CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77779|Reply: 550

[Video] Pengalaman Buruk Pembeli Juadah Di Bazar Ramadhan

[Copy link]
Post time 11-7-2014 09:22 AM | Show all posts |Read mode


SEBUT saja bazar Ramadhan, pasti anda sudah membayangkan pelbagai juadah makanan enak yang dijual untuk berbuka puasa.


Bermula daripada kuih muih dan air, hinggalah ke juadah berat seperti nasi dan lauk-pauk, semuanya boleh didapati dengan mudah.
Bagaimanapun, tidak semua makanan yang dibeli mampu memuaskan hati kita sebagai pelanggan.


Pendek kata, pasti ada satu atau dua jenis makanan yang boleh menimbulkan ‘panas’ di hati kita terutama dari segi rasa, harga dan kualitinya.
Walaupun bukan semua peniaga bersikap tidak jujur, ia sedikit sebanyak menjejaskan nama para peniaga lain.


Di sini, kami kongsikan 16 pengalaman buruk pelanggan bazar Ramadhan yang dipetik menerusi blog katakcomel.my:


1. Ada la seorang makcik ni jual nasi daging. Kira dah nak habis dah nasi tu. Akulah pelanggan last dia, dia kata dia bagi nasi lebih la sebab nak habiskan terus nasi tu. Daging, kuah & sambal semua tu, 2 set dia buat untuk aku. Bila time nak bayar, harga pun dia lebih kan. Padahal bukan aku mintak semua tu lebih. Dah dia yang cakap dia nak bagi nasi tu lebih, aku ingat dia nak sedekah. – Ezul82


2. Rasa paling mahal kat pekan Nilai. Murtabak RM3 tapi nipis macam roti canai. Popia basah, satu seringgit. Ayam golek RM18/seekor tetapi besar macam anak ayam jer. Roti John RM5.50. Makanan kat pasar ramadan sini standard untuk orang kaya-kaya jer. – MaMuk


3. Beli nasi beriani + lauk kambing + ayam 2 ketul + daging masak kicap = RM20.00. Tapi nasi beriani sebungkus boleh dimakan 4 orang (2 dewasa + 2 kanak2) Lokasi Pinggiran Batu Caves. Orang yang duduk Sri Gombak, tahu nasi beriani pakcik ni. Tahun lepas RM7.00 sebungkus ayam dalam. Tahun ni tak sure sebab bini pergi beli. Baru beli last sunday. Yang teraniaya beli air tembikai (katanya) RM3.00 tapi berasa sirap. – Miloais


4. Pasar ramadhan Puncak Alam, popia goreng nampak macam sedap. 5pc RM3, sekali masa berbuka baru tau keras dia macam kayu. Inti dah berbau, ke tong sampah peginya. – Wulf888


5. Ini kes minggu lepas. Beli juadah berbuka siap2 utk ready berbuka dalam perjalanan dari kampung balik ke rumah. Beli putu piring RM3 5 keping je. Dari awal duk depan kedai die ade terbau macam bau masam. Tapi tak nak la berburuk sangka kat penjual. Beli jela sebungkus. Balik2 sampai kat rumah, berbuka puasa try 1 keping, suap je kat mulut terus terjuak. Memang dah basi rupanya. Rasa sume putu piring kat kedai die dah basi. Macam ini punya orang pun ada ke? Puuiihh! – Zfa85


6. Pasar Ramadhan Tanah Rata, Cameron Highlands.
Saya: kak bagi saya Sambal Bilis ni RM3.
Kakak tu ambiklah Sambal Bilis tu 1/2 sudu besar, lebih kurang 4 ekor bilis kat dalam tu.
Saya: kakak, saya nak RM3 sambal tu.
Kakak tu: Ini RM3 lah dik oi. Kata nak RM3 kan?
Saya: Takkan 3,4 ekor bilis jer kak? Saya nak makan dua orang. Tak apalah kak, saya tak jadi belilah. Maaf ya kak.
Kakak tu: Kalau tak nak beli sudahlah.
Itulah ceritanya. – Niks


7. Aku plak beli murtabak RM3. Nampak tebal tapi masa makan, bau cam longkang dan bau taik kucing. Beli plak ABC tapi isi takde, banyak ais je. Beli air bandung cincau dan katira rasa sepesen je. Beli onde2 tapi liat cam getah. Beli nasik kukus tapi nasik cam bubur. Last2 aku pergi bazar ramadan beli durian. 5 bijik RM10. Berbuka dengan durian je. Tak selera makan lepas banyak kali terkena. Memang sampah la. Aku sokong kata2 Azwan. – Tidusz


8. 1) Lokasi: Segambut SPPK
Kedai: Kedai air depan nasi briyani
Hal: Air tembikai tapi rase sebijik mcm sirap Tesco.Untuk tidak berlaku adil aku bancuh sirap tesco dan mmg pasti rase air tembikai.


