View: 4380|Reply: 26
|
Kami tidak akan berpecah - Kumpulan Bocey
[Copy link]
|
|
SELEPAS mendapat tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013), kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Achey, Fard dan Abam semakin menempa nama dalam bidang lawak.
Walaupun hadir sebagai pasukan underdog pada pertandingan tersebut namun Bocey mampu untuk bersaing dengan nama-nama besar lain seperti Sepahtu, Jambu dan Shiro.
Bukan sahaja semakin terkenal dengan lawak malah kumpulan ini juga kini sudah bergelar pelakon filem. Dalam perkemba­ngan terbaru, Bocey muncul dalam filem seram komedi arahan Hashim Rejab berjudul Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa yang sudah ditayangkan Khamis lalu.
Jika dilihat pada geografi seni tempatan, semakin nama dikenali dan meningkat naik maka seringkali terjadi perkara yang tidak diingini - kumpulan berpecah.
Namun Achey optimis keadaan itu tidak mungkin akan berlaku kepada Bocey. Jelasnya, mereka bertiga sehabis boleh akan cuba kekal bersama-sama kumpulan tersebut.
“Sebenarnya kumpulan kami tidak akan menghalang ahlinya untuk mendapatkan tawaran kerja secara individu. Bagi saya itu adalah rezeki masing-masing.
“Saya lihat sekarang, Abam cukup laris, begitu juga Fard yang menerima semakin banyak tawaran untuk berlakon. Walaupun tawaran untuk individu semakin meningkat namun nama Bocey memang kami tidak akan lupakan.
“Memandangkan masing-masing kini mempu­nyai projek tersendiri, kami juga tidak kisah sekira­nya salah seorang daripada anggota kumpulan ini lebih popular pada masa depan," katanya.
Mengakui nama Bocey semakin kukuh dalam industri namun tugas untuk mengekalkan nama paling berat untuk dipikul, jelas Achey.
Bagaimanapun sekiranya timbul masalah dalam kumpulan tersebut, mereka bertiga akan duduk berbincang bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku.
“ Perbincangan penting bagi kami agar kami bertiga tidak bermasam muka dan tidak mahu ada perkara berbangkit selepas ini. Ini merupakan salah satu cara untuk terus mengekalkan kumpulan ini," tambahnya.
Cukup bermakna
Mengulas mengenai lakonan Bocey dalam Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa pula Fard berkata, mereka mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem itu ketika menyertai MLM2013.
Ketiga-tiganya berpendapat filem itu cukup bermakna bagi mereka kerana bukan saja pertama kali memegang watak utama tetapi turut membantu menaikkan nama kumpulan berkenaan dalam industri.
“ Pada masa itu kami masih di minggu awal pertandingan dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai tawaran tersebut.
“Kami memang teruja dan gembira kerana diberi kepercayaan pihak penerbit untuk membawa watak utama dalam filem ini," katanya.
Tambah Fard lagi, pembabitan anggota kumpulan Bocey dalam filem berkenaan secara tidak langsung mengeratkan hubungan sesama mereka.
Dalam filem tersebut, Achey melakonkan watak sebagai Rudy, pelakon tambahan dalam cerita seram manakala Abam pula sebagai Akhiruddin yang bertugas sebagai pekerja stesen minyak dan Fard menjadi pengilat kasut di kaki lima kota raya yang dikenali sebagai Remy.
Abam berkata, biarpun filem itu memaparkan mengenai Bocey, dia dan dua rakan­nya itu tidak sesekali berkecil hati kerana menggunakan nama lain dalam watak.
Terbaru, Bocey juga akan muncul dalam program Super Spontan 2014 yang akan bersiaran 22 Ogos nanti selain sebuah telefilem Hantu Homestay tidak lama lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
serious aku x suka Achey .... sebab bagi aku cara dia bercakap terlalu lantang mcm ckp dengan org yg berbatu jauh .... sangat fail .... and xlawak pown ... |
|
|
|
|
|
|
|
damian_lee posted on 19-8-2014 08:06 AM
serious aku x suka Achey .... sebab bagi aku cara dia bercakap terlalu lantang mcm ckp dengan org yg ...
Setuju sesangat.....
Achey ni suka jerit2. Mase jd pengacara BMB pun, suka buat muka blur. Mcm x peka ape yg kak diba ckp. Mmg betul ckp AR Badul, achey ade ke xde, sama jer. |
|
|
|
|
|
|
|
dulo sepah pn penah ngaku x kan berpecah
akhirnya berpecah jugak
memasing dah kaya sok mula la bt perangai
|
|
|
|
|
|
|
|
rimas betol dengan achey... dia bercakap mcm tertelan mikrofon la....dalam bmb rasa semak jer dia sebelah kak diba..lagi suka kak diba mengacara sorang2x. |
|
|
|
|
|
|
|
Bocik aku suka. Tp achey, sori. Ko mmg bingit |
|
|
|
|
|
|
|
aban kecik kan la skit badan. lambat laun akan jatuh sakit |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka abam...
ala tomey2.. |
|
|
|
|
|
|
|
suka group ni....... |
|
|
|
|
|
|
|
damian_lee posted on 19-8-2014 08:06 AM
serious aku x suka Achey .... sebab bagi aku cara dia bercakap terlalu lantang mcm ckp dengan org yg ...
aku pon sama..
|
|
|
|
|
|
|
|
suara achey annoying giler kot. i wonder ada ker yg minat mamat ni? bingit!!! |
|
|
|
|
|
|
|
wah..suka2
|
|
|
|
|
|
|
|
Bocey Best..tapi x suka sgt achey.. mcm terover je..dy funny tp over cket.law dy kurang over cket mesti best..
pepe pu..gud luck 2 u all
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 19-8-2014 10:05 AM
aku pon sama..
betul2
|
|
|
|
|
|
|
|
lazim posted on 19-8-2014 09:47 AM
aban kecik kan la skit badan. lambat laun akan jatuh sakit
aban as if air ketuban ke??
hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
shunnaray posted on 19-8-2014 10:06 AM
suara achey annoying giler kot. i wonder ada ker yg minat mamat ni? bingit!!!
hhihihiihh dia da kawen kot..ade je yg suka..
tp aku pon xgemor
|
|
|
|
|
|
|
| |
|