CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7464|Reply: 3

ISU MAN UTD DAN ISRAEL :JANGAN MELUDAH KE LANGIT by Rjuna.

[Copy link]
Post time 6-8-2014 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ISU MAN UTD DAN ISRAEL :JANGAN MELUDAH KE LANGIT by Rjuna.

Serangan terbaru spesis haters keatas Man Utd adalah dengan mengaitkan Man Utd dengan Israel seolah-olah pemain dan pemilik kelab telah pun membunuh ramai orang di atas padang..

Selepas gagal dengan isu bow tie yang di katakan salib olih para haters yang rabun maka mereka kini mendapat isu yang baru iaitu Israel.Agaknya jika tiada serangan keatas Gaza buat masa ini maka isu ini tidak timbul
Agak nya jika Man Utd merudum seperti tahun lepas maka isu ini tidak akan bangkit tetapi hanya kerana Man Utd mula menunjuk tanda kebangkitan maka spesis haters ini melompat terkena belacan lalu denga segera mencari alasan untuk memuaskan hati mereka supaya mereka dapat bergembira semula dengan 1 alasan yang di cipta.

Pernah saya bertanya bahawa isu Israel serang Palestin dan isu pemilikan Glazer ini bukan nya baru.Israel dan Arab telah lama berperang sejak Perang Bukit Golan lagi dan Malcolm Glazer telah memiliki Man Utd pada 2003 lagi dan anih nya selepas 11 tahun berlalu ,adakah spesis haters dan bayi2 ini baru sedar dan baru nak mengecam? Apa jadi pada 11 tahun lalu ? adakah masa itu anda semua buta ? atau baru nak mengenal bolasepak ?
Di mana tuduhan mereka pada masa itu ?
Buat pengetahuan mereka Malcolm Glazer telah pun meninggal dunia pada 28 Mei 2014 dan yang ada kini cuma anak2 nya sahaja.Memang benar mereka berasal dari keturunan Yahudi Lithuania di mana yang Yahudi itu adalah moyang mereka dan pemilik kini merupakan generasi yang ketiga.

CHELSEA:
1.Mungkin ramai yang tidak tahu siapa sebenar nya Roman Abromovich yang juga pemilik Chelsea.Tahukah puak haters ini semasa Hitler memburu Yahudi di Eropah yahudi2 ini yang ketakutan ini melarikan diri dan bermaustatin di banyak negara dan negara utama menjadi tumpuan mereka adalah Amerika dan Russia.
Mungkin peminat Chelsea sendiri tidak tahu siapa dia Arkadiy Abramovich dan sejarah nya.Mereka bolih selak Wikipedia dengan menaip nama ini dalam carian google.Arkadiy adalah Yahudi Russia dan merupakan bapa kepada Roman Abramovic yang merupakan pemilik Chelsea sekarang dan Roman adalah anak sulung.
Now !! bukan kah Man Utd dan Chelsea telah seri sekarang ? Adakah fans Chelsea akan meninggalkan kelab ini bila hal ini di dedahkan ..Berani kah mereka atau mereka cuma berani menasihati Man Utd saja tetapi bila berbalik kepada air ludah jatuh ke muka sendiri maka mereka buat2 tidak tahu ?
Atau mahukan peminat Arsenal dan Liverpool 'menasihati' saudara se spesis mereka ini sekarang ? Atau adakah hukum mereka cuma di guna pakai keatas Man Utd saja dan jika ianya berlaku keatas mana-mana gabungan puak haters ini maka di halalkan ?

2.Point kedua yang mana peminat Chelsea tidak tahu adalah hubungan rapat Roman Abramovic dengan Boris Berzovsky dalam bidang perniagaan sebagai partner.Siapa dia Boris yang mati pada 28 Mac 2013 lalu ? Tentu pauk haters biru ini terkebil2 tidak tahu..Boris juga berketurunan Yahudi dan peminat Chelsea tidak tahu bahawa mereka juga membuat urusniaga dengan puak Yahudi secara tidak langsung.

3.Dalam catatan Wikipedia juga (di nyatakan supaya spesis haters ini dapat merujuk) ada fakta yang menyebut bahawa agama yang di anuti olih Roman Abramovich adalah Judaism.Adakah puak haters ini tahu makna Judaism ? Tepuk dada tanya selera dan kalau tidak tahu jangan cuba menembak fakta dengan menjadi babi buta !!

4.Kelab Chelsea lebih mempunyai hubungan istimewa dengan Yahudi jika mahu di bandingkan dengan Man Utd.Adakah mereka terlupa dengan nama Avram Grant sebagai pengurus pada 2007- 2008? adakah mereka terlupa dengan nama Yousi Benayoun ,Tal Ben Haim dan Ben Sahar..Jika saya sebut nama Ben Sahar ini pasti mereka akan mati kejang dengan terbeliak kerana pasti ramai bayi2 Chelsea pun tidak tahu mengenai pemain Israel yang bermain untuk kelab mereka dari tahun 2006 - 2009.
jadi adakah peminat Chelsea meninggalkan kelab mereka pada zaman 2006-2009 di masa era Avram Grant dengan pemain2 Israel ini ? Adakah mereka memboikot jersi Samseng mereka pada masa itu ? Atau mereka mahu berkata Israel mulia pada tahun2 berkenaan?

5.Pengerusi kelab Chelsea sekarang Bruce M.Buck juga warga Amerika yang mempunyai firma guaman dan ada kaitan dengan Yahudi dalam urusniaga di USA.Adakah yang ini juga menjadi benda kecil yang tidak salah hanya kerana mereka bukan Man Utd ? Jadi hanya Man Utd yang salah jika ada kaitan dengan Yahudi tetapi andai Chelsea yang melakukan nya maka ianya adalah betul ..

.
ARSENAL:
1/.Perlu saya jelaskan pada semua puak haters dan bayi2 mereka bahawa 2 hari lalu kerajaan Amerika telah memberi dana RM722 juta kepada Israel untuk menguatkan sistem pertahanan udara Israel yang di kenali 'Iron Dome'.
Berita ini boleh para haters dan bayi2 ini baca dalam Wall Street Jurnal yang terpapar dengan tajuk..
"President Barack Obama on Monday signed into law a measure providing $225 million in emergency aid to Israel for its Iron Dome system'..
Dari mana datang nya wang ini ? Tentu dari Israel ke Israel melalui usahawan Israel dan juga dari cukai2 yang di kutip.Cukai2 ini termasuk dari apa juga jualan,perusahaan,perniagaan yang ada di mana semua nya akan menjadi dana untuk di salurkan dalam pelbagai belanjawan dan bantuan.
In i termasuk facebook dari mark Zuckerbeg di Amerika di mana para haters dan bayi2 ini melopong membaca atau menaip dalam keadaan tidak sedar.Cukai ini juga termasuk dalam pelbagai perniagaan yang ada kaitan dengan kelab bolasepak termasuk sebagai penaja.
Dan siapa penaja Arsenal ?

2.GATORADE - Antara penaja Arsenal adalah Gatorade yang merupakan minuman tenaga di bawah syarikat Pepsi yang beroperasi di Amerika.Sudah kah bayi2 ini dan haters kini membenci pepsi atau minuman Gatorade ?
Tidak kah mereka juga menyumbang dana kepada Israel untuk menguatkan pertahanan dan serangan udara nya keatas Gaza ? Adakah mereka terangkan hal ini ?

3.BUDOG - Budog adalah penaja Arsenal yang mengusahakan perjudian online dan sokongan keatas Arsenal bermakna sokongan keatas perjudian.Bolih mereka terima kenyataan saya ? tentu tidak ...bila kita berhujah bahawa sokongan kita keatas Man Utd cuma melibatkan kelab dan bukan pemilik mereka kata ianya ada kaitan jadi adakah mereka akan terima pula kaitan dengan perjudian di mana mereka turut bersubahat ? Mahukan para bayi dan haters ini memulau dan meninggalkan Arsenal sekarang?

4.PADDYPOWER - Sebauh lagi penaja Arsenal dari Ireland yang juga mengusahakan perjudian online.Dah saya ulas di atas dan tak perlu saya ulang kecuali kalau mereka ini perlu di terangkan berkali-kali kerana ada massaalah untuk memahami.

5.STAN KROENKE - Ini adalah pemilik Arsenal sebelum ini dan merupakan rakyat Amerika dan ahli politik dari Parti Republican yang ada kaitan dengan pelabur yahudi..Jadi Arsenal juga di bina dengan sumbangan Yahudi sebelum ini di mana sedikit sebanyak sisa dan saki baki itu masih ada.Apa pula alasan mereka kini jika mereka juga ada kaitan denga Yahudi sebelum ini ?

6.Pada 26 Februari 2006 Arsenal menandatangani perjanjian dengan Israel untuk membantu industri pelancongan negara yahudi itu.Ini mungkin 8 tahun berlalu tetapi jangan pula kata perkara lama itu lain dan tidak ada salah dan dosa cuma di kira atas new case saja.
Faktanya Arsenal pernah ada hubungan dengan Israel ,menggalakan perjudian ,membantu Israel dengan melibatkan diri sebagai penyumbang dana dan jika mahu di ambil kira ini juga salah.
Dalam fakta kes mahkamah yang tidak membunuh juga bolih di tuduh bersubahat walau dia tidak melakukan jika ada kaitan dan ada niat.

.
LIVERPOOL:
Seperti mana Arsenal Liverpool juga melibatkan diri dengan penaja2 yang ada kaitan dengan Amerika dan berkaitan secara tidak langsung dengan Israel.
Liverpool mempunyai 3 penaja iaitu..
1.CALRSBERG - Syarikat arak ini masih lagi menjadi penaja Liverpool walau di jersi mereka kini terpampang Standard Cheated With penalty..
jadi jika mahu di ambil kira dosa pahala seperti mana kata2 bayi2 dan haters ini maka penglibatan Liverpool dengan syarikat minuman ini juga perlu di ambil kira kerana mereka turut bersubahat.
Pada zaman Carslberg menjadi penaja dengan tertera di jersi mereka masih menjadi penyokong walau tidak kelihatan (yang islam) memakai baju itu,Tetapi sokongan secara mereka juga ada kaitan walau tidak direct jika mahu di ambil kira tuduhan mereka keatas kita walau kita nafikan bahawa kita tiada kaitan dengan Israel dan cuma minat bola.Jadi mengapa mereka tidak boleh ?

2.188BET - Penaja Liverpool yang juga sebuah syarikat perjudian.Jangan pula ada puak haters yang mengatakan ini tidak salah dan dosa tidak sama dengan israel hanya untuk menegak benang yang basah.Kelab anda di sokong yarikat perjudian dan ada pula menyokong kelab ini..Jadi fans Liverpool pun bukan nya suci pun..

3.Bagaimana pula dengan Yousi Benayoun yang juga pemain Israel dan pernah bermain untuk Liverpool pada 2007 - 2010 dengan mewakili 92 kali dan menjaringkan 18 gol.Jangan pula fans Liverpool mahu mengatakan bahawa mereka tidak bertepuk tangan atau melompat semasa Banayoun menjaringka gol...Tak baik menipu tauuu...

4.Liverpool cuba mengaitkan Man Utd dengan Gaza tetapi siapa pembunuh sebenar yang membunuh 39 penyokong Juventus di Brussel ,Belgium pada 1985 dulu..Ahhhh bayi2 ini mana tahu hal ini semua dan masih mahu mencari salah kelab lain.Mereka mungkin akan kata saya membuka cerita dan sejarah lama tetapi siapa yang masih mengusung cerita kemenangan 5x Piala Eropah untuk cuba membanding diri dengan Man Utd ?
Pernah kah mereka melihat muka di cermin pada tahun2 sebelum ini di mana mereka..Dan untuk mereka saya kirim salam 3-1 yang masih panas !!!.

5.Bagaimana dengan pemilik Liverpool John W.Henry pula..adakah dia ni dari Lombok atau Kathmandu ? Dia juga warga Amerika yang juga seorang pelabur dan anggota parti Republican. Adakah dia juga tiada kaitan dalam sumbangan dan pelaburan dengan Yahudi Amerika yang menjadi penyumbang dana untuk negara Israel ? Ada mereka tahu hal ini atau akan cuba memberi alasan-alasan untuk membebaskan kesalahan nya ?

.
MANCHESTER CITY:
Sori....Manchester is Red !

.
Jadi apa salah nya Man Utd jika ada pemilik kelab lain seperti Chelsea juga berketurunan yahudi malah pernah memiliki pengurus dan pemain dari israel.Jika Man Utd salah maka mereka juga salah..
Bagaimana kaitan Arsenal dan Liverpool yang turut berperanan dalam penyumbangan dana menerusi hubungan dengan pelabur yahudi dan penaja di Amerika ? adakah mereka terlepas kerana bukan Man Utd ?
Apa pula hukuman terhadap menyokong kelab yang ada kaitan dengan perjudian ?
Adakah ini dosa yang bolih di ampunkan ?
Andai ada yang berkata peminat Man Utd membantu Israel dengan membeli jersi maka adakah bila kami membeli jersi made in siam maka kami telah bersih dalam hukuman mereka ? Dan jika menyokong dan melompat gembira itu salah maka bagaimana pula hukuma terhadap bayi dan haters ini kerana mereka juga ada kaitan..Ingat pepatah "Jangan lah menjadi seperti anjing, jika tidak makan tahi ia akan tetap datang untuk menghidu..."
Dan jangan lupa pemain yang bersimpati dengan Gaza iaitu Ronaldo itu datang dari kelab mana dan buka Chelse,Arsenal ,Liverpool atau City....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2014 03:49 PM | Show all posts
Dah startlaa kait ngan kelab lain.. banding2 pulakk tuu.. nasib baik bukan peminat kelab2 epl
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 04:08 PM | Show all posts
sejak potong channel bola aku aku dh tk addicted ngn EPL
dengar/tgk result jer

aku setia dgn Ch 801 (yahudi jugak) tgk Liga Malaysia & psni Piala Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 10:01 AM | Show all posts
Macam budak2.....YNWA!!!
Pandai2 cerita 1985..entah2 masa tu belum bersunat lagi.. chit!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.115025 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list