CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1883|Reply: 8

[Tempatan] Bakal dapat rumah baru

[Copy link]
Post time 15-7-2014 06:30 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Enam beranak yang tinggal berhimpit di celah barangan lusuh dan kitar semula dalam rumah usang yang menunggu masa menyembah bumi seharusnya dipindahkan ke kediaman lebih selesa.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, rumah berkenaan yang terletak di kawasan setinggan juga tidak terurus kerana dijadikan tempat simpanan barangan lusuh.


Beliau berkata, keadaan rumah itu membahayakan, termasuk mudah terbakar selain menjejaskan kesihatan ahli keluarga berkenaan terutama anak masih kecil.

Menurutnya, JKM bakal menawarkan bantuan persekolahan RM450 kepada keluarga berkenaan yang memiliki lima ahli keluarga yang bersekolah.


“Bapa kanak-kanak berkenaan adalah duda dan pendapatannya hasil menjual barangan kitar semula antara RM500 dan RM600 sebulan.


“Kami berharap keluarga dapat menaik taraf kehidupan secara berperingkat termasuk berpindah ke kediaman lebih selesa.

“Prestasi pendidikan anaknya juga sederhana berikutan keadaan keluarga dan rumah mereka yang tidak terurus,” katanya.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri Datuk Adam Sumiru berkata, pihaknya akan menawarkan bantuan sesuai kepada keluarga berkenaan selepas melakukan tinjauan.

“Kami akan mendapatkan maklumat berkaitan memandangkan sebelum ini tidak menerima sebarang permohonan bantuan dari keluarga berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kredit: harian metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyamuk musti banyak gileee..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 07:23 AM | Show all posts
di sabah ada mcm ini..tapi majority pendatang...hehehehe

nak tolong kah atau hantar balik?

tapi katanya budak budak ini lahir disini...hantar balik negara asal mcm death sentence utk budak budak tu...dah cakap bahasa ibunda mereka pun tak pandai...dah cakap melayu...so mcm mana????
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:16 AM | Show all posts
harap dapat umah sebelum raya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguih la bagi rumah.tu basic needs..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:31 AM | Show all posts
tumpang simpati kat dorang sekeluarga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2014 10:40 AM | Show all posts
nak dapat rumah,,buat citer sedih,masuk surat kabarrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 02:49 PM | Show all posts
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri Datuk Adam Sumiru berkata, pihaknya akan menawarkan bantuan sesuai kepada keluarga berkenaan selepas melakukan tinjauan.

dari mano punya dana nanti pakai ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 02:54 PM | Show all posts
Simunggu posted on 15-7-2014 07:23 AM
di sabah ada mcm ini..tapi majority pendatang...hehehehe

nak tolong kah atau hantar balik?

adoi kesian.... sbb kesian la puak tak sedar diri tu naik tocang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.055484 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list