

" Terdengar perbualan you dengan mister penyiasat tu... What a great plan! " tutur Ana yang berdiri disisi kanan Encik Pikachu.

" Kan? " sela  Encik Pikachu.

" Yer...hehe.. "

*******    ********

Fesiran mengelap kereta Honda Civic putih tersebut dengan kain putih. Bersungguh sungguh dia melakukan perbuatan itu. Baru sahaja selesai membasuh kereta kerana diarah Cik Mawar.

Kereta putih itu milik Dato Redza. Sengaja dia membeli lebih kereta agar jika kereta Toyota Vios itu rosak , bolehlah kereta ini menggantikan kenderaannya buat seketika untuk ke pejabat.

" Dahlah lap tu..." arah Mawar.Sengih. Gembira kerana dapat kenakan Fesiran. Habis basah baju Fesiran. Tampak serius sahaja wajah Fesiran sepanjang mencuci dan mengelap kereta papanya.

Fesiran melepaskan  nafas lega. Kain putih dibiarkan di atas kereta. Tangan kanannya menyeka peluh yang memenuhi dahinya.

" Ambil kain putih tu dan bawa balik! Besok I nak. Faham? " Tegas Mawar bersuara. Sengihan tadi sudah tiada pada wajahnya. Reaksi serius dipamer. Dia merenung tajam ke dalam  mata Fesiran .

Fesiran tunduk dan angguk. Kain putih diambilnya lalu memasukkan kedalam kocek kanan seluarnya. Dia melontarkan pandangan semula ke arah Mawar dan bertanya..
.
" Boleh saya balik sekarang? "

"  Hmm..." jawabnya sambil melirik ke badan Fesiran. Aset Fesiran jelas terpapar didepan matanya. Rasa terangsang menjengah dirinya. God! Menatang bende ni?

" Balik ar! " teriak Mawar sebelum bergegas menaiki tangga rumahnya. Mawar Arina Tirasa, kau suka batang bukan karipap. Eiii, apalah aku ni! Am I bi?- bisik hatinya. Fesiran terpinga -pinga dengan Mawar yang tiba tiba tergesa-gesa itu.
Last edited by Esmiria on 12-10-2014 09:00 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2014 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dear Esmiria,

Bila nampak ada update rasa teruja sebenarnya nak baca TAPI kurangkan lah kata2 carutan seperti ba** bod** dan sebagainya tu. Nay tahu karya ni berdasarkn ilusi tapi seeloknya menulis biar kena dengan jiwa pembaca.

Nay pun baru dalam bidang ni tapi kita kena faham seeloknya persembahkan lah sebuah karya yang orang tak rasa macam nak buang saja dalam tong sampah.

Isikan dengan ilmu kan lebih baik daripada menggambarkan perkara2 yang boleh mndatangkan syahwat pada orang lain... Bahasa jangan terlalu kasar.

Maaf Nay terpaksa tegur nak kata Nay berfikiran tertutup rasanya Nay dah terlalu open. Apa salahnya setiap ayat berkenaan s**ks tu di tapis di lapik penggunaan ayat....

Jangan ambik mudah cik Es. Ilmu kalau nak di sampaikan biar dengan lenggok bahasa yang sopan. To be honest cik Es punya cara tersendiri dalam berkarya tapi cik Es terlalu ghairah menggunakan bahasa yang terlalu kasar.  Harap dapat di perbaiki.

Nay tak marah cuma memberi teguran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 12-10-2014 09:40 AM
Dear Esmiria,

Bila nampak ada update rasa teruja sebenarnya nak baca TAPI kurangkan lah kata2 ca ...

Oh nay online rupanya tapi tak check pun noti cik es tag kat bod teka teki.

tolonglah panggil cik es..baru mesra.

Ok.Noted.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 12-10-2014 05:46 PM
Oh nay online rupanya tapi tak check pun noti cik es tag kat bod teka teki.

tolonglah panggi ...

Nay online thru phone so tak boleh nak rate kat bod teka teki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 12-10-2014 08:56 AM
Episod Dua Puluh Dua

Seorang lelaki yang berjaket hitam serta berseluar hitam  mengetuk pintu ...

Episod Dua Puluh Tiga

Mawar menutup pintu biliknya. Matanya membulat. Nafasnya kencang. Air liur ditelan. Rangsangan melihat dada Fesiran .membuatkan dia tertanya tanya akan orientasi seksual dirinya.

Am I bi? No..no..no.. mengarut je..tapi..- katanya dalam hati. Dia teringat akan ransangan ransangan yang pernah dialaminya jika dia melihat aset perempuan lain untuk beberapa minit dan juga...


Oh...pelukan itu..... Pelukan bilamana dia menangis dibahu Fesiran tempoh hari.


" No no.." Mawar menggeleng beberapa kali. Menafikan rangsangan itu. Dia pernah berhubungan badan berpuluh kali bersama Edzfiani dahulu. Tak mungkin dia akan bergunting-guntingkan?

