CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3712|Reply: 11

Panduan di Pasar Ramadhan yang Sesak

[Copy link]
Post time 24-6-2014 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Teknik dan Panduan di Pasar Ramadhan yang Sesak ketika membeli Juadah Berbuka Puasa. Cara Mengatasi Kesesakan di Pasar Ramadhan. Terutamanya ketika membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan ketika waktu puncak.



Pastinya keadaan sesak menyukarkan anda bergerak. Panduan ini sesuai digunakan untuk mereka yang ingin membeli juadah berbuka puasa secara bersendirian. Cara Mengatasi Kesesakan di Pasar Ramadhan.

Pilih Laluan Bijak Pintu Bazar Ramadhan
Kebiasaan sebuah Pasar Ramadhan Popular pastinya agak sesak. Oleh itu untuk kelancaran dibuka dua pintu untuk keluar masuk. Satu di hujung sebelah kiri, satu di hujung sebelah kanan. Jika diperhatikan ramai orang masuk dari pintu kiri, mungkin disebabkan berdekatan jalan utama, dekat dengan stesen minyak atau sebagainya. Pastinya ia menjadi laluan masuk yang sesak.

Maka, sila gunakan pintu sebelah kanan agar dapat elakkan aliran pergerakan terlalu sibuk dan terhenti-henti. Walaupun akan mengalami kesukaran untuk bergerak, namun disebabkan pintu kiri ini digunakan pengunjung untuk pulang. Maka alirannya lebih lancar dan pastinya menjimatkan masa anda untuk membeli juadah berbuka.

Ekori Laluan Pengunjung Menguntungkan
Ikut belakang pengunjung yang datang bawa anak kecil atau warga emas. Ia merupakan teknik yang licik namun amat bijaksana. Ekori Laluan Pengunjung Menguntungkan. Apabila seseorang membawa anak ke Pasar Ramadhan, semestinya keselamatan anak adalah paling utama. Kalau boleh hendak anak mereka akan sentiasa berada di sisi mereka. Kebanyakkan pengunjung di kawasan pasar yang sesak, mereka akan memberi ruang apabila melihat kanak-kanak ada di hadapan.

Maka, berada di belakang pengunjung beranak kecil akan membuka peluang untuk berjalan dengan lebih selesa. Kemungkinan ruang yang luas dan lancar terbuka untuk anda. Dengan santai anda boleh berjalan perlahan-lahan di belakang mereka tanpa gangguan aliran manusia.

Panduan di Pasar Ramadhan
Perkongsian tips membeli juadah berbuka ini merupakan salah satu Panduan Bulan Ramadhan yang dipetik dari Cara Atasi Kesesakan di Pasar Ramadhan di Hootoh Blog berdasarkan pengamatan beliau sendiri. Tips dan Teknik yang amat diperlukan ketika berada di Pasar Ramadhan yang Sesak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 10:25 PM | Show all posts
akak tak main bazar ramadhan ni.

sebab tahun ni 3kg lemak kena dihapuskan.

akak time nak buka dh ada kt rumah tunggu hubby.

bersederhana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2014 05:53 AM | Show all posts
Air buah.. murtabak... boleh tahan ke idak....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 11:22 AM | Show all posts
panduan paling bagus nk pergi bazar ramadhan nih ...... pergi dlm pkul 6.45ptg....orang dah semua dah habis membeli masa nih korang beli makanan dan lagi senang lepas tu bawak makanan tu makan kat masjid lagi mudah korang nak pergi sembahyang magrib terus berjemaah terus ...... waktu gitu dgn tersendiri nya korang tak ada rasa nak membeli berlebihan ...jadi senang tak membazir ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 01:17 PM | Show all posts
jujurin akak lagi bulan puasa, lagi naik berat badan akak
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
x perlu pegi param. masak sendiri lg jimat n terjamin tahap kebersihan. harga kat param pun dh tentu mahal. kalo kate xde mase, x sempat nk masak, itu bukan alasan. korban sikit mase bangun sahur awal. buat preparation utk masak ptg nanti atau masak terus. balik keje boleh panas kn balik.

kalo nk ke param gak, fikir dulu ape nk mkn. bila sampai, terus beli. x perlu nk buang mase jln2 pusing2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2014 03:15 PM | Show all posts
teringat akak ada kedai dekat temat akak ni, recycle lauk sampai besok, siap bau basi lagi, yucks!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 12:26 AM | Show all posts
Aku tak pergi param. Biasa aku beli kat restoran yg bukak hari biasa tu. Kat param ni banyak yg style cuba-jaya nak eksperimen bagai. Lagipun, lauk2 tu kalau 1st day puasa OKlah. Hari yg berikutnya...sendiri mau ingat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2014 01:45 AM | Show all posts
tadi memang ramai gila dol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 07:20 PM | Show all posts
Kat Kuala Terengganu, Aku selalu pergi Bazar Manir aje.. orang tak ramai sangat. Kalau di Batu 6 boleh tahan sesaknya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 01:09 AM | Show all posts
kalau batu 6 gombak memang sesak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 09:57 AM | Show all posts
Malas la nak gi bazar, stress dengan orang ramai. Kalau hari aku tak kerja boleh la pergi sebab boleh pergi awal sikit. Time-time yang tak ramai orang.

Kalau hari kerja, tunggu mengidam sangat-sangat baru aku pergi hihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.080501 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list