CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6776|Reply: 8

Cerpen:Cinta Itu Perasaan

[Copy link]
Post time 7-8-2014 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Alas meja warna putih itu kualas atas meja. Alas itu agak besar dan labuh sehingga mencecah lantai rumahku ketika diletakkan sebentar tadi. Dua batang lilin yang mempunyai bentuk menarik diletakkan di atas meja itu. Dua pinggan di letak bertentangan. Sudu di bahagian kanan dan garfu di bahagian kiri pinggan. Romantik giler suasana ini aku rasa kot. Sesenduk nasi diletakkan didalam pingganku dan pinggan si dia. Kemudian sesenduk lagi ke pinggannya. Kemudian ku curahkan kuah kari ayam di atas nasinya itu. Sayur acar didalam pinggangnya. Air yang luar biasa rasanya kutuang ke dalam gelas.

Nampak merah. Sirap namanya.

Aku memandang jam di dinding yang jarum pendeknya menunjukkan pukul 7 dan jarum panjang di nombor 6. Awal lagi. Tapi aku tak sabar nak menyambut dia pulang.

Ya, dia.Nama dia Danial. Lelaki yang telah mencuri hatiku ketika mata kami bertentang.

Kami berjumpa ketika pengembumian kakakku . Kakak aku telah meninggal dunia didalam sebuah kemalangan kereta. Sedih mendengarnya pada saat aku menerima berita itu. Tapi apakan daya. Sudah takdir nampaknya.

Namun... aku hanya memandang sahaja dia yang mempunyai hubungan dengan kakakku. Iaitu rakan univerisitnya yang ditemuinya sebelum dia meninggal. Dua minggu kemudian, satu lagi berita sedih bagiku iaitu kematian adik lelakiku.

Sekali lagi aku memandang dia dan selepas sahaja habis pengembumian, dia terus mendekatiku dan mengatakan aku harus bersabar. Bersabar atas kehilangan adikku.

' Macam mana awak tahu saya kakak dia? ''

' Errrr.. saya tahu sebab arwah kakak awak beritahu saya. Saya rakan seuniversiti satu dengannya dulu. Jadi saya tahulah.. nama awak Arnia kan? ''

' Ya.. terima kasih sebab tolong kebumikan kakak dan adik saya ya. ''

' Eh tu memang kerja saya sebagai saudara Islam. Lagipun pak cik saya perlukan orang untuk menolong semasa kebumi bersama orang kampung. jadi saya tolonglah... .. ..

Awak nak saya tumpang awak balik? ' dia menawarkanu untuk tumpang kereta dengannya. Aku hanya menganggguk. Kini hanya tinggal aku seorang sahaja. Ibu bapaku sudah meninggal ketika aku kecil. Semasa umurku hanya 6 tahun. Meninggal kerana terlibat dalam sebuah kemalangan kereta juga. Kami hanya diam ketika dalam perjalanan ke rumahku. Kami baru sahaja berkenalan dan dia menumpangkan aku ke rumahku. Ini sudah bagus. Bila sudah tiba dirumahku, aku meminta nombor telefon daripadanya. Dia pun menyerahkannya. Malam itu aku tidur dalam keadaan gembira kerana telah mendapat nombor telefon lelaki Idamanku. Sejak itu, aku sering sms kepadanya.

Aku menari-nari diruang tamu dengan gaun warna putih yang mendedahkan asetku.

Tidak sabar hendak menikmati makan malam romantik. Aku rindu padanya. Walaupun baru pagi ini aku berjumpa dengannya tetapi rindu tetap menimbun. Aku sayang sangat padanya dan mencintai dia.. Aku tak mahu kehilangan dia.. Aku ingat lagi hari dimana dia melamar aku menjadi kekasihnya..

Mataku ditutup dengan sekeping kain. Kain yang membaluti mataku daripada pandangan di hadapanku. Aku hanya berjalan kehadapan perlahan sambil belakangku dipegang di paras bahu oleh dua tangan yang kasar. Kemudian kain itu dileraikan ikatan olehnya dan terdengar bunyi bunga api.. Kelihatan warna warni di langit.

Aku gembira. Kami saling berpandangan dan berpelukan sisi sambil memerhati bunga api tersebut. Benda ini agak biasa bagi kauorang tapi ia istimewa bagiku especially dilakukan oleh orang yang kusayang. Tak sia-sia aku rapat dengannya. Keluar setiap hari minggu, selalu bersms dan bergayut di telefon setiap hari. Aku dapat rasa yang dia sukakan aku pada kali pertama kami bertentang mata pada hari pengembumian adikku.Sudah 4 bulan kami berkenalan.

Aku peluk dia dengan erat selama 10 minit. Tanpa menghiraukan dua tiga kapel di pantai itu.Aku tak tahu kenapa aku tergerak terus nak peluk dia seerat-eratnya. Dia pun begitu. Kemudian di saat itu pelukan terlerai lalu dia melutut dihadapanku dengan sekotak cincin yang dah terbuka..

' Sudikah kau menjadi teman wanita ku.. ?'