Yup. Betul tu. Dia bukan biseksual tapi heteroseksual. Mungkin mungkin....yang dia rasa tadi hanya perasaan. Ya, perasaan.

" Im straight. Not bi. " ucapnya sendirian sambil sengih.

*****   *******

Fesiran menanggalkan kasut hitamnya. Penat kerana melakukan kerja tadi. Habis tenaga dikerah. Tombol pintu dibuka. Melangkah perlahan kedalam rumahnya sebelum rasa terperanjat menyelinap dirinya.

Tidak menyangka dia berada disini.
Apa dia buat disini?
Aku penat ni wei! Malas nak layan kau.

Sabar Fesiran. Ini bukan gondo yang tiba tiba muncul dan ingin mengisap darah kau. Bukan bukan. Dia manusia. Bukan jelmaan.

Takpe. Kau go with the flow je bhai. - ucapnya dalam hati.

" Daz....kau buat apa sini? " ayat pertanyaan terpacul dari mulutnya. Merenung lama anak mata Daziran. Keadaan senyap seketika.

Sah ini jelmaan! Bukan Daziran! - hatinya berbisik.

" Saja..nak jenguk my buddy? " sambil mengulum senyuman manis. Matanya melirik ke baju Fesiran.

Okay..Dont be too paranoid Fesiran. Sah, ini Daziran. Hishh, apa aku merepek ni! - kata hatinya lagi.

" Im sorry. Aku tak mahu bercakap dengan kau sebab.... aku penat.. "

" Okay..tapi esok tidur rumah aku nak? "

" Err..yela..dah dah..blah la..aku penat ni. " selamba Fesiran menghalau Daziran. Daziran- rolling eyes* .

" Yelah...someone is in bad mood..." ucap Daziran sebelum bangkit dari sofa. Rasa mengganggu rakannya sahaja dengan datang sini.Teringin hendak tanya Fesiran tentang bajunya yang basah tapi didiamkan sahaja. Mungkin boleh tanya pada esoknya..Buat penat je tunggu Fesiran sampai 20 minit. Ini balasannya?


**********   ****

Fesiran memejamkan matanya.Wajah Mawar terbayang didalam kegelapan.Riak mukanya tampak gembira. Mawar menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya.

Terus dia buka matanya. Melontarkan pandangan ke siling biliknya. Tertanya tertanya didalam dirinya.

Sampai bila nak dikenakan Mawar ni?
Mawar tu straight ke bi?
Aku nak berkawan rapat dengan dia!
Bukan asyik dihina dia!
Apa aku harus buat?
MACAM MANA NAK PIKAT DIA!!


" Oh Fesiran..level gay kau ialah 100%. Kemaruk betul kau pada anak majikan kau. Kau perlu sedar diri Fesiran. " satu suara perempuan menyapanya. Terus bangkit dari katil. Menoleh ke kiri dan kanan. Tak lupa melihat atas serta bawah.

Suara siapa tu?
Adakah aku mengalami skizo?
Atau ada jelmaan menggangguku?

Seketul daging kecil didalam badannya berbisik.

" Boo. " muka seorang perempuan muncul betul betul dekat dengan wajah Fesiran. Matanya terbuntang.

"  Aaaaaa!  " Fesiran tiba tiba terpelanting ke bawah. Kepalanya terhantuk ke lantai. Tangan kanan pantas mengosok gosok dahinya yang sakit.

" Fesiran adikku sayang...Can you stop being homo girl? " soal perempuan yang berdiri disebelah Fesiran. Mendengar suara itu, Fesiran mendongak ke tepi.

" Akak? "

" Yeah..its me..Akak kamu. Yang kamu bunuh tu.. " tutur Hanis, kakak Fesiran. Sengih. Mukanya bersinar.

"  Fes tak bunuh akak..akak yang bunuh diri sebab putus cinta...Afesal tuduh Fes ni bagai? Wait, bukan akak patut kat alam tu ke skang? " jawab Fesiran sambil merebahkan punggung di atas katil. Hanis menjuih bibir. Mata mereka bertembung.


"  Ish..ish...Baik lupakan Mawar tu. Mawar tu straight..Even dia jadi les sebab kau pun, dia tetap akan suka lelaki..Kau apa ada? Baik kau check luar dalam ea..Dan tahu tak kau sedang  bermimpi? "

Fesiran membuka mata. Mengerdip beberapa kali.Nafasnya kencang. Angin bayu menyapa dirinya.

". Mimpi rupanya....." kata Fesiran sendirian. Tidak menyangka bermimpi tentang kakaknya yang sudah lima tahun meninggal dunia kerana bunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan. Fasal putus cinta menyebabkan Hanis berbuat begitu. Ibu dan dia tiada ketika waktu kejadian. Sesungguhnya kematian kakaknya membawa kesedihan kepada keluarganya.Sudah takdir tampaknya. Selepas ayah mati dek sakit jantung 2 bulan sebelumnya, kakaknya pula. Bala sungguh! Ahh, perkara itu sudah lama berlalu...

