|
Shopping Raya Di Plaza GM murah-murah
Hi kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalamans saya semasa mengunjungi Plaza GM Chow Kit. Ada sesiapa pernah sampai ke Plaza GM Chow Kit? Waktu saya mula-mula mengunjungi Plaza GM, agak teruja sebab banyak sangat barang-barang yang murah seperti pakaian, beg tangan, minyak wangi, jam tangan, rantai emas (emas celop) dan macam-macam lagi.
Tapi yang tak berapa baiknya semua barang dalam itu adalah palsu, ala-ala gred A gitu. Peniaga didalam itu pula terdiri daripada warga asing dan warga tempatan. Keaadaan kedai agak tidak terurus dan sempit. Kepada yang belum pernah datang, dinasihati supaya tidak bawa anak kecik dan barang yang banyak. Setiap tingkat mempunyai kedai masing-masing, contoh G (floor) semua jual beg tangan.
Barang yang anda boleh perolehi ialah seperti , minyak wangi, beg tangan, rantai,gelang segala alat perhiasan la. Baju, seluar, alatan jahitan macam-macam la, memang banyak. Pelanggan boleh membeli secara borong atau pun retail, tapi bukan semua kedai menawarkan jualan secara retail, kebanyakkannya semua kena borong.
Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar barang perhiasan wanita. Anda boleh perolehi barang perhiasan ini di tingkat 6 kalau tidak silap. Harga borong barang perhiasan bermula dari RM1-RM3 bergantung dengan design.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|