CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4965|Reply: 10

Allahu Akhbar! Satu Kampung Murtad, Masjid Mati

[Copy link]
Post time 8-7-2014 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Menangis mendengar laporan sebuah kampung yang murtad dan sebuah masjid yang mati dari dr Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Sayunya ya Allah..salah saya ni.. ampun Ya Allah.



Menjejaki masjid yang sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan.



Setelah mendapat laporan dr Imam Daerah Tongod, Imam Daim yang kami temui minggu lepas selepas solat jumaat di Masjid Kg Entilibon tentang keadaan satu kampung yang 100% penduduknya telah dimurtadkan, kelmarin(6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.



Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian.



Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih. Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka.



Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini.



Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul.Balik dr kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas pada itu berlaku usaha gigih missionary Kristian yang bertubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.

Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.

Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah.

Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak. Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa. Katanya ‘Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akan ku korbankan satu persatu utk agama Allah’. Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i…… InsyaAllah. Laporan Dr Rosmadi dan Jemaah.

Ya Allah bantulah mereka yang sedang berdakwah di seluruh Sabah dan seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Ya Allah kembalikanlah seluruh kampung ini kepada Islam. Ya Allah bukakanlah malam ini semua penduduk kampung ini kembali pada Islam. Kasihanilah kami semua. Maafkanlah kerana kecuaian diriku dalam dakwah, korban , menangis untuk agama ini.

Sumber
Last edited by anaktimur on 20-10-2014 09:39 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 01:51 PM | Show all posts
subhanallah....semoga segala urusan dakwah dipermudahkan...subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 02:03 PM | Show all posts
smpi mcm tu skali...takotnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 02:59 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullah wabarakatuh


Sesusah susah merepair banggunan masjid yg telah rosak,
pasti terlebih susah lagi merepair keimanan yg telah rosak.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 12:39 AM | Show all posts
Sebab tu kita kena beringat ingat dan berdoa agar tidak dibolak balik hati, diberikan hikmah  untuk menilai...

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 01:17 PM | Show all posts
kenapalah sampai begini sekali?  sedihnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 02:32 PM | Show all posts
Ebit Lew

Menangis dan berdoa bila mendengar seorang haji yang murtad. Laporan dari jemaah Hj Said syura kk yang sedang berdakwah di pedalaman Ranau . Dari Ranau perjalanan lagi 4 jam dan jalan teruk.

Seorang haji yang telah murtad telah kami temui sebentar tadi 10 julai berdasarkan maklumat anak beliau. Haji tersebut memurtadkan ramai muallaf.

Dalam pertemuan kira kira satu jam itu membuat kami semua menangis bersama hj itu. Beliau telah meluahkan apa yang terpendam bertahun tahun lamanya.

Selepas mendengar luahan beliau dengan linangan air mata...kami telah menawarkan penyelesaian kepada beliau untuk kembali kepada islam. InsyaAllah dalam masa terdekat beliau ingin kembali.

Mohon doa saudara saudara semua agar haji ini akan segera kembali kepada islam. Bangunlah tahajud malam ini. Atau sebelum tidur. Atau selepas sahur. Atau ketika ini tadahkan tangan dan berilah sedikit masa doa buat mereka.

Ayuh tuan-tuan sekalian kita jadi orang yang menggembirakan Nabi saw. Ziarah, kasih sayang, bimbing saudara Islam kita. Bantu mereka. Lihat keperluan hidup, makan minum, amalan mereka. Setiap orang ambil tanggungjawab atas setiap muallaf. Jika kita tidak dapat bantu semua. Kita bantu setakat yang termampu.

Sahabat berdakwah sehingga sampai dilautan merendamkan separuh kuda. Dan berkata wahai Allah jika ada manusia di sana nescaya kami akan sampai untuk kerja dakwah ini.

Malangnya suasana ziarah ini sudah tiada. Suasana ingatkan akhirat sudah tiada. Suasana berjuang di jalan Allah sudah tiada. Yang tinggal suasana bola. Suasana maki hamun dan salahkan orang lain. Wahai Nabi saw maafkan kami umatmu..

Tadi saya jumpa dua perempuan yang tatu penuh dibadannya. Sudah tiada amalan lagi yang tinggal..mereka baik dan dengar nasihat saya.

Bagaimana kita masih boleh lena..tanpa ada sikit pun doa kita buat mereka. Bagaimana kita masih benci dan tidak membantu orang yang berdakwah..Di mana hati kita? Di mana perasaan kita? Mengapa kita tidak menangis lagi untuk agama ini?

Buat jemaah yang sedang keluar jalan Allah. Allah sayang kamu semua. Inilah yang dibuat oleh sahabat rhum yang mencintai Allah dan Nabi saw. Setiap sakit kerana tidur atas tanah. Simen keras. Atas batu tajam. Air sungai yang jauh. Susah tiada makanan dan tandas. Di marah dan dihina. Tidak dihargai. Air mata rindu isteri dan anak-anak yang tiada ungkapan untuk gambarkan kesedihannya.. Redha Allah balasannya. Saya yakin kamu semua menyebabkan Nabi saw gembira diakhirat nanti. Doakan buat saya yang terlalu kerdil dan lemah ini. Saya cemburu dengan kamu semua.

Ya Allah bangkitkanlah usaha dakwah di sabah dan diseluruh kl dan seluruh Malaysia. Bangunkan setiap orang atas kerja Nabi saw. Pilih setiap orang Islam untuk sentiasa berdoa menangis untuk hidayat atas setiap orang...ya Allah kembalikanlah haji tadi kepada Islam. Ramadhan ini kembalikan setiap orang yang jauh dari mengenalMu. Mencintai Allah adalah segala-galanya-ebit lew

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Inna'lilla wa Inna'lilla hira'jiun Last edited by Abangcute on 11-7-2014 03:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 04:03 PM | Show all posts
Abangcute posted on 11-7-2014 03:10 PM
Inna'lilla wa Inna'lilla hira'jiun


Sedikit teguran tentang tulisan di atas, harap jangan ambil hati ye.. moga bermanfaat, sebelum ni dah ada saya tegur dah ...

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun

(Al-Baqarah, 156)




Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 posted on 11-7-2014 04:03 PM
Sedikit teguran tentang tulisan di atas, harap jangan ambil hati ye.. moga bermanfaat, sebelum n ...

Alhamdullillah. Syukur kpd Allah kerana ada yg sudi mengingatkan.

Comments

Alhamdulillah  Post time 16-7-2014 10:11 AM
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sangat banyak kes seumpama ini di Sabah, ayah sy ada terlibat dgn usaha menjejaki perkampungan yg penduduknya murtad dan hasilnya adalah seperti yg ditemui di kampung ini. kebanyakkannya mualaf yg telah dimurtadkan dan jumlah org Islam di kampung itu sgt sedikit..antara puncanya pun sama spt kes yg dilaporkan ni..
apabila penduduknya ditemui ramah knpa jadi begini, kata mereka 'setelah mereka di islamkan, selepas itu tiada pantauan susulan dr pihak berwajib..penduduk kampung dibiarkan tanpa bantuan dan bimbingan..apabila mubaligh Kristian masuk ke dalam kampung ini,mereka memberikan bantuan kewangan,makan dan pakaian kpda penduduk kg.. lama kelamaan penduduk kampung berubah pegangan dan murtad..' (benarlah bahawa kemiskinan boleh membawa kpda kekufuran).. ada juga individu yg telah bergelar haji, murtad dan membantu memurtadkan pula orang Islam yg lain.. realiti yg perit untuk ditelan..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.101633 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list