Dia mula berfikir akan kata-kata arwah kakaknya sebelum menyambung tidur semula.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 12-10-2014 11:52 AM
Episod Dua Puluh Tiga

Mawar menutup pintu biliknya. Matanya membulat. Nafasnya kencang. Air liu ...

Episod Dua Puluh Empat

" Yang ku ingin...
  darah mengalir
  dalam tubuhmu..."

Dato Redza tersentak terus terhenti makan seketika. Mindanya mengatakan itu ialah panggilan dari Encik Asdira, penyiasat pensendiriannya. Tangan kanan menyeluk poket kotnya sebelum menekap di telinga kanan. Mawar dan Adrifa yang berada di meja menikmati makanan tertanya tanya akan siapakah memanggil bapa mereka pada pagi yang indah ini.


" Hah, dah dapat butir peribadi dia? " tanya Dato Redza dalam nada tegas. Berharap sangat agar identiti pembunuh itu diketahuinya. Sudah tidak sabar untuk membunuh pembunuh itu.Mungkin dia boleh mengupah seseorang untuk mematikan Encik Pikachu.


Talian telefon sunyi seketika. Encik Asdira mengambil nafas lalu melepaskannya.


" Woi. Beritahulah! Buat apa nak ambil nafas ni bagai? " marah Dato Redza. Tidak sabar untuk mengetahui identitinya. Dapat merasakan Encik Asdira tahu akan siapakah lelaki itu?

" Encik Pikachu ialah Edzfiani. Dia tinggal di sebuah rumah buruk di pinggir bandar. Umurnya……"

" Wait, are you kidding me? Cant believe this, we need to talk right now! "  Dato Redza mencantas kata kata Encik Asdira tanpa sempat dihabiskannya.

" Kita kan sedang bercakap sekarang? "

" Err...i mean..I need to see you now at A’la Cafe okay? " Ucap Dato Redza sebelum memutuskan talian. Riak terkejut terpamer pada wajahnya. Seakan tidak percaya bahawa Edzfianilah ialah Encik Pikachu. Dahi kedua-dua anaknya berkerut tanda hairan akan reaksinya selepas bercakap didalam talian telefon.


" Napa pa? Apa hal? " tanya Mawar memecahkan kesunyian.

Nope. Mungkin orang lain yang mempunyai nama yang sama.

Ting Tong..
Dato Redza berpaling ke muka pintu tanpa menjawab persoalan Mawar. Itu pasti budak tu. Hmm, aku kena pergi sekarang.

Dato Redza terus bangkit dari kerusi dan berlari-lari anak kemuka pintu. Mak Ji yang hampir hendak memulas tombol terhenti dek perlakuannya.


" Hantar Uncle ke A’la cafe sekarang! " teriaknya dengan mata membulat macam kena kejar hantu  je.

" Baik! " balas Fesiran. Berasa aneh dengan sikap Dato Redza.

" Papa kena rasuk hantu  ke bende?" soal Adrifa pada Mawar. Mereka saling berpandangan sesama sendiri. Persoalan itu langsung tak terjawab dan mereka sambung menikmati makanan yang enak.

*****  *****

Encik Asdira memperbetulkan jaket hitamnya. Cermin mata hitam ditanggalkan dan dipakai semula.Memandang ke kiri dan kanan. Kemudian melihat waktu sekarang di jam tangannya - 7.37 pagi.

" Mana pulak si tua ni.... " rungutya sendirian. Sudah 20 minit dia berada disitu sejak pukul 7.00 pagi. Memang cafe itu menjadi tempat makannya sebelum dia melakukan kerja. Nasib baik Dato Redza ingin berjumpanya disini. Tidak payah ulang- alik  naik kereta. Jimat minyak.

Sebuah kereta hitam berhenti dihadapan cafe. Encik Asdira tahu siapakah yang berada didalamnya.


"  Beritahu aku semua detail pasal Edzfiani. " kata Dato Redza selepas merebahkan punggung dihadapan Encik Asdira. Ingin tahu butiran terperinci tentang Edzfiani. Adakah dia adalah orang sama ke tak?

"  Dia lelaki. Umur 18. Berbadan sasa.Tinggi. Bermisai. Tinggal di rumah yang buruk. Saya boleh bawa Encik kesana. " Dato Redza diam sekejap. Tampaknya, ia memang Edzfiani. Bekas kekasih anaknya. Mesti punya motif sendiri ni. Tapi kenapa perlu bunuh Cherifan yang merupakan kawan rapatnya? Dato Redza menundukkan pandangan. Berfikir. Apa yang patut dilakukan? Rasanya dia harus menghadapi Edzfiani.Kalau boleh, membunuhnya dengan tangan sendiri. Patutlah dia menghilang selama ni, ada plan sendiri ya.

Mata mereka bertembung semula.

" Petang nanti. Kau bawa aku kesana  yer. "


****  *******

" Hishhhh! " kata Mawar dengan meluat. Bibirnya dimuncungkan macam duck face je rupanya. Ada rasa tidak puas hati didalam dirinya. Apa lagi, fasal perempuan tulah! Benci mengadap muka dia hari - hari.