' Yes! ' jawabku lalu jarinya mengambil cincin itu dan disarungkan cincin itu di jariku manisku dan sampai hari ini kami adalah pasangan romantik.. Kami duduk bersama tanpa ikatan yang sah. Aku tak kisah janji dia tak tinggalkan aku. Lagipun katanya dia belum bersedia untuk mengggalas tanggungjawab sebagai suami. Aku sangat cintakan dia..Aku tahu nampak macam perempuan murahan bagi korang, dah cinta. Cinta itu buta. Sebab itu aku setuju je nak duduk bersama dengan dia.



Hari-hari yang kulalui bersamanya sungguh indah. Aku akan bangun pada pukul enam pagi setiap hari untuk menyediakan sarapan untuknya. Roti dan telur goreng. Sarapan simple yang kusediakan untuknya. Sememangnya dua makanan itu merupakan kegemarannya diwaktu pagi.

Setelah bersarapan pagi bersamaku, dia akan pergi ke pejabat .Sebelum pergi, kami akan bermesra seketika untuk 15 minit kemudian dia akan meninggalkanku sendirian di rumah sederhana saiznya. Tidak ubah seperti isteri, aku melakukan tugasan di rumah seperti mencuci, membersih dan memasak untuknya.

Perlakuan tinggal bersama tidak terlintas di fikiranku sehingga satu petang aku menyatakan hasratku untuk menikahinya akan tetapi dia memberi alasan padaku yang dia tidak bersedia lagi. Untuk mengikat ikatan yang sah ..

' Tapi ayang tak sanggup lagi menahan rindu pada abang. Abang selalu sibuk bekerja kebelakangan ini. ' Aku menundukkan wajahku. Air yang mengalir di air terjun itu menjadi pemandanganku untuk seketika. Danial memegang tangan kiriku dengan erat lalu mengangkat daguku. Kami bertentang mata buat seketika.. Renungan matanya sungguh menggoda. Setiap gadis yang memandangnya pasti akan cair dan jatuh cinta padanya apabila bertentang mata dengannya.

' Abang pun rindu ayang. Ya, abang mengaku abang sibuk bekerja kebelakangan ini.

Ermm.. Ayang cintakan abang tak? '' soalnya serius. Aku mengangguk.

' Kalau begitu ,.... ayang sudi tak tinggal bersama abang? ' Aku agak terkejut dengan kata-katanya itu. Aku diam sejenak. Fikir.

' Bukan ke bersekedudukan namanya? Tahukah abang perlakuan itu dosa di sisi agama dan tuhan? '' tanyaku.

' Ya. Memang dosa . Tapi kita takkan bersekedudukan untuk selamanya. Setahun kemudian kita menikahlah. Percayalah abang. ''

' Tapi kenapa kita tak menikah je sekarang? Takyah tunggu setahun kemudian. '

responku memberi pendapat.

Danial dengus perlahan. Kami masih bertentang mata.

' Abang tak sedia lagi. Tak sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami.

Ayang tahulah kan tanggungjawab sebagai suami ini berat. Abang tak sedia untuk itu.

Tapi persoalannya sekarang bukan tentang dosa atau itu. Persoalannya ayang sudi tak tinggal bersama abang? Bukankah ayang cintakan abang? Atau... ayang tak cintakan abang dah? '' Danial berkata-kata dalam nada lembut.

' Ayang cintakan abang.. dan ayang tak nak kehilangan abang.. maka ya, ayang sudi. '

ucapku memberi keputusan setelah diam sejenak untuk berfikir.

Danial tinggal disebuah rumah sederhana di Kuala Lumpur. Ibu bapanya tinggal di kampung. Danial ke sini untuk mencari pekerjaan selepas habis belajar di negeri utara dan ternyata rezekinya ada dalam jangka yang cepat. Tak payah menganggur lama. Pak saudaranya tinggal disebuah perkampungan yang memakan 2 jam perjalananya dari Kuala Lumpur. Kampung dimana aku tinggal dan ahli keluargaku dikebumikan di tanah perkuburan. Tanah perkuburan dimana aku kali pertama melihatnya.

Setelah membuat keputusan, aku terus mengikutinya tinggal di Kuala Lumpur. Hari ini sudah genap enam bulan aku tinggal bersamanya. Kenangan manis tercipta antara kami berdua bila ada peluang untuk bersama atau bermesra selama sehari suntuk.

Danial agak hebat di perlawanan dan aku akui kehebatannya itu. Seringkali aku mengambil pil perancang keluarga agar tak termengandung. Kawasan perumahan yang kami tinggal kebanyakan orang asing yang tinggal. Jadi tiada masalah apabila mereka melihat kami berdua. Ada juga orang asing iaitu bangsa bangla tanya kami adakah kami sudah berkahwin maka kami memberi jawapan yang bohong iaitu sudah berkahwin.

Danial agak romantik dan pandai berkata-kata. Dia mempunyai pekerjaan yang tetap dan gaji yang boleh menampung kos hidup kami. Setiap bulan dia akan memberi aku wang berjumlah seribu lebih untukku bagi perbelanjaan dapur serta pembayaran bil elektrik dan air. Jika ada lebih, dia menyuruh aku gunakkannya untuk membeli sesuatu untuk diriku. Menyebabkan aku makin sayang padanya...

