CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10312|Reply: 126

[Jenayah] Bangkit mengenang kembali era Pak Lah

[Copy link]
Post time 8-7-2014 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Bangkit mengenang kembali era Pak Lah
[url=][/url][url=][/url][url=][/url]

0 0 0

Pada tahun 2004, setahun selepas memegang jawatan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) menyertai pilihan raya umum ke-11 dan mendapat mandat terbesar dalam sejarah.

Beliau tidak melakukan segalanya secara bersendirian. Ramai pemerhati politik melihat bahawa “rakyat memberi beliau mandat besar kerana meraikan pengunduran Mahathir”.

Malangnya, Abdullah atau Pak Lah, nama timangannya yang popular, tidak pernah dapat memanfaatkan jangkaan positif yang besar daripada rakyat.

Mungkin kerana beliau tidak cukup asertif atau tidak mempunyai cukup sistem sokongan daripada rakan-rakannya dan telah berterusan diperlekehkan oleh pusat-pusat kuasa yang bersaing.

Dan mungkin juga beliau berterusan diremehkan oleh budak-budak tingkat empat yang tidak popular dan telah membantu menyatukan desakan untuk menjatuhkannya.

Pengkritik paling lantang tidak lain daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Ramai merasakan beliau sepatutnya mengambil pelung semasa berkuasa untuk menghapuskan aspek negatif dalam pentadbiran sebelumnya, antaranya perniagaan suku-sakat atau kronisme, membetulkan sistem kehakiman yang tercemar reputasinya dan mengumumkan perang terhadap rasuah.

Apa jadi pada Islam Hadhari?

Kenyataan visinya yang paling diingati tentulah agenda Islam – Islam Hadhari. Dari satu segi, ia adalah eksklusif kerana melibatkan orang bukan Muslim.

Orang bukan Muslim sama ada mendapat satu pandangan yang salah mengenai Islam atau tidak cukup memahami apakah makna Islam Hadhari.

Apa telah terjadi kepada Islam Hadhari kini? Ia telah digantikan oleh visi Satu Malaysia oleh pentadbiran baru. Satu Malaysia adalah janji untuk menjadi lebih inklusif dan kurang sensitif.

Beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri dengan harapan besar dan beliau sepatutnya dapat melakukan lebih banyak.

Malah slogan beliau ketika mula memegang jawatan ialah “bekerja bersama saya, bukan untuk saya”.

Beliau sepatutnya mengambil peluang melakukan perubahan kabinet, perkhidmatan awam, kehakiman dan organ kekuasaan dan pentadbiran.

Apa yang boleh dipuji, Pak Lah telah menggerakkan dua inisiatif yang boleh meningkatkan kelayakannya serta Umno.

Pertama ialah pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.

Termasuk perangkap

Terma rujukan untuk IPCMC telah ditentang sejak awal dan Pak Lah tidak menunjukkan kekuatan moral yang cukup untuk meneruskannya.

Inisiatif lain yang beliau lakukan ialah pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal video VK Lingam.

Signifikannya Suruhanjaya ini ialah ianya menegaskan pegangan moral hakim-hakim serta anggota kehakiman bahawa mereka bertanggungjawab kepada sebab moral yang lebih besar daripada tunduk kepada badan eksekutif.

Sekali lagi, beliau gagal memastikan ia diteruskan sehingga selesai.

Abdullah melepaskan dua peluang besar untuk meninggalkan dua legasi yang penting.

Maka cara terbaik untuk menyimpulkan mengenai tempoh perkhidmatan Abdullah kepada negara ini ialah dengan mengatakan beliau gagal memenuhi jangkaan sah rakyat.

Rakyat mengatakan beliau telah gagal menterjemahkan hasrat perubahan sebenar yang dimahukan bagi negara ini.

Mungkin boleh dikatakan, beliau termasuk dalam perangkap yang sama sebagaimana ramai lagi pemimpin dunia ketiga kerana beliau juga terdorong kepada kecenderungan kuasa yang merosakkan.




== pak lah 200% jauh lebih bagus dari PM ayam singgit sekarang nih.. kesian pak lah kerana tak ikut kemahuan tuhan mamak UMNO dan cuba banteras rasuah dalam UMNO dan sekat projek2 mee segera ketua cawangan UMNO.. akhirnya ditendang dengan hina sekali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 12:05 PM | Show all posts
Akhirnya. Nampak jua kebenaran paklah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:08 PM | Show all posts
Hadhari dah dirtansform jadi Wasatiyah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:10 PM | Show all posts
MsAzr posted on 8-7-2014 12:05 PM
Akhirnya. Nampak jua kebenaran paklah...

yer...dan ketiduran beliyau

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2014 12:15 PM | Show all posts
dah ada bunga2 nak menyalak dah nih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade posted on 8-7-2014 12:10 PM
yer...dan ketiduran beliyau

He personally destroyed what Tun M has achieved for Malaysia over 2 decades... go back to sleep...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2014 12:24 PM | Show all posts
antara hasil pak lah mentadbir,

dia membuka ruang untuk cina melepaskan
dendam kesumat yang dah lama terpendam
di bawah pemerintahan tegas tun M

dia juga membuktikan masih ramai di
kalangan rakyat yang kurang matang
dan tak faham sejarah begitu mudah
diperkudakan oleh mengkarung2 politik
seperti anwar dan kalangan cina DAP

cina, macai dan golongan LGBT amat
terhutang budi pada pak lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:25 PM | Show all posts
pak lah ni la banyak berjasa kat staff gomen

nk harap yg lain

taik !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 12:25 PM | Show all posts
pak lah bnyk buat silap ms jd pm. antaranya.

1. menaikkan khairi terlalu cepat. patut man2 la...

2. menaikkan harga minyak smpi 70 sen.

apa cerita bioteknologi pak lah? skang dah sonyap...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:29 PM | Show all posts
batik kebaya nyoya  isle hadari kehulu kehilir
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:31 PM | Show all posts
saper pak lah nie
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:33 PM | Show all posts
Isle berhari plg aku igt.
Smpai kes murtad diluluskan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:34 PM | Show all posts
~anya~ posted on 8-7-2014 12:18 PM
He personally destroyed what Tun M has achieved for Malaysia over 2 decades... go back to sleep...

yup...because of his incapability, his successor has to cope with many unresolved problems....just wandering what so good about him?
che det is the best...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:35 PM | Show all posts
what the hell happeh to ecer utara selatan bagai?
Pak lah turun terus sendu
Duit dah perabih
Hasil satu hapa pon tarak

Najib naik dia sibbuk ngan visi dia sundri

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade posted on 8-7-2014 12:34 PM
yup...because of his incapability, his successor has to cope with many unresolved problems....just ...

Yup zaman dia lah cina start ngengada... start questioning malays rights and what not...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:49 PM | Show all posts
bila bawa 'islam' je... pejuang2 ketuatnan mula panas bontot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2014 12:53 PM | Show all posts
d'zeck posted on 8-7-2014 12:24 PM
antara hasil pak lah mentadbir,

dia membuka ruang untuk cina melepaskan

yelah...betul...apa kata kita loan sekejap Tun M jadi PM..bagi kiok org DAP, cina komunis, nuat dan LGBT ini sekali lagi...baru Tun turun... Last edited by Simunggu on 8-7-2014 12:56 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2014 12:53 PM | Show all posts
pak lah bodo disujud bagai nak rak juga masa tuh.... dah jatuh baru kutuk berjemaah... tapi kalau ikut performance pak lah dan najib.... pak lah better 200% dari najib ayam singgit sekarnag yg lagi tahap jahanam negara...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua pm hampessss....
Yg kaya anak beranak depa je.
Tak kira la side mane
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2014 12:56 PM | Show all posts
bangcak posted on 8-7-2014 12:49 PM
bila bawa 'islam' je... pejuang2 ketuatnan mula panas bontot.

elergik nama tuh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.077585 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list