" Apa kono ea jang? "  Edrisan yang duduk sebelahnya bertanya. Mereka berdua je makan tengahari pada waktu ini. Yang lain belum keluar lagi.

" I benci her.. I hate her! " ucap Mawar separuh teriak. Edrisan menjauhkan sedikit mukanya dari muka Mawar. Dahinya berkerut seribu.  Dia tahu siapa dimaksudkan oleh Mawar. Tak lain tak bukan ialah Fesiran.


Perempuan tu nampak baik sahaja. Tiada aura jahat dimukanya. Apa yang membuatkan Mawar membencinya? Nak kata Fesiran tu pembunuh bersiri... bukan.. Apatah lagi, perogol bersiri eh dia tu perempuan. Macam mana boleh jadi perogol pulak..Ntah apa apa kau ni Edrisan..Ish Ish.

" Senang cerita.. You bunuh dia. The end of story. " ujar Edrisan. Memberi idea gila.

" Right..Lepastu I kena masuk penjara.. you ni.." Mawar menyekeh kepala Edrisan. Edrisan bersuara

" Ouch. Sakitlah nok.. haha.." Edrisan meledakkan ketawa besar. Suka mengenakan Mawar.

" I dah hina dia..Dia still bertahan.. Semalam pun I kenakan dia... Tapi dia tu berhati keringlah! "

" Kenakan apa? " Ayat pertanyaan yang terpacul dari mulut Edrisan ditujukan pada Mawar.

"  Suruh dia ambik I pergi shopping then suruh basuh kereta.. camne nak singkirkan dia ea? " Mawar mengutarakan soalan pula.

" Senang je. Just cuba belajar pandu kereta. Tak payah pergi kolej dengan dia lagi. " Selamba Edrisan mengemukakan pendapatnya. Walaupun dia tahu, perkara itu agak tidak akan menjadi kenyataan.


" Tak guna kalau I pandai pandu..Tetap kena menghadap dia... " respon Mawar. Menongkat dagunya. Menjatuhkan pandangan ke meja.

"  You mean?

" Kena belajar tae kwan do dengan dia sebab si pembunuh tu.. " Edrisan tiba tiba rasa bosan dengan ceritanya kali ini.

" Hmm..I bosan ar cakap fasal dia. Jom tukar topik? " Edrisan merenung rambut Mawar. Mendengar ayatnya itu, Mawar memandang ke arahnya lalu menyimbah air ke mukanya

" Apa jenis kawanlah you ni! Bagila solution at least! Huh! " tengking Mawar pada Edrisan. Edrisan yang sedikit kebasahan tersentak dengan perbuatannya.


" Period ke apa? " soalnya sambil melihat Mawar melangkah laju meninggalkannya..Mata mata disitu memandangnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2014 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 13-10-2014 02:41 AM
Episod Dua Puluh Empat

" Yang ku ingin...

Episod Dua Puluh Lima

Penghawa dingin kereta memberi rasa tenang dan sejuk pada Fesiran.Ditambah dengan keselesaan tempat duduk pemandu yang empuk. Kedua dua tangannya berada di stereng kereta. Haihh, syok sungguh kerja ni. Just bawa kereta sana sini. Dapat jumpa buah hati pulak tu. Hehe.

Tapi...buah hati membencinya. Apa sebenarnya yang membuatkan perempuan muda itu membencinya? Apa salah dia pada Mawar? Rasanya takde salah kot.


Matanya melirik ke cermim atas. Mawar membatukan diri sejak dia berada didalam kereta selepas menyebut ayat

" Pandulah anjing! "

Fesiran mengeluh kecil.Pandangannya dihalakan ke hadapan. Mawar sedang berwhatsapp dengan rakan- rakannya.

Kelajuan kereta diperlahanka kerana  warna hijau sudah bertukar merah tanda berhenti. Banyak kereta turut mematuhi arahan lampu isyarat itu.

Fesiran rasa bosan.Ingin mendengar radio, tapi Mawar tak suka dia berbuat negitu. Kalau ajak Mawar berbual, sudah tentu dia akan dimaki. Dah nasib kau Fesiran. Kena sabar dengan budak nak up ni. Hish hish.

Seorang lelaki yang berlingkungan 20-an menghampiri kereta majikannya. Fesiran tanpa rasa ragu-ragu,.membuka cermin kereta. Mereka berdua saling berbalas senyuman.

"  Akan ada karnival Funfair diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ni. Ini risalahnya.. " ucap lelaki itu sambil menghulurkan risalah berwarna warni. Fesiran mengulum senyuman sekali lagi dan membalas

" Okay.. Aku faham. Dah blah. Menyibuk je.." Fesiran*rolling eyes. Malas nak layan lelaki itu. Dia tak suka karnival funfair sebab dirasakannya ia untuk budak budak sahaja. Yelah, tak dinafikan dulu memang dia suka  pergi karnival funfair tetapi itu masa dia budak kecil. Kali terakhir dia pergi funfair pun semasa umur 14 tahun then dia stop pergi sebab dah bosan dengan karnival sebegitu. Mawar berhenti berwassap. Memandang Fesiran yang sibuk menunjukkan isyarat jari tengah pada lelaki itu. Segera Mawar berdiri separuh kehadapan lalu merampas risalah di tangan lelaki tersebut.

