CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3109|Reply: 14

Ieda Moin Hilang Tawaran Berlakon Kerana Berbadan Kurus

[Copy link]
Post time 30-7-2014 01:05 AM | Show all posts |Read mode
Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 12:33 AM

Mohd Al Qayum Azizi  
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]


Ieda mengakui terkilan apabila ada produksi yang menarik balik tawaran lakonan hanya kerana dia kini telah kurus.


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Ieda Moin terkilan apabila ada beberapa produksi menarik balik tawaran lakonan yang diberikan kepadanya apabila mengetahui dia kini sudah langsing dan kurus.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 34, berkata, dia berasa pelik dengan keadaan itu kerana menyangka perubahan fizikalnya itu akan memudahkan peluangnya untuk mendapat tawaran berlakon.

"Terkejut juga saya apabila diberitahu tawaran ditarik balik kerana saya berbadan kurus dan mereka mahukan pelakon komedi wanita yang berbadan besar.

"Pemikiran bahawa hanya wanita bersaiz besar yang boleh buat lawak sepatutnya sudah lama dibuang dan kejadian tersebut memang buat saya terkilan," katanya kepada mStar Online.

Ieda yang pernah memiliki berat sebanyak 72 kilogram berjaya mengurangkan kepada 48 kilogram.

Bagaimanapun kata Ieda, keadaan itu hanya bersifat sementara dan kini tawaran lakonan kepadanya kembali seperti biasa.



Ieda mengurangkan berat badannya kerana ingin menjaga kesihatan.


Malah kata Ieda, dia seronok apabila mendapat pelbagai tawaran yang bukan sahaja untuk peranan komedi tetapi juga watak lain seperti antagonis dan penggoda.

Dalam pada itu, Ieda tidak menafikan dia menguruskan badan untuk kelihatan cantik seperti mana wanita lain namun kini ia bukanlah faktor utama.

Jelas Ieda, usianya yang semakin meningkat membuatkan dia takut akan diserang pelbagai penyakit akibat berat badan berlebihan dan perkara itu menjadi faktor pendorong kepadanya untuk menguruskan badan.

"Siapa tidak mahu cantik? Tetapi itu bukanlah faktor utama kerana paling penting sekarang saya dapat menjaga kesihatan tambahan pula sekarang ini macam-macam penyakit ada.

"Sebelum terlewat adalah lebih baik saya mula mengamalkan gaya hidup sihat," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ieda berkata, dia bakal muncul dengan dua telefilem terbaharu iaitu Aura Boche Beraya dan Kelab Kelib untuk tontontan hari raya.

Malah dua drama bersiri lakonannya berjudul Selamat Pengantin Madu dan Misiku Kuza sedang ditayangkan.




Credits: mstar.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 01:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2014 01:15 AM | Show all posts
maxim posted on 30-7-2014 01:11 AM
dah ada ni

http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818254

la...tak perasan pulak...

takpe...mintak mod katup je lah...

@xpdckelate @yipun_78 @teky
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:22 AM | Show all posts
achik2009 posted on 30-7-2014 01:15 AM
la...tak perasan pulak...

takpe...mintak mod katup je lah...

nape x pggil je mod pengatup thread
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih bukak tbread ye TT... sebab nak ngata org .. kui kui..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:46 AM | Show all posts
Moga dimurahkan rezeki
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2014 01:54 AM | Show all posts
maxim posted on 30-7-2014 01:22 AM
nape x pggil je mod pengatup thread

ha'ah...terlupa pulak nak panggil dia sekali...
tapi dia tu bias sikit la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:56 AM | Show all posts
wuf wuf




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2014 02:00 AM | Show all posts
maxim posted on 30-7-2014 01:56 AM
wuf wuf

BOOM....!!!





Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:02 AM | Show all posts
achik2009 posted on 30-7-2014 02:00 AM
BOOM....!!!

opocot! bulat molek kepala hambanya AA





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2014 02:03 AM | Show all posts
maxim posted on 30-7-2014 02:02 AM
opocot! bulat molek kepala hambanya AA

apa kata tukar avatar tu dgn gambar ni pulak?...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:06 AM | Show all posts
achik2009 posted on 30-7-2014 02:03 AM
apa kata tukar avatar tu dgn gambar ni pulak?...

dah..try refreshing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2014 02:09 AM | Show all posts
maxim posted on 30-7-2014 02:06 AM
dah..try refreshing

ekekekeke....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:54 AM | Show all posts
dh ada ke?? buat2 tya sambil kutip tacang
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:58 AM | Show all posts
matchstick posted on 30-7-2014 02:54 AM
dh ada ke?? buat2 tya sambil kutip tacang

ye dah ada

jawabku sambil mengutip tacang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042022 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list