2) Lokasi: Jalan Kuching
Hal: Ayam percik seketul RM6.
Mau tak tergezut aku..ho3. Kedai: Tak ingat sangat. Kat belah tengah bazar Jalan Kuching tu – Chesnatezs


9. Kadangkala terpikir dari tolong beli kat bazar yg entah apa2 baik beli kat makcik2 jual juadah berbuka kat tepi2 jalan. Orang tua buat lagi ikhlas dari orang muda yg pikir untung jer. (Baca : bukan semua). Kat tempat saya nie, makcik jual tepi jalan kuih semua RM1 4 biji. Sedap lak tu. Kena bazar Ramadhan RM1 3 biji. Ada yang jual RM2 5 biji. Adeh. Rasa entah apa2. Hakikatnya Allah mmg saja uji kita bulan Ramadhan nie – Miejoo


10. Puasa kedua. Beli ayam masak merah kat bazaar ramadhan. Rasa lauk recycle. Lokasi dirahsiakan. Conclusion, masak sendiri. Tetapi bila muhasabah diri semula. Maybe ada benda yang tak kena dgn diri sendiri. Kena check and balance. Sepatutnya kena ada rasa kenikmatan dalam berbuka puasa. – Jaws Am


11. (a) Bazar Tasek, Bandar Seri Alam, Masai, Johor. Beli murtabak daging, RM5. Rasa macam haram, daging ciput, taruk lada hitam bebanyak plak tu. (b) Bazar Pasar Tani Bukit Gambir Ledang, Johor. Beli Roti John ayam dengan harga RM4. Rasa macam haram gak, macam makan roti john telur je. Sepotong daging ayam pun takde. Kucing aku yang kebulur nak makan pun takde selera. Jilat 2 3 kali dah tak nak makan.


12. Pasar Ramadhan Nilai (depan masjid baru). Murtabak nampak sedap time dia goreng. Balik makan, punyalah masin. Beli mee dan kuaw teaw talam. Campur. Bila balik mee ok. Kuew teaw basi, macam semalam punya. Harga plak standard hotel 5 bintang. – Zerodecibal


13. Aku harini tak puasa, gara-gara semalam keracunan makanan, malam semalam dah la perut memulas, buang air sembelit pulak tu, keras terus perut, bangun pagi demam. entahla racun apa yang aku beli kat bazar ni si peniaga jual. aku ni jenis makan tak tengok apa dah, kalau ada telur lalat ke, ulat lalat ke, aku telan je – The One


14. Bazar Sepang, murtabak daging dgn ayam xde beza. telur je semua. harga 3hinggit sekeping. beli 3 keping. tawar hebey… mengomel aku depan rezeki. Pada sape2 yg agak2 nak sakit perut tu, makan charcoal 2 bijik. insyaallah boleh meredakan keracunan yg dialami. ingat ye, disebabkan keracunan, bukan terlebih makan. – Youjinn


15. Hari pertama berbuka dengan sup dari bazaar ramadhan. Rasa sup tawar kemain. Rasa air jer. Hari kedua berbuka pula dengan ayam golek. Sama jugak tawar, rasa macam ayam dibakar tanpa rempah apa-apa. Hari ketiga, cuba beli sup dari gerai lain pula. Sama juga, cuma ada sikit rasa sup dan daging lebih walau pun murah dari yang 1st day. Hari ke-empat, goreng ayam sendiri. Puas hati. Hari ke-5, gi pasar malam. Beli makanan dari pasar malam sedap lagi. Lepas tu, walau simple macam mana pun, masak sendiri lagi best. – Qwerty79


16. Baru2 ni beli nasi pataya…cilakak tol nasi tu sejuk..telur selaput tu je yg panas. Bau dari peti ais… Air pulak sgt kelakar, air jual kat bazar ni rasa mcm nak buang je…tawar + gula pon xde rasa..ni semua kes nak jimat cost dan tambahkan keuntungan…salah majlis Perbandaran gak sebab letak hrga tapak tinggi.. – Vadeh


Apapun, pesanan kami, kalau hendak berniaga, letakkan diri anda sebagai seorang pelanggan dan tanya apa yang anda harapkan setiap kali membeli makanan…


Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
http://mynewshub.my/main/2014/07/10/16-pengalaman-buruk-pembeli-juadah-di-bazar-ramadhan/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
17..beli cucur udang belum tentu ade udang..beli cucur badak sah xde badak..-mat sendu-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 09:29 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 11-7-2014 09:27 AM
17..beli cucur udang belum tentu ade udang..beli cucur badak sah xde badak..-mat sendu-

cucuq udang byak daun kucai ja..pastu brminyak betoi
putus selera

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:32 AM | Show all posts
dah seua peniaga tu nak pakai estima lepas raya
tu yang memasing cekik darah
kualiti zero
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:33 AM | Show all posts
bli cara blauk kt param temerloh....basi


tu je pngalaman aku, sebab kalo bli mknan/minuman kt param tiap2 tahun bli dgn org yg sama. xpnah bli kt org yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:33 AM | Show all posts
apa la korang ni...baru pagi tadi aku dengar berita radio...KDNHEP mengesahkan tiada rungutan oleh orang ramai dari segi harga serta mutu makanan di semua Bazaar ramadhan. kementerian merasa bersyukur kerana peniaga tidak menaikkan harga makanan sewenang wenangnya di bazaar ramadhan.