Perlakuannya itu sungguh mengejutkan mereka berdua. Cermin dinaikkan- mujur lelaki itu sempat elak tangannya dari terkepit. Fesiran melontarkan pandangan  ke arah Mawar yang sudah duduk dan sedang syok membaca risalah tu. Lega Fesiran sebab lelaki tu sudah pergi ke kereta lain.


" Nak pergi ke karnival tu ke nanti? " soal Fesiran. Sengih. Dah besar panjang pun still nak pergi karnival gini. Haha.-  bisik hati Fesiran. Fikirnya Mawar suka karnival sebegini.

Mawar tak menjawab.Teringat memorinya semasa kecil. Memori bilamana dia sesat di tengah-tengah karnival dan seorang remaja perempuan membantunya mencari abangnya. Remaja itu turut membelanjanya lolipop. Sungguh sedap sekali rasanya bila teringat lolipop. Sudah lama dia tak merasa gula- gula itu. Kali terakhir dia  menikmati lolipop semasa usianya mencecah 12 tahun. Lepas tu, dia stop sebab dah bosan sangat makan gula- gula tu setiap hari minggu.


Mawar tersenyum Terimbas wajah perempuan tu. Dia ingat lagi, perempuan tu berkulit sawo matang, berambut pendek, bibirnya merah dan... wangian yang dipakainya Haih, kan best kalau dia dapat jumpa semula perempuan tu? Guana rupanya sekarang? Mesti lawakan....Teringin nak jumpa dia...

" Cik Mawar..Nak pergi ke karnival tu ke? "soal Fesiran lagi. Mawar tersedar dan mendongak.

" Yer.. " jawab dia lembut sambil terseyum kerana teringat kata kata perempuan tu. Risalah dipeganrapat ke dadanya. Fesiran gembira sebab ini kali pertama Mawar senyum padanya. Namun, dalam masa yang sama dia rasa hairan akan reaksi wajah Mawar yang tiba tiba berubah. Fesiran berpaling kehadapan sebelum memegang stereng semula demi meneruskan perjalanan pulang.

*********

Encik Asdira memberhentikan motorsikalnya dihadapan sebuah bangunan tinggi. Dato Redza yang berdiri menunggunya sejak pukul 3 petang tadi menghampirinya. Rasa marah didalam dirinya mempengaruhi riak wajahnya.

" What? Im sorry..ada kerja tadi.." Encik Asdira memberi alasan. Mata mereka bertembung.

"  Aku tak kisah menunggu tapi kau bawa motor? Bukan ke kau ada kereta ke? " soal Dato Redza. Dahinya dipenuhi dengan manik manik peluh. Hampir 25 minit dia menunggu Encik Asdira tadi.

" Oh..kereta rosak. Motorsikal lah boleh guna. Hehe.. Rilek ar Dato.. " Encik Asdira memberi jawapan. Sengih menampakkan gigi kuningnya yang rongok. Jijik Dato Redza melihatnya. Dato Redza mendengus marah lalu meminta helmet. Nak tak nak, dia harus naik motor. Kalau tak kerana hendak membunuh Edzfiani, dah lama dia suruh Encik Asdira naik keretanya yang dipandu Fesiran bersamanya.

******  *******

Dato Redza meletakkan kakinya ditanah dibawah dahan pokok. Tepi pokok wujudnya jalan rosak yang menuju ke rumah buruk  yang dikatakan dihuni Edzfiani. Harus parking jauh agar Edzfiani tidak sedar akan kehadirannya. Dia menanggalkan helmet lalu memyuakan ke Encik Asdira.

" Serius ke dato? " soal Encik Asdira memecahkan kesunyian.

" Yerlah..ingat aku nak main counter strike ke dengan dia?  " pertanyaan dibalas pertanyaan. Kot dan tali leher ditanggalkan dan diletakkan di atas motor. Kot dan tali leher mahal, sayang nak pakai masa nak bunuh orang. Orang yang telah menghancurkan hati anak gadisnya. Biarpun rasa gentar untuk melakukan pembunuhan pertamamya, disorok sahaja perasaan itu. Encik Asdira hairan dengan perlakuan Dato Redza yang menanggalkan kot serta tali leher.

" Eiii...tak.. Tapi pistolnya ada ke Dato? "

Dato Redza terus menepuk dahinya. Haish, apalah aku ni. Nak bunuh orang sangat tapi pistol pun lupa bawa.- bisik hatinya.

" Takpe.. Saya ada pistol. " Encik Asdira mengeluarkan sepucuk pistol dari kot hitamnya. Pantas Dato Redza mengambilnya dengan kasar.