Sayang padanya walaupun hatiku sudah retak semalam.

Danial sedang mandi didalam bilik air apabila aku mendapati dia menerima mesej daripada seorang perempuan. Mesej itu terpapar diskrin telefon bimbitnya .

' Sayang.. thanks for last night. I love you.. muahhhh! ''

Babi punya betina. Sampai hati kau rampas laki aku. Sampai hati kau Danial menduakan aku..



Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu bilik air terbuka. Cepat sahaja aku memadam mesej itu dan meletakkan kembali di meja lampu. Aku tersenyum memandangnya dengan perasaan sedih, kecewa dan marah. Langsung perasaan itu tidak terpamer diwajahku.

Danial nampak seksi dengan bertuala. Susuk tubuhnya sasa dan berotot itu menimbulkan rangsangan didalam diriku. Danial tersenyum. Kami saling berbalas senyuman sebelum dia naik ke atas katil. Hal yang kuketahuit tadi aku lupakan untuk sebentar.

Aku tidak menyuarakan langsung tentang hal yang kutahu semalam. Sampai hari ini.

Bunyi ketukan di pintu menyentakkan lamunanku. Tidak sedar akan bunyi keretanya yang sudah parking didalam beranda dek melayang didalam lamunanku sendiri. Aku menapak perlahan dengan senyuman. Tombol dipulas dan kami berpelukan. Berbau badannya. Hari ini dia balik lewat sebab ada meeting di pejabat. Aku tak kisah janji dia pulang menikmati hidanganku yang special untuknya.

' You are so beautiful! I'm lucky to have you. ' Aku mengukir senyuman dan mengucapkan terima kasih.

' Me too.. now..follow me.. ' kataku sambil menarik tangannya. Dia mencampakkan suitcasenya di sofa dan mengikuti sahaja langkahku.. ke dapur. Kotnya dah kutanggalkan ketika menyambutnya tadi.

' Wau.. ini sungguh romantik.. abang tak tahu ayang ni jenis romantik..ehehe ' Danial menarik badanku merapatinya.Kemudian aku meleraikannya.

' Ayang nak abang makan dulu hidangan ayah sebelum kita bermesra, okay? ' kataku padanya lalu kukenyit mataku. Dia mendengus perlahan lalu mengukir senyuman. Dia akur dengan kata-kataku.

Dia makan nasi itu sambil memandangku. Kelihatan dia menyukai masakan itu. Kari Ayam. Memang lauk kegemarannya. Aku juga memakan nasi dan lauk sepertinya.

Kemudian dia tercekik apabila tulang ayam ditelannya tanpa mengunyak dek leka memandangku.

Aku pantas mengambil air sirap special itu untuknya lalu ku mengisi ke dalam mulutnya. Matanya membulat. Meminta tolong dengan tunjuk isyarat tangan. Selepas aku mengisi air sirap itu sampai habis ke dalam mulutnya aku kembali duduk. Dan melihatnya yang tiba-tiba timbul buih yang keluar daripada mulutnya. Tulang ayam tadi sudah terkeluar dengan sendirinya saat buih itu sudah memenuhi mulutnya. Dia memandangku dengan perasaan terkejut kepadaku. Sempat aku mengukir senyuman lalu berkata



' Ayang sayang kat abang. Tapi abang tak sayang ayang . Sampai hati abang menduakan ayang. Kalau ayang tahu abang akan berbuat begini pada Ayang. Ayang tak akan bunuh adik ayang semata-mata hendak melihat abang semula. Kesian adik ayang, dia kena pergi kerana abang. Dan abang kena pergi kerana ayang. ''

Tamat.

Cik Esmiria.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2014 06:05 PM | Show all posts
psiko rupanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ya saiko. sebb tu dye bunuh adik dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 07:40 AM | Show all posts
Esmiria posted on 13-8-2014 09:34 AM
ya saiko. sebb tu dye bunuh adik dia.

kesiankan TT... jgnlah jd semua ni kt kita & famili... kesian kot...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Die bunuh adik die ke kakak die? Adik dia kan laki?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mawibotak posted on 14-8-2014 05:57 PM
Die bunuh adik die ke kakak die? Adik dia kan laki?

dia bunuh adik. Kakak mmng mti dlm kmlngn. Saiko sanggup buat apa saja dia utk dpt dia nak. Dye bunuh adik dia agr dpt tgk lki tu. Sebb tu dia hepi bila ckp dgn lki tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2014 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-8-2014 07:40 AM
kesiankan TT... jgnlah jd semua ni kt kita & famili... kesian kot...

Saiko pandai bermuka. Nampak bek dn pndiam je tpi brbhya! Thnks bca.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 07:41 AM | Show all posts
Esmiria posted on 14-8-2014 06:31 PM
Saiko pandai bermuka. Nampak bek dn pndiam je tpi brbhya! Thnks bca.

thanks sbb bagi pendedahan berkenaan topik yg kadang kala kita terlepas pandang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2014 12:23 PM | Show all posts
cite lain dari lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062546 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list