View: 3188|Reply: 16
|
[Jenayah]
Pencuri pakaian dalam diberkas
[Copy link]
|
|
Pencuri pakaian dalam diberkas
BENTONG - Kekeliruan dan kegelisahan seorang suri rumah di Kampung Perting, di sini, yang sering kehilangan pakaian dalam yang disidai di ampaian belakang rumahnya akhirnya terjawab.
Semalam, sekitar jam 1 pagi, seorang lelaki berjaya ditangkap suri rumah terbabit bersama suami dan rakan-rakannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika kejadian, mangsa dan suami yang sedang menonton televisyen dikejutkan dengan bunyi seperti ada orang di belakang rumah mereka.
Tambahnya, mangsa dan suami kemudiannya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang rumah.
“Melalui CCTV terbabit, mangsa dan suaminya melihat kelibat seorang lelaki menaiki basikal telah mengambil sebatang kayu dan kemudiannya mencuri pakaian dalam milik mangsa yang disidai di ampaian.
“Mangsa dan suami kemudiannya bertindak pergi ke arah belakang rumah dan sebaik menyedari kehadiran mereka, suspek bertindak melarikan diri,” katanya.
Tambahnya, suami mangsa kemudiannya telah mengejar suspek bersama rakan-rakannya dan berjaya menahan suspek di Taman Harmoni.
“Sebaik sahaja suspek berjaya ditahan, suami mangsa telah meminta suspek memulangkan sebungkus plastik berwarna merah yang mengandungi pakaian dalam milik mangsa.
“Suspek kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 378 Kanun Keseksaan,” katanya.
Difahamkan kejadian kehilangan pakaian dalam milik mangsa terbabit telah kerap kali berlaku sehingga menyebabkan mangsa dan suami bertindak memasang CCTV di belakang rumah mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Curi byk2 utk jual bundle ke... |
|
|
|
|
|
|
|
prelove pakaian dalam?
baik gi beli yg disposable jek |
|
|
|
|
|
|
|
Musti bra nya cantik cup dia..
Orang tu jual balik sebagai topeng jerwbu |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya, ada x thread india pukau dua org budak kat sogo?? Nak tau dia nye modus operandi la... |
|
|
|
|
|
|
|
Sama ada pervert kaki hidu pakaian dalam atau penjual pakaian dalam terpakai di pasar borong/malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia teringin nak buat koleksi sajee..... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tahu kena curi kenapa doksidai kat situ lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk di jual kat ebay ni! |
|
|
|
|
|
|
|
india pukau 2 budak kat sogo taktau.
tapi kalu koling pukau seluruh pertubuhan mulayu mmg ada.
yg kene pukau kene maki 'bongok+pelupa' pon masing2
bersorak gembira. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa da,suar dalam pon nak curi..tak paham tak paham.. |
|
|
|
|
|
|
|
HANIMUSLIMAH posted on 26-8-2014 03:25 PM
Apa da,suar dalam pon nak curi..tak paham tak paham..
gila seks la tu
|
|
|
|
|
|
|
|
sib baik tarak perempuan gila curi suar dlm laki..
|
|
|
|
|
|
|
|
sy pernah hilang 1 set.. roommate skali 1 set...
sape le gamak nye haih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|