" Err...asal buka kot dan tali leher ni bagai? " rasa ingin tahu dinyatakannya.

" Taksoh menyibuk ar! " tengking Dato Redza. Rasa jengkel dengan soalan bodohnya. Encik Asdira diam sebelum mereka mula mengatur langkah. ..

" Whats the plan? " tanya Encik Asdira lagi.

" Masuk rumah dia then tembak dia. " balas Dato Redza.

" Ringkasnya? Nak ketuk ke atau nak tendang pintu ? "

" Tendanglah..buat apa nak ketuk bagai? "
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 13-10-2014 07:04 AM
Episod Dua Puluh Lima

Penghawa dingin kereta memberi rasa tenang dan sejuk pada Fesiran.Ditamba ...

Episod Dua Puluh Enam

Fesiran berdehem kecil. Sekali lagi jam tangan dilihatnya- 4.30 petang. Dato Redza berpesan padanya yang dia harus mengajar anaknya pada waktu begini.

Sebenarnya, boleh saja Dato Redza menyuruh Adrifa mengajar Mawar tetapi disebabkan Adrifa tekad hendak mendapatkan 4 flat pada masa peperiksaan akan datang jadi disuruhnya Fesiran. Dijanjikan duit kopi berjumlah 40 ringgit setelah selesai kelas.

Selamat dan jimat minyak.Takyah masuk kelas bagai. Belajar kat rumah je. Ntah ntah nanti bila daftar kelas Tae Kwan Do nikan, Si Encik Pikachu menyamar cikgu pertahankan diri lalu membunuhnya ketika semua orang dah pergi- hah tinggi tak imaginasi majikan Fesiran? Ini sebagai langkah berjaga jaga demi keselamatan anaknya.


Fesiran apa lagi, ambik ar. Rezeki depan mata. Seekor kucing takkan menolak ikan dihadapannya kan? Begitu juga dengan Fesiran. Thank god dia mempunyai tali pinggang hitam. Bolehlah jadi guru kepada buah hatinya.

" Cik Mawar..." ucapnya lembut sambil mengetuk pintu. Wajahnya dekat dengan pintu. Telinga Mawar menangkap suara perempuan itu. Terus dia buat- buat tidur. Trick je ni. Sangkanya, Fesiran akan masuk kedalam biliknya dan dapati dia tidur maka dia tak perlu belajar ilmu tak guna tu.


Buat apa dia belajar? Sebab nak mempertahankan diri? Ala, tak lama lagi dia akan dapat bodyguard. Bukan satu, dua pulak tu. Pasti bodyguard tu berbadan sasa dan kuat. Boleh melindungi dia jika orang orang jahat hendak menyerangnya. Easy peasy right?


Tak faham sebenarnya niat papanya. Dah tahu nak upah bodyguard menjaganya, kenapa sesi pembelajaran ini perlu? POR QUE?!

Pernah ditanya pada papa, papanya hanya diam dan menukar topik lain. Sigh**

******   ******

Dato Redza mendengus  marah. Jelas perasaan yang sedang bernyala nyala dalam dirinya terpancar dari anak matanya. Yelahkan, ingat bolehlah nak bunuh Edzfiani bila dah masuk rumahnya. Rupa rupanya...

Edzfiani tiada. Ya, tiada didalam rumah itu. Yang ada hanyalah tulisannya pada nota terlekat di dinding rumahnya. Ia tertulis begini

" Cant find me..wekkk! -Edzfiani a.k.a Encik Pikachu.."

Tuhan je tahu betapa sakit hatinya saat selesai membaca nota yang ringkas itu. Tampaknya Edzfiani sudah tahu kedatangannya. Edzfiani lebih cerdik darinya..Ahhh! Bermakna Edzfiani ialah kancil dan dia ialah buaya. Yang terpedaya dengan kelicikan si kancil.


Kecewanya. Hampanya. Sudah terlambat. Edzfiani sudah menghilangkan diri. Kemana dia menghilang agaknya? Apa pula rancangannya selepas ini? Membunuh semua rakan rakan rapatnya kemudian ibu dia?
Oh ibu dia...


Kalau ibu dia mati, Dato Redza tak kisah. Sudah lama dia memutuskan persahabatan mereka sejak kes video lucah Edzfiani sampai ke pengetahuannya.


Tapi kalau Mawar? Opps no...Hmmm, apa perlu dilakukan?


Nantilah fikir. But first...

" You are fired! " tutur Dato Redza apabila sudah sampai ke pokok. Encik Asdira berasa terperanjat. Takku sangka..begini jadinya..

" Okay..You walk ! Im going right now! " balas Encik Asdira sebelum membaling kot serta tali leher ke dada Dato Redza - Dato Redza tidak menangkap kot dan tali lehernya yang menyebabkan menyentuh tanah. Bengang dengan perbuatannya, dia merenung tajam kedalam anak mata Encik Asdira.