so mana satu poyo....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 09:33 AM | Show all posts
Beli ayam golek kat param Dengkil...separuh ekor ayam RM9..saiz mmg saiz anak ayam la..tp sebab rasa sedap dan ayam tu confirm bukan recycle..daging still lembut...aku redhokan ajelah kalau pakcik terovercharge...
Hari sama jugak beli air tebu..nampak warna mcm hijau gelap...ingatkan manis..tp yaampunnn tawar hebeh nasib baik harga sama mcm tahun lepas sejug RM4..beli jugak roti bom...roti bom ni paling sedih...makan secubit pastuh masuk tong sampah sbb takde orang nk makan sampai dia dah keras dlm peti sejuk esoknya...roti bom yang takde rasa marjerin takde rasa gula tp keras mcm kayu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:34 AM | Show all posts
tp nak wat cmne kan.. org yg x sempat memasak, terpaksa la ke bazar...
nasib baik aku balik sempat masak utk mkn sndr.. x penah ke bazar lagi...
kalo ke bazar pon... tapak bazar yg aku biasa pegi tu tapak pasar malam.. so beli kat gerai yg dah biasa beli..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 09:35 AM | Show all posts
nsib kat tmpat keje food court masih beroperasi
so..x perlu ker pasar ramadhan..
sesekali jerk pegi pasar ramadan..sepanjang puasa ni baru 2 kali pegi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:36 AM | Show all posts
kebanyakkan deme yang menjual pasar ramadhan bukan type yang dah biasa menjual...semua yang baru nak menceburkan diri.....so buat pun jadi cam tue laa......
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:37 AM | Show all posts
bagi aku roti john adalah makanan yang overprice.
roti, salut dengan telur...ayam/daging yang sedikit...sayur yang sedikit
sampai 3.50 - 5.00

sepatutnya harga dia bawah 2.00 utk roti yang pendek dan bawah 3.00 utk roti yang panjang
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:38 AM | Show all posts
kalau quality tak dijaga...org luar bukan islam pun takut dgn bazar ramadhan...

sepatutnya lesen dibagi pada yg ada buat pemeriksaan kesihatan dan ada lesen berniaga...

buat hal..org sakit...tarik lesen...sure takut punya...

kalau peniaga bidan terjun nak mengambil kesempatan cepat kaya...memasak pun sethn sekali...baik jangan bagi.... Last edited by Simunggu on 11-7-2014 09:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:39 AM | Show all posts
Nombor 8 pasal air sirap tesco tu takleh blah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:39 AM | Show all posts
Kuih Keria ...... liat dn keras mcm tayar lori
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:40 AM | Show all posts
param kuarters KLIA... bubur lambuk basi... =(
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:41 AM | Show all posts
cektim posted on 11-7-2014 09:29 AM
cucuq udang byak daun kucai ja..pastu brminyak betoi
putus selera

goreng gune minyak recycle ...... hitam minyak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 09:41 AM | Show all posts
lizaliza posted on 11-7-2014 09:33 AM
apa la korang ni...baru pagi tadi aku dengar berita radio...KDNHEP mengesahkan tiada rungutan oleh o ...

ni nampak sgt tak amik tahu hal2 rakyat jelata....

KDNHEP sengal....tahu dok opis jek...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:42 AM | Show all posts
2. Rasa paling mahal kat pekan Nilai. Murtabak RM3 tapi nipis macam roti canai. Popia basah, satu seringgit. Ayam golek RM18/seekor tetapi besar macam anak ayam jer. Roti John RM5.50. Makanan kat pasar ramadan sini standard untuk orang kaya-kaya jer. – MaMuk

gile mahal...lom GST lagi nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:43 AM | Show all posts
siputsedut posted on 11-7-2014 09:33 AM
Beli ayam golek kat param Dengkil...separuh ekor ayam RM9..saiz mmg saiz anak ayam la..tp sebab rasa ...

jangan buang, simpan dlm frezer, nanti lepas raya kasi modified, buat breakfast...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:44 AM | Show all posts
yang paling sedih beli karipap sardin la... dlm body karipap tu sardin nya suku space pun x smpi.

pastu x tolak lg bawang n sambal yg dia campur.

aku ni makan karipap sardin ke karipap sambal bawang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    29-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.655391 second(s), 47 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list