View: 2004|Reply: 8
|
[Tempatan]
Terus Praktikkan Penggunaan Gogoh
[Copy link]
|
|
Yusof gigih membuat gogoh, bagi menambah pendapatan keluarga.< 1 / 1 >
Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on printMore Sharing Services0[url=][/url][url=][/url]
RANTAU PANJANG – Walaupun peredaran masa telah membawa pelbagai kecanggihan teknologi, penggunaan 'gogoh' masih dipraktikkan di Kampung Kubang Hakim, di sini.
Penduduk, Yusof Abdullah, 59 menjelaskan, gogoh merupakan sejenis alat menangkap belut yang dibuat menggunakan buluh dinding.
Menurutnya, sebatang buluh dapat digunakan untuk membuat 20 gogoh.
“Pada bahagian dalam gogoh, saya akan buat serkap kecil, juga menggunakan buluh yang dililit menggunakan akar selawar.
"Gogoh dibiarkan terbuka bagi menarik kehadiran belut untuk memakan umpan kelapa bakar," katanya.
Yusof yang juga ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Machang Gochoh berkata, teknik membuat gogoh dipelajari daripada rakannya yang berkemahiran.
"Walaupun penggunaannya tidak dikenali oleh anak muda masa kini, namun seni pembuatannya masih dikekalkan.
"Saya turut mengajar anak-anak lelaki saya buat gogoh agar seni warisan yang banyak digunakan suatu masa dulu ini tidak luput ditelan zaman," katanya.
Katanya, bagi menambah pendapatan keluarga, belut yang diperoleh akan dijual kepada penduduk dan sebahagiannya dijadikan hidangan sekeluarga.
Tambah Yusof, buat masa ini dia hanya membuat gogoh untuk keperluan sendiri namun berhasrat menjual gogoh buatannya sekiranya ada yang berminat.
[url=]
[/url]Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/terus-praktikkan-penggunaan-gogoh-1.306528
|
|
|
|
|
|
|
|
saya tak makan belut... |
|
|
|
|
|
|
|
sedap sushi belut |
|
|
|
|
|
|
|
belut bagus tuk kesihatan .... hihii |
|
|
|
|
|
|
|
gogoh leh...tukir pun boleh.... |
|
|
|
|
|
|
|
mancing belut lagi feel.. sila jolok lubang, dapat ular kadut |
|
|
|
|
|
|
|
belut skang rm25/kg di kb
ingat 4-5th lepas dlm rm10-12 jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|