Bwekkkkkk! Encik Asdira memjelir lidah sebelum menaiki motorsikalnya. Sempat dia berkata

" Nak 10 k esok! Jangan tak bagi. Bak pistol aku! " Dato Redza*rolling eyes lalu mengeluarkan sepucuk pistol dari seluarnya dan menembak tepat ke dada  Encik Asdira.Terus jasadnya terbaring, begitu juga dengan motorsikalnya yang sudah jatuh. Darah pekatnya mengalir. Encik Asdira ingin berkata-kata tetapi tidak boleh. Speechles bak kata orang putih.Semua ini diluar jangkaannya, menemui ajal sebelum mengalami alam perkahwinan. Sudah takdir gamaknya. Cis! Dia tak maafkan lelaki yang telah meragut nyawanya.

Senyuman Dato Redza ialah imej terakhir diluhat sebelum pandangannya gelap. Seluruh organya sudah berhenti berfungsi. Tiada udara ditariknya.Rohnya perlahan lahan meninggalkan jasad.

" Haih...Kena berjalanlah gamaknya..." tutur Dato Redza sendirian. Rasa serbasalah kerna membunuh Encik Asdira. Ia bukan salah dia, cuma...dia berasa marah akan penyiasat persendiriannya itu- mencetuskan tindakan spontannya iaitu menembaknya. Tak rasa dia akan ditangkap oleh polis, ini kerana kawasan terpencil adalah kawasan yang jauh dari bandar - maksudnya tiada saksi melaporkan ke pihak polis yang mendengar dan melihat situasi tadi.

Dia berpaling ke hadapan. Ada papan tanda yang tertulis terpacak tepi jalan.

" Jalan Batu.  4 jam untuk keluar dari kawasan ini jika mengikut nombor lorong yang betul. Thank you. Eh one more thing, nak keluar kena ikut nombor lorong ini -25- then jalan straight. Nampaklah satu pekan nama Pelangi. Pekan tu ada stesen bas, pandai pandai lah ambil bas ea . "

Bawah tulisan itu, ada peta jalan keluar dari kawasan itu. Dato Redza mengambil kot serta tali lehernya. Bercadang hendak telefon Fesiran bila sampai ke pekan itu nanti. Boleh saja dia ambil motorsikal Encik Asdira tetapi tidak mempunyai lesen motor menyebabkan dia membuat keputusan untuk berjalan kaki. Sambil berjalan, sambil mengeluarkan peluh? Yedak?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2014 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 14-10-2014 01:00 AM
Episod Dua Puluh Enam

Fesiran berdehem kecil. Sekali lagi jam tangan dilihatnya- 4.30 petang. D ...

SORRY AR SANTAI BAHASA...DIALOG MEMANG NAK WAT BAHASA PASOR..HAHAHA


COME ON ARRRR, DAHLAH GAYA SEDIKIT SERIUS.DIALOG NK FORMAL GAK KE?

MEMANG TAK AR!


THE GAME IS ON BABY!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 14-10-2014 01:02 AM
SORRY AR SANTAI BAHASA...DIALOG MEMANG NAK WAT BAHASA PASOR..HAHAHA




Episod Dua Puluh Tujuh

Ruang tamu rumah banglo tingkat dua itu dipenuhi dengan pelbagai perabot mewah. Kebanyakan perabot- perabot itu diimport dari luar negara. Ada bunga-bunga ros yang elok dihiasi didalam pasu terletak di atas almari hiasan. Grandfather clock menunjukkan pukul 5 petang.

Encik Pikachu sedang termenung. Memikirkan Fesiran. Teringin hendak berjumpa dengannya untuk melepaskan rindu tetapi dia ada permainan untuk dihabiskan dalam masa yang mungkin ambil masa berminggu- minggu. Lagipula Ana selalu memerhatikan tingkah- lakunya- bertanya dengan siapa dia bercakap samada melalui sms atau panggilan. Tak bebas! Rasa macam burung dalam sangkar jer..

Ya,dia tahu Ana sayang dan cintai dia tetapi perbuatan Ana yang mengawal hubungannya dengan orang baru/rakan-rakannya menyebabkan dia rasa rimas. Lemas dalam kawalan Ana.

Andai bisa dia memutuskan hubungannya dengan Ana, Sebuah keluhan kecil dilepaskannya.

No..tidak mungkin dia akan memutuskan hubungannya dengan Ana. Tak sanggup melukai hatinya. Hati yang diserahkan padanya. Untuk dijaga dengan rapi agar tidak pecah. Tidak retak. Jika ia pecah, sudah tentu tidak boleh dicantumkan balik seperti kaca gambar..

Entahlah. Rasa cintanya pada Ana hanya tinggal 40 peratus sahaja. 60 peratus lagi kepada Fesiran. Oh Fesiran..Aku rindu dan cinta sama kamu..

" Aku kangen koweee... " - lagu  Jowo by Didi Kompet terngiang dalam mindanya.


Andai kata-kata ini boleh dihantar melalui serangga kecil iaitu kumbang, sudah lama dia menyuruh kumbang itu melakukan apa yang dipinta. Naa, ia tak akan menjadi kenyataan. Sampai kiamat pun, takkan dan takkan!

