CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 21572|Reply: 45

[Tempatan] Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata golongan maha kaya (T15) merupakan golongan yang tidak terkesan jika subsidi petrol itu ditarik.Anda tak setuju?

[Copy link]
Post time 20-10-2024 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Golongan maha kaya (T15) yang dijangka tidak akan menerima subsidi RON95 adalah terdiri daripada mereka yang memiliki pendapatan isi rumah melebihi RM13,000.



Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kumpulan berkenaan merupakan golongan yang tidak terkesan jika subsidi petrol itu ditarik.

Menurutnya, secara purata perbelanjaan bulanan penggunaan RON95 adalah sekitar RM500 bagi kumpulan berkenaan dan ia bergantung kepada jenis kenderaan digunakan.

“RM500 itu hanya 3.8 peratus daripada gaji mereka. Jika mereka menggunakan RON95 tanpa subsidi mungkin perbelanjaan bulanan akan bertambah sekitar RM200 atau RM300 dan menjadikan jumlah keseluruhan RM700 hingga RM800 sahaja.

“Nilai tersebut mewakili 5.3 peratus sahaja daripada gaji kumpulan berkenaan dan ini menandakan mereka lebih daripada mampu,” katanya kepada Sinar Ahad.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025 dengan anggaran sekitar RM12 bilion untuk 85 peratus rakyat Malaysia.

Anwar berkata, sesuatu yang tak dapat disangkal ialah warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai RM8 bilion.

Bagaimanapun, Ahmed Razman berkata, bagi memastikan penyasaran subsidi ini adil, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum ia dilaksanakan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ke benaknya ......golongan t15 biasanya pengarah sykt, senior manager or owner sykt, even staff gomen pun ada dpt elaun petrol mcm adun & mp pun dpt...so duit petrol diorg  company yg dh bayarkan, kalau tarik subsidi pun diorg akan masukan kos tu dlm rega barang/servis....ujong2 b40 juga yg tlg bayarkan duit petrol diorg
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendapatan isi rumah rm13k dalam T15? Kalau luar KV iols setuju..but dlm KV, penang island and JB bukan T15 kalau rm13k tu..not even T20...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 20-10-2024 04:53 PM
Apa ke benaknya ......golongan t15 biasanya pengarah sykt, senior manager or owner sykt, even staff  ...

At least B40 ada bantuan mcm2..yg paling kesian M40..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
T15 gaji rm13k jahh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahakaya rm13k jah ???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala hangguk kau isi rumah RM13k masuk kategori T15. Tu kau kata mahakaya? Berapa ramai penjawat awam (belum masuk swasta) yg isi rumahnya laki bini gred 44 ke atas, gaji mmg lepas RM13k. Kau ingat kalau setakat isi rumah gaji RM13k tu anak ada 3-4 org, duduk, KL, Pulau Pinang and JB tu cukup ke?

Kerajaan madani ni tengah isytihar perang ke atas T20 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah dia prof Latiff. Dulu ayah dia stay kat Kajang ngajar kat UKM, org Botani. Now dah pencen..tak tahu apa citerr. Masa tuu famili dia golongan maha kaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2024 05:59 PM | Show all posts
Golongan maha kaya (T15) yang dijangka tidak akan menerima subsidi RON95 adalah terdiri daripada mereka yang memiliki pendapatan isi rumah melebihi RM13,000.

Seriously?
isirumah RM13,000 = Maha Kaya ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne dia ni dpt prof madya dr? Statement tak buat kajian ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
rm13k household income = maha kaya

Sadis gila.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 07:00 PM | Show all posts
Dovahkiin replied at 20-10-2024 09:24 AM
Kepala hangguk kau isi rumah RM13k masuk kategori T15. Tu kau kata mahakaya? Berapa ramai penjawat a ...

lepas ni kalau u ada adik atau abang yang laki bini keje oil & Gas atau doktor.
ejek diorang mahakaya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 07:08 PM | Show all posts
cara najib jugak yang paling bagus

subsidi minyak ditarik, tapi bantuan diberi melalui BR1M, KR1M, PR1MA, dan jenama 1malaysia yang lain

tapi dari segi fantasinya, cara anwar ler yang paling berkesan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
13,000 mahakaya? ada yg nak start berguling tak? nak join????
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 20-10-2024 04:53 PM
Apa ke benaknya ......golongan t15 biasanya pengarah sykt, senior manager or owner sykt, even staff  ...

Lagipon dorang ni memang dari dulu tak pakai ron95, tapi ron97
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rse nk carut. Ad kluar table. Pahang 8700++ kira t15. korok kering dia! Pahang lg mahal.mknn dr KL tauuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2024 07:40 PM | Show all posts
Tak terkesan kata Prof?

Barangkali Prof tak penah tengok dengan mata sendiri, orang kaya berkereta mewah isi petrol nozzle kuning.
Ye Prof... senaro ini memang benar-benar berlaku.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 07:42 PM | Show all posts
Itu petanda mereka juga (seperti di atas) laparkan subsidi RON95.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok ditarik semua tanpa mengira golongan mahakaya atau b40.. biar rakyat lebih berhemat dalam berbelanja. Duit subsidi yang dapat dijimatkan tu boleh diguna untuk tujuan pembangunan dan penyelenggaran kemudahan awam. Kalau kerajaan buat pemberian subsidi bersasar ni mesti akan menimbulkan rasa tak puas golongan yang tak dapat. Memang lumrah kebanyakan manusia suka merungut benda ayang dia takda dan tak dapat tapi tak bersyukur dengan apa yang dia ada
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
elnor_81 replied at 20-10-2024 07:24 PM
Rse nk carut. Ad kluar table. Pahang 8700++ kira t15. korok kering dia! Pahang lg mahal.mknn dr KL t ...

Boleh tlg share table tu kat sini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.054931 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list