CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1613|Reply: 13

[Tempatan] Pemilik 54 lembu putih mata

[Copy link]
Post time 14-8-2014 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Maran: Kegembiraan menyambut Syawal bagi sembilan penternak di FELDA Jengka 2 berakhir dengan kesedihan apabila 54 ekor lembu milik mereka hilang dipercayai dicuri oleh sindiket Geng Lembu yang menggunakan ubat pelali.
Kejadian kehilangan lembu milik penternak terbabit dipercayai mula berlaku pada Ramadan lalu sebelum semua mangsa membuat laporan di Balai Polis Maran kelmarin, selepas gagal mengesan lembu berkenaan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM108,000.

Seorang mangsa, Razali Abu, 60, mendakwa kehilangan haiwan berkenaan berlaku dalam tempoh berasingan sebelum menyedarinya ketika hendak mengira semula ternakan dipeliharanya sejak tiga bulan lalu.


Katanya, dia tidak menolak kemungkinan kehilangan 15 ekor lembu miliknya berlaku pada waktu malam apabila pencuri dipercayai menggunakan ubat pelali sebelum menyuntik pada badan lembu berkenaan.

Menurutnya, dia mengakui tidak menggunakan kandang sebagai tempat mengurung semua ternakannya itu, sebaliknya membiarkan haiwan terbabit bebas berkeliaran di dalam ladang kelapa sawit termasuk di tepi jalan.

“Saya percaya pencuri terbabit bukan saja menggunakan ubat pelali, malah sebuah kenderaan pacuan empat roda turut digunakan sebagai kenderaan utama untuk menyumbat dan membawa lari ternakan berkenaan.
“Saya amat berharap polis dapat melakukan rondaan setiap hari, terutama tengah malam bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid mengesahkan menerima laporan dibuat oleh sembilan penternak terbabit, kelmarin.
Menurutnya, polis mengingatkan semua penternak supaya mengurung semua lembu peliharaan dan tidak membiarkannya berkeliaran di merata tempat, sekali gus dapat mengelakkan kecurian berlaku.

“Polis akan melakukan rondaan bagi membanteras kegiatan curi lembu, selain meneruskan siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 10:26 AM | Show all posts
adui, rugi banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 10:34 AM | Show all posts
Padan muka. Galak sangat biar lembu berkeliaran di tengah jalan & tanah org lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 10:42 AM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 14-8-2014 10:34 AM
Padan muka. Galak sangat biar lembu berkeliaran di tengah jalan & tanah org lain

ni la masalah utama penternak...nak bela sgt tpdibiarkan bersepah sana sini..yg lagi celaka klu kawasan tu dekat ngan jalan raya...dah jadi kes2 mati exiden langgar lembu...ni lah die punca nyer

Last edited by kauado? on 14-8-2014 11:02 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 10:45 AM | Show all posts
kauado? posted on 14-8-2014 10:42 AM
ni la masalah utama penternak...nak bela sgt tpdibiarkan bersepah sana sini..yg lagi celaka klu ka ...

kalo da eksiden.. dan2 kata xtau sapa punya lombu...

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 10:46 AM | Show all posts
elok la hilang. nak bela tapi tak reti jaga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2014 10:49 AM | Show all posts
Pencuri dah tak mengenal halal haram lagi...apa yang boleh mendatangkan duit akan di sapunyaa tanpa mengira kerugian dan penat lelah tuan punya lembu tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 10:51 AM | Show all posts
Hmm...dia lepaskan lembu dia bebas...
Ada x kemungkinan dia kira balik tu lembu yg sama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 11:03 AM | Show all posts
penternak tuh berkongsi otak dgn lembu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 11:29 AM | Show all posts
mungkin pencuri tu menyangka lembu liar
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 11:50 AM | Show all posts
halimi78 posted on 14-8-2014 10:45 AM
kalo da eksiden.. dan2 kata xtau sapa punya lombu...

yo lah,ceghito ni lobih kurang samo yg berlaku kek kampung abah den,
bilo dah kono langga tuan lombo duduk menyughuk dalam ghumah...umang ai..
lopeh tu taik lombu menghato ghato,taya keto jangan harap lah nak di jago kalo balik sano...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 11:52 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 14-8-2014 10:46 AM
elok la hilang. nak bela tapi tak reti jaga

dah hilang baghu ada akai..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 12:16 PM | Show all posts
HANIMUSLIMAH posted on 14-8-2014 11:50 AM
yo lah,ceghito ni lobih kurang samo yg berlaku kek kampung abah den,
bilo dah kono langga tuan lo ...

menyughuk dlm umah takpo laie.. ni siap dok potpet2 marah org dok maki2 kuhnun..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 12:50 PM | Show all posts
54 ekor kena curik????!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063848 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list