" Hmm..Aku akan cuba memunculkan diriku..tapi sebelum tu..Aku kena bercakap dengan Edzfiani untuk memaksanya  turut serta dalam permainan ini. " bisik hatinya. Sengih. Bangkit dari sofa dan menapak ke bilik tetamu.

****   *****

Fesiran memberhentikan kereta di ruang beranda. Dia membuka pintu sebelum melangkah ke bahagian belah kiri kereta untuk mempersilakan Dato Redza keluar.

Senyap je mereka berdua didalam kereta tadi. Tiada satu suara kedengaran mahupun dj radio. Ini kerana Dato Redza nampak marah saat dia menjemputnya tadi. Entah apa yang membuatkan Dato Redza berwajah kemarahan. Sebelum ini, tak pernah Dato Redza menampakkan riak sebegitu. Nak kata Period....Dato Redza lelaki. Mana ada lelaki berdarah. Tak logik.

Apa-apapun, didiamkan sahaja rasa ingin tahu tentag riak wajahnya yang berubah. Kang tak fasal -fasal kena marah. Naya je nanti. Fesiran mampu menghantar Dato Redza dengan pandangan mata sebelum dia berbual kosong di kerusi batu dengan Pak Bradd Pitt.

*****  ***

Dato Redza melabuhkan punggung di atas katil bujangnya. Hatinya sebal dan kecewa. Perasaannya itu menpengaruhi reaksi wajahnya. Anak matanya memandang ke bawah. Atau lebih tepat ke kedua-dua kakinya.

Mindanya ligat berfikir. Kemanakah Edzfiani pergi? Adakah dia bersembunyi di rumah ibunya? Atau berpindah ke tempat yang lebih jauh dari bandar Kuantan agar dia tidak ditangkap olehnya? Wait, tangkap? Hendak mwmbunuh pun tidak kesampaian, inikan pula nak tangkap? Haha Kelakar! Edzfiani tukan kancil! Dia kan buaya? Tak lama lagi dia akan tangkap Edzfiani tapi.m

Okaylah kalau dia tak tinggal bersama ibunya atau bawah ketiaknya.Tapi adakah ibunya tahu bahawa anaknya telah melakukan pembunuhan?  Dan yang paling ingin diketahui ialah lokasi dimana anaknya tinggal sekarang?

Mungkin bekas rakan baiknya tahu. Kalau tak, asei masa Edzfiani mula-mula hilang dulu, dia macam biasa je? Mesti ada udang di sebalik mee!

Hmmm. Dia perlu jumpa bekas rakan baiknya itu.. Sengih. Dia terus baring terlentang atas katil.

*******  ****

Ana merebahkan punggung sebelah Encik Pikachu. Mereka saling bertukar senyuman sebelum Ana baring atas peha Encik Pikachu. Dirasakannya peha Encik Pikachu besar dan selesa. Agak suka dengan kelakuan itu.

Encik Pikachu mengusap-ngusap rambut panjangnya. Perlahan saja usapannya itu. Tidak cepat.

" God..Sayang sangat berkeras dengan dia. Hampir- hampir kerusi elektrik itu membunuhnya. " Ana memecahkan kesunyian malam itu. Mereka berdua je dalam rumah tu. Takde sapa-sapa.

"  Hmm..dah dia berkasar sampai maki kita. Jadi,... terpaksa..Alaa, apa-apapun, dia dah setuju  nak tolong kitakan..Eii cant wait! " Encik Pikachu tidak berhenti mengusap. Seulas senyuman pada mukanya. Membayangkan " How Fun this game can be..". Teruja. Yup, perasaan itu yang menerjah dirinya sekarang. Teruja untuk meneruskan permainan ini! Segala pembunuhan yang bakal dilakukannya sudah diletakkan kesalahannya pada Edzfiani seperti lagu Nigger!

" You can put the blame on me..
  You can put the blame on me.. "

" Me too..." balas Ana lembut. Perasaan gembira untuk turut bermain permainan bersama orang tersayang melintas hatinya. Tidak sabar untuk menunggu keesokan harinya..Dia melelapkan mata. Encik Pikachu terbayangkan wajah Fesiran yang dilihat di Restoran Ezrani  sebulan yang lepas. Bersilih ganti dengah imej Fesiran yang memakai baju lelaki.



Last edited by Esmiria on 14-10-2014 03:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 14-10-2014 01:02 AM
SORRY AR SANTAI BAHASA...DIALOG MEMANG NAK WAT BAHASA PASOR..HAHAHA




Novel ni de plothole.

1.  Byk babak abak Mas Hana dan Edzfiani takde lepas babak Encik Pikachu..
2. Tak explain byk fasal Fesiran  pada awal novel.
3. Cik Es sedar ini semua tpi mls nok fix balek. Hah ah..Sr, comeonlaa! Amatur kot!


Nanti ada babak Mas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.314154 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list