View: 2148|Reply: 6
|
ibu dedah Atilia selalu nangis kena sawan masa kecil
[Copy link]
|
|
Tanggal 15 September akan datang, genap 40 tahun usia Raja Putri Atilia Raja Haron atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Atilia. Untuk mencatat kisah hidup penyanyi terkenal dengan lagu Sangkar itu sepanjang 40 tahun hayatnya, ribuan muka suratpun takkan sudah.
Justeru, hanya yang menarik dan perkara asing daripada pengetahuan umum saja yang menjadi tumpuan dalam catatan Jejak Bintang Bersama Atilia Minggu ini.
Orang yang paling layak bercakap soal Atilia, siapa lagi kalau bukan ibu­nya yang juga penghibur terkenal tanah air, Salamiah Hassan, 63. Ditemui di kediaman beliau, terletak di Bukit OUG Kondominium, Salamiah yang cukup terkenal dengan lagu Gelombang masih sihat dan kekal bergaya.
“Mengandungkan Atilia, ramai orang cakap anak laki-laki. Cadangan nama yang diberikan tiada ada satu pun nama perempuan semuanya nama anak lelaki. Tapi naluri sebagai ibu, saya tahu anak yang bakal dilahirkan itu adalah perempuan. Saya menetap di Muar iaitu rumah mentua ketika hendak melahirkan Atilia.
SALAMIAH bersama anaknya Atilia.
“Ibu saya menjaga emaknya yang sakit, jadi saya kasihan dengan emak dan kebetulan mentua saya menawarkan saya tinggal dan berpantang di situ. Saya masih ingat lagi, masa tujuh bulan mengandungkan Atilia, saya masih menyanyi kerana waktu itu kehidupan kami susah.
“Bapa Atilia bekerja tetapi tiada pendapatan tetap. Cuma saya saja yang ada pendapatan tetap masa itu. Jadi saya terpaksa bekerja, ambil banyak tawaran merakam­kan ‘jingle’ atau lagu iklan selain menyanyi di kelab malam,” katanya.
Hasil daripada kegigihan menyanyi dalam keadaan sarat, Salamiah dapat me­ngumpul RM700 untuk membiayai kos bersalin, perubatan dan membeli baju Atilia yang sememangnya bukan jumlah yang mencukupi.
Atilia dilahirkan di Hospital Kerajaan Muar, Johor pada 15 September 1974, sebaik azan Subuh berkumandang, adalah seorang bayi yang susah untuk dilahirkan.
“Bukan saja sering ulang-alik masuk hospital kerana menyan­gkakan mahu bersalin, tetapi pengalaman sebelum Atilia dilahirkan saya terpaksa menahan sakit 17 jam. Masa lahir itulah baru saya tahu dapat anak perempuan.
“Ketika melahirkan Atilia tiada orang hendak qamatkan kerana bapanya masih belum sampai dari Kuala Lumpur. Ada seorang pak cik tua bertanya saya hal itu dan mengambil Atilia, dibawanya ke surau untuk diqamatkan. Sampai sekarang, saya terhutang budi dengan pak cik itu kerana saya tidak sempat mengenalinya,” katanya.
Menaiki beca ke bandar Muar setiap kali membuat rawatan susulan, Salamiah pasti berhenti di sebuah kedai ais kacang yang cukup terkenal untuk mengalas perut. Mengenai pilihan nama Atilia pula, ketika era 70-an nama-nama seperti Sanita cukup popular ketika itu.
“Hendak meletakkan namanya Sanita, bunyinya sudah seperti tuala wanita. Kebetulan, ada satu lagu dari koleksi album saya iaitu artis dari Australia, berjudul Attila and The Shocking Blue. Saya suka perkataan Attila tetapi terlalu kebaratan, jadi saya melayukannya kepada Atilia,” katanya.
Selesai 44 hari proses berpantang, Salamiah tidak duduk diam dan kembali mencari kerja, Namun keadaan penyakit sawan tangis Atilia begitu menyukarkan dia untuk mencari rezeki.
“Atilia adalah bayi yang susah sangat hendak dibesarkan, sebab penyakit sawan tangisnya. Dia akan menangis selepas Maghrib sampailah ikut suka hati dia. Sampaikan arwah bekas emak mentua saya sudah tak larat hendak menjaganya sendirian.
“Jadi saya buat keputusan untuk membawanya balik ke Kuala Lumpur dan dia dijaga ibu dan adik saya. Keadaannya berterusan begitu dan cukup mencabar serta menduga iman. Mana lagi kerja, mana lagi hendak fikir anak yang menangis tak henti selama beberapa jam, bimbang menyusahkan orang dan macam-macam lagi masa itu.
“Ketika Atilia sudah besar dan disebabkan tiada pembantu rumah, saya bawa dia ikut bersama ke tempat kerja di Supper Club. Dia kalau tengok saya menyanyi melopong mulut dan daripada situ saya tahu, dia akan mengikuti jejak langkah saya.
“Namun, disebabkan kanak-kanak tidak dibenarkan masuk dalam kelab, Atilia disorokkan oleh kakitangan Hotel Hilton yang semuanya baik-baik.
“Masa menyanyi di Berlin yang sekarang ini Hotel Concorde, saya diberikan satu bilik. Saya ajar Atlia, kalau ada orang bunyi loceng jangan buka tapi kalau mama ketuk pintu tiga kali baru buka. Saya latih dia, bila tekan loceng Atilia tak buka bilik, tapi bila dia dengar ketukan pintu tiga kali baru dia buka.
“Good girl Atilia, mama akan menyanyi 45 minit dan balik semula ke bilik untuk teman”. Itulah antara dialog yang masih saya ingat,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
bahaya gak kena sawan masa kecik2,ibubapa kena cepat2 hantar ke hospital |
|
|
|
|
|
|
|
Bila la nak tutup aurat makcik ni. Masuk neraka free je. Dahla dah tua |
|
|
|
|
|
|
|
engkau tu bilalah nak stop certia aib org, tgk salah org, ko kerja dgn mungkar nangkir ke apa?
bukan free lagi, ko siap dpt double pass lg masuk neraka |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti Atilia rindu saat masa kecik2 ngan mak dia kan. Sbb tu dia slalu bersama maknye.
Pasal maknye.. InsyaAllh semoga 1 hari nt Makcik Salamiah akan terbuka pintu hati. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
SAWAN TANGIS NI SETAU SAYA akan stop sendiri..even pg hospital pun doktor suruh bawa balik..anak buah sy, brp ramai ustaz kami pergi..asal magrib je nangis sampai biru mukanya..mujur dah besar, cerdik budaknya..alhamdulillah..dia akan cure sendiri..dari sudut rohani sy xtau nak komen..mcm kene tegur jin ke antu ke..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
berkerak je tengok Atilia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|