|
PELAKON terkenal Hollywood dan aktivis hak sivil, Ruby Dee, 91, meninggal dunia kerana sakit tua, semalam.
Dee sebelum ini terkenal sebagai seorang seniwati serba boleh dalam bidang pengacaraan pentas, radio, televisyen dan filem.
Anak perempuannya, Nora Davis Day memberitahu The Associated Press (AP), seluruh ahli keluarga dan teman rapat berada disisinya ketika dia menghembus nafas terakhir, di rumahnya di New Rochelle.
"Kami telah bersamanya sekian lama dan kami benar-benar sayangkannya.
"Hingga saat akhir, anak-anak dan cucu-cucu berada disisinya," kata Day.
Sepanjang kariernya sebagai anak seni, Dee sering berlakon bersama suaminya, Ossie Davis selama 56 tahun.
Perkenalan yang berputik sewaktu Dee mengikuti sesi ujibakat untuk pementasan Broadway "Jeb" pada 1946, pasangan itu mengikat hubungan itu dengan perkahwinan, dua tahun kemudian.
Davis meninggal dunia pada Februari 2005.
Perjalanan kariernya yang panjang itu turut menyaksikan beberapa siri kejayaan yang diraih termasuk masih tercalon pada usia 83 tahun untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik 2007 bagi filem American Gangster.
Dee juga turut memenangi dan tercalon dalam beberapa anugerah Emmy lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|