KUALA LUMPUR: Dua belas tetulang konkrit untuk projek pembinaan MRT terjatuh dari sebuah lori 51 tan pagi tadi di Jalan Cheras, berhampiran Taman Bilion.
Kemalangan itu berlaku pada pukul 11 pagi apabila lori itu terpaksa melakukan brek kecemasan apabila lalu lintas di hadapannya tiba-tiba berhenti.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh MRT Corp, lori berkenaan membelok sedikit tetapi tidak dapat mengelak melanggar kenderaan di hadapan.
"Bahan yang jatuh tidak menyebabkan apa-apa kecederaan kepada sesiapa. Tiada kereta yang rosak dari bongkah konkrit yang jatuh.
"Kemalangan itu telah menyebabkan penutupan lorong ke arah bulatan Taman Billion. Semua kenderaan kini disalurkan kepada satu lorong di bulatan berkataan," kata kenyataan itu.
MRT Corp berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab bagi kemalangan itu.
Post time 24-8-2014 05:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tgk kt youtube lori meletup dijerman betul2 dpn supermaket dan rumah2..hbis rosak kena. sama je kt mana2..kemalangan tk dpt dielakkan jga. tp malaysia ni belum tahap 20 abad maju tp kemalangan lgi dasat dri negara yg jauh maju.