CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4490|Reply: 31

[Jenayah] Majlid Fatwa Terengganu- Kassim Ahmad kufur murtad

[Copy link]
Post time 3-7-2014 02:06 AM | Show all posts |Read mode
Jawatankuasa Fatwa Terengganu putuskan Kassim Ahmad kufur dan murtad


Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad (gambar) pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
"Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" itu berlangsung di Putrajaya.
Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.
"Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya dalam sidang media hari ini.
Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis ini perlu disekat dari berkembang.
Mohd Rozali berkata sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan apa sahaja berhubung fahaman ini adalah diharamkan dan orang Islam dilarang memiliki, menyimpan mencetak, menjual atau mengedarkan semua bahan terbabit.
"Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengikuti fahaman anti hadis ini dengan berselindung di sebalik aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur persefahaman anti hadis ini adalah dianggap mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan syariat.
"Oleh demikian, orang ramai di negeri ini hendaklah menghindarkan diri daripada terlibat dengan fahaman golongan tersebut," katanya.
Mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju supaya keputusan berhubung fahaman anti hadis ini diwartakan untuk dijadikan fatwa yang mengikat bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan yang terbabit, katanya. – Bernama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2014 02:06 AM | Show all posts
menteri jaga agama islam malaysia kata hanya kufur murtad di twerengganu sahaja.. bukan di malaysia...


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 02:10 AM | Show all posts
kalau naik kereta tu, sekejap masuk kawasan murtad, sekejap masuk kawasan tak murtad sebegitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 02:13 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 3-7-2014 02:10 AM
kalau naik kereta tu, sekejap masuk kawasan murtad, sekejap masuk kawasan tak murtad sebegitu : ...

kassim bleh pegi sempadan kemaman dan kuantan.. satu tapak kaki masih islam, satu tapak kaki dah murtad...

apa nak jadi ahli UMNO nih.... perosak agama betul...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 02:25 AM | Show all posts
slippergombak posted on 3-7-2014 02:06 AM
menteri jaga agama islam malaysia kata hanya kufur murtad di twerengganu sahaja.. bukan di malaysia. ...

syiah bila nak difatwakan murtad? sama2 tolak hadis yg umat islam sejagat guna pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 02:27 AM | Show all posts
slippergombak posted on 3-7-2014 02:13 AM
kassim bleh pegi sempadan kemaman dan kuantan.. satu tapak kaki masih islam, satu tapak kaki dah m ...

kebodohang tanpa sempadan hanya milik umno
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2014 02:35 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 3-7-2014 02:27 AM
kebodohang tanpa sempadan hanya milik umno

nak murtadkan terus kassim nih, takut madey mengamuk plak kawan baik dia yg disokong2 nih....




Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 03:12 AM | Show all posts
slippergombak posted on 3-7-2014 02:06 AM
menteri jaga agama islam malaysia kata hanya kufur murtad di twerengganu sahaja.. bukan di malaysia. ...

dah tolak hadith. Quran nak terima , Quran pun diwahyukan kepada Rasulullah SAW, hadith pun yg sahih adalah segala rekod perbuatan , amalam baginda. Sifat wajib rasul ape...itupun kalau nak ragu lagi well..tatau nak kata.

kalau label seluruhnya nanti puak kamu jugak akata ini tak ada kebebasan bersuaralah, agama ni restrcrivelah ... walhal kamu bukan sedar metapemikiran depa tu ikut hermeustk approach dalam mentafsir al quran.

so tak payah lah nak  highlight dengan ruang lingkup politik bila mana ia melibatkan soal  akidah dan hukum.

ada buku ditulis oleh seorang ahli akademik tentang munculnya golongan yg menggunakan pwndekatan hermenustik dalam mentafsir Al Quran.



Last edited by mbhcsf on 3-7-2014 03:13 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 04:06 AM | Show all posts
Walaupon aku tidak sama ideologi dengan kasim ahmad
Aku respect hak dia untuk memilih dan percaya apa yang dia nak percaya
selagi tidak bertentangan dengan moral yang baik .. lagipon dia bukan ada menyebarkan ajaran dia
macam tok2 guru buat kuliah, tazkirah bagai ..

Dia memilih untuk mempercayai Allah dengan jalan dia sendiri ..
What goes wrong ppl ?

Fatwa2 untuk memurtadkan orang nie patut begone lama dah.
Tidak selari dengan kehendak Al Quran pon.

Tiada paksaan dalam agama (Baqarah 256)
Setiap manusia bertanggungjawab atas apa yang diri sendiri lakukan ( At tur ayat 21, Al Muddasir ayat 38).

Kenapa la kita kalut untuk menghukum orang ...
Hidup la dengan beramal baik dan biar Tuhan yang mengadili nya nanti ..
Kenapa kita tidak senang kalau ada orang berbeza dengan kita ...
Kena tanya lubuk hati masing2 la Last edited by SiBOntot on 3-7-2014 04:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 04:45 AM | Show all posts
Dalam dunia ni ada lebih kurang 1.8billion Muslims syiah dan sunni. Mungkin separuh dari 1.8 tu nama je Islam tapi tak pernah praktis Islam. Itu belum campur yang keluar agama Islam secara rashia sebab takut kena rejam. Emmmm... Akak rasa bukanlah pengikut agama yang kedua terbanyak terbesar di dunia.

Akak nak tanya apasal orang Islam masih paksa ikut agama Islam jika seseorang tu dah tak percaya lagi dengan agama Islam? Boleh ke main paksa suruh orang percaya benda yang mereka tak percaya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Seminar Pemikiran Kasim Ahmad? Hahhahahahahahahaha :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 06:11 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 3-7-2014 03:12 AM
dah tolak hadith. Quran nak terima , Quran pun diwahyukan kepada Rasulullah SAW, hadith pun yg sah ...

apa benda membebel sepatah haram tak tahu... macam orang berak sembelit sembang... yg haram hukum murtad kerajaan UMNO.. yg cakap valid hanya trengganu menteri jaga agama islam dari UMNO...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya ada juga negeri yang bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
slippergombak posted on 3-7-2014 02:06 AM
menteri jaga agama islam malaysia kata hanya kufur murtad di twerengganu sahaja.. bukan di malaysia. ...

So kassim ahmad jangan masuk ganu
Tapi boleh bertebaran sesuka hati di lain2 ng di malaizzi la..

Macamana pula dengan pengikut totok kassim ahmad ni?
Cth : Tun M n daughter Marina??

(Nasib baik depa asal Kedah)
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 06:49 AM | Show all posts
slippergombak posted on 3-7-2014 02:06 AM
menteri jaga agama islam malaysia kata hanya kufur murtad di twerengganu sahaja.. bukan di malaysia. ...

tapi sama jugak macam hukum ASB dan hukum merokok kan????
ASB kat Selangor haram, kat Johor tak haram...
merokok kat banyak negara haram, kat Malaysia tak haram....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 12:21 PM | Show all posts
berzina haram satu dunia tak pulak dapat menghalang lobai2 pis dan pemimpin parti anak beranak dari menutuh merata2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2014 11:29 PM | Show all posts
freebird posted on 3-7-2014 06:49 AM
tapi sama jugak macam hukum ASB dan hukum merokok kan????
ASB kat Selangor haram, kat Johor tak ...

yg nih terang2 seleweng agama dengan jelas... tapi sebab tuhan UMNO backup kuat.. menteri jaga agama islam terpaksan pertahankan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 02:45 PM | Show all posts
only in malaysia agama ikut negeri kah3
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 03:49 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 3-7-2014 02:10 AM
kalau naik kereta tu, sekejap masuk kawasan murtad, sekejap masuk kawasan tak murtad sebegitu : ...

Itu menunjukkan kelemahan umat Islam dalam menentukan hukum Allah...

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 04:01 PM | Show all posts
LUNCH posted on 3-7-2014 04:45 AM
Dalam dunia ni ada lebih kurang 1.8billion Muslims syiah dan sunni. Mungkin separuh dari 1.8 tu nama ...

oii lanjioo..lu jaga lu punya agama la..sibuk psal islam...puihh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.653755 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list