View: 9075|Reply: 122
|
[Tempatan]
Perempuan kena tipu RM90,000
[Copy link]
|
|
Habsah (kiri) pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak semalam.
IPOH - Akibat terlalu percayakan seorang rakan yang dikenalinya sejak setahun lalu, seorang pesara kerugian lebih RM90,000 selepas terpedaya dengan tipu helah individu itu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Habsah, 59, berkata, dia berkenalan dengan Gabriel Alexender, berusia dalam lingkungan 50-an di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mereka pernah beberapa kali berjumpa.
Menurutnya, lelaki itu berasal daripada United Kingdom dan mereka berkomunikasi menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.
“Menerusi Whatsapp pada 18 Mei lalu, Gabriel mengatakan ada mengirimkan bungkusan mengandungi wang AS$300,000 (RM960,000) dan dua hari selepas itu saya dihubungi kakitangan syarikat penghantaran yang bernama Jonas Martin.
"Jonas meminta saya menjelaskan bayaran cukai kastam berjumlah RM2,550 dan RM15,000 untuk diberikan kepada pihak kastam," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak semalam.
Habsah berkata, dia berasa tidak sedap hati namun disebabkan bungkusan itu dikirimkan oleh Gabriel, dia tetap menjelaskan bayaran itu dengan harapan dapat menerima bungkusan dikirmkan itu.
Bagaimanapun katanya, Jonas sekali lagi menghubunginya dan meminta wang sebanyak RM40,000 dengan alasan untuk mendapatkan Lesen Pengubahan Wang Haram serta bayaran duti stamp sebanyak RM10,500.
Katanya, disebabkan terlalu banyak transaksi dilakukan kepada tiga individu berbeza, dia memutuskan untuk pergi ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan sendiri bungkusan tersebut.
Menurutnya, bagaimanapun, dia terkejut apabila Jonas enggan menemuinya dengan alasan dia tidak memasukkan wang RM25,000 ke salah satu akaun kakitangannya.
“Kami ada bertengkar melalui panggilan telefon, dia meminta saya masukkan wang atau datang bersama Gabriel untuk mendapatkan bungkusan tersebut. Saya kemudiannya pulang dengan tangan kosong.
“Hingga kini, saya tidak menerima sebarang bungkusan dan baru tersedar ditipu. Saya akan membuat laporan polis dan berharap pihak polis dapat membantu menyelesaikan kes ini sehingga tertangkapnya pelaku tersebut,”
katanya.
Sementara itu, Ketua Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, pihaknya telah menerima 10 hingga 20 kes sama sejak 2011 namun masih ada mangsa yang terpedaya dengan sindiket seumpama itu.
“Mereka ambil masa untuk mengenali mangsa sebelum tabur janji manis sehingga mangsa sanggup menyerahkan wang mereka tanpa mengetahui asal usul rakan yang baru dikenali itu,” katanya.
p/s- dah berpuluh kali citer mcm ni masuk paper, xreti2 jugak..aku cuma nak kata padan muka je lah... |
|
|
|
|
|
|
|
duit yang terkumpul tak cukup untuk bayar zakat ... |
|
|
|
|
|
|
|
duit dlm bungkusan di kirim oleh sesorang pun pecaya..memang sewel .padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
Simple aje petua supaya tak ditipu.
Orang tidak akan senang-senang kirim duit kepada kita
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 posted on 14-6-2014 02:39 PM
Simple aje petua supaya