|
KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2014: Seramai 12 orang pelajar program realiti Akademi Fantasia 2014 (#AF2014) yang terpilih serta barisan tenaga pengajar telah diumumkan secara rasmi pada majlis sidang akhbar yang berlangsung pada petang tadi.
Mereka yang dipilih terdiri daripada enam orang pelajar lelaki iaitu AZWAN (Azwan Satar, 30, Johor), EWAL (Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Perak), FIRMAN (Mhd Firman Bansir, 25, Sabah), AMAN (Mohd Razman Abd Aziz, 21, Melaka), ZARIF (Muhd Zharif Mohd Kamil, 26, Johor) dan FAREZ (Muhammad Fareezuan Adnan, 19, Kuala Lumpur).
Manakala enam orang pelajar perempuan pula ialah ADEL (Adeline Joyce Masidah, 21, Sabah), MUNA (Muna Shahirah Munadi, 20, Johor), NINA(Nina Nadira Naharuddin, 22, Selangor), ZIHA (Nor Aziha Md Salleh, 20, Johor), NUHA (Syamila Nuhair Zainordi, 21, Perak) dan WAWA (Walfadhilah Suhaizat, 19, Selangor).
Mereka yang telah disenaraikan ini telah dipilih menerusi sesi uji bakat yang berlangsung selama dua minggu di empat buah lokasi iaitu Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Selangor pada Jun lalu dan juga telah melalui beberapa saringan untuk dipilih berada dalam 12 senarai pelajar AF2014 terbaik.
Menurut Ketua Saluran Hiburan Astro Azlin Reza Azmi, format #AF2014 telah kembali kepada format lama seperti tahun 2003 akan mengembalikan semula kehangatan Akademi Fantasia kali ini.
“Seperti yang diumumkan, #AF2014 kali ini membawa masuk semula format asal program AF sewaktu ia mula diterbitkan pada tahun 2003.
“Secara jujurnya pihak Astro tidak sabar dan berasa teruja untuk memulakan #AF2014 yang bakal bermula tidak lama lagi.
Dengan bakat dan kesungguhan yang mereka miliki, kami percaya kesemua pelajar mampu memberikan saingan dalam industri ini kelak dengan bimbingan yang betul.” katanya ketika ditemui pada sidang media AF2014 bertempat di Double Tree by Hilton Hotel Kuala Lumpur pada petang Khamis.
Selain itu, #AF2014 dihangatkan lagi dengan gabungan hebat tenaga pengajar yang cukup sinonim dengan penerbitan AF untuk musim-musim terdahulu. Mereka ialah ACIS (Guru Muzik dan Pengarah Muzik Konsert), SITI HAJAR (Guru Vokal), FATIMAH ABU BAKAR (Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris), LINDA JASMINE (Guru Tarian dan Kareografi) dan MARLIA MUSA (Guru Seni Persembahan).
#AF2014 juga sekali lagi memberi kepercayaankepada Zizan Razak sebagai pengacara konsert mingguan manakala Jihan Muse telah dilantik untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pengacara Diari.
Seperti musim-musim sebelumnya, #AF2014 masih lagi mengekalkan format permakahan 100% berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI di mana pelajar yang memperolehi markah terendah setelah talian ditutup pada akhir konsert setiap minggu akan tersingkir.
Disamping itu, program realiti ini juga turut mendapat disokong oleh Astro Gempak dan Murai selaku portal hiburan rasmi, Studio H dan juga hlive! selaku majalah digital dan media rasmi serta Era.fm sebagai radio rasmi.
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/604872/af2014-perkenalkan-barisan-pelajar--tenaga-pengajar
1. Mohd Razman Abd Aziz, 22 tahun (MELAKA)
2. Azwan Satar, 30 tahun (JOHOR)
3. Ikhwal Hafiz Ismail, 22 tahun (PERAK)
4. Muhd Fareezuan Adnan, 19 tahun (KUALA LUMPUR)
5. Mohd Firman Bansir, 25 tahun (SABAH)
6. Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 tahun (JOHOR)
7. Adeline Joyce Masidah, 21 tahun (SABAH)
8. Muna Shahirah Munadi, 20 tahun (JOHOR)
9. Nina Nadira Naharuddin, 22 tahun (SELANGOR)
10. Syamila Nuhair Zainordi, 21 tahun (PERAK)
11. Walfadhilah Suhaizat, 19 tahun (SELANGOR)
\
12. Nor Aziha Md Salleh, 20 Tahun (JOHOR)
Last edited by RatuDunia94 on 16-9-2014 01:54 AM
|
|