CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 813|Reply: 0

[Tempatan] Kerajaan pusat sisihkan SRA?

[Copy link]
Post time 26-6-2014 08:41 AM | Show all posts |Read mode

Mohamad Idris (dua, kiri) menyampaikan cek kepada Timbalan Yang Dipertua PIBG SJK T Ladang Kalumpang, B Rajakumar sambil diperhatikan Bendahari PIBG, A Prabu (kanan).

HULU BERNAM - Kerajaan pusat didakwa menyisihkan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Selangor terutama melibatkan bantuan kewangan terhadap pembangunan sekolah.

Penyelaras Dun Hulu Bernam, Mohamad Idris Ahmad berkata, perkara dilihat ketara terutama dalam belanjawan negara tahun lalu yang didakwa langsung tidak meletakkan peruntukan bersesuaian untuk SRA di Selangor.

“Ini memang jelas sebab dalam bajet yang lalu kita lihat ada sekolah yang menerima sehingga RM6 juta tapi tak ada sejuta pun diberikan kepada SRA.

“RM6 juta ini diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan SJK Cina, sekolah mubaligh Kristian serta sekolah agama ada tapi yang berasrama penuh saja.

SRA memang tak ada,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek kepada SJKT Ladang Kerling dan SJKT Ladang Cangkat Asa.

Walau bagaimanapun, beliau menyifatkan kerajaan negeri di bawah PR sangat prihatin sehingga memperuntukkan antara RM6 juta hingga RM8 juta kepada SRA.

“Sebab itu SRA di Malaysia khususnya di Selangor susah.

“Tapi kerajaan negeri prihatin dilebihkan peruntukan kepada sekolah-sekolah agama,” katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor berkata, bantuan pendidikan diberikan kerajaan negeri sejumlah RM4 juta kepada SJKT sangat besar nilainya.

"Untuk fasa pertama sejumlah RM2.5 juta sudah disalurkan dan bakinya akan disalurkan kepada SJKT yang lambat menghantar permohonan menerusi fasa kedua," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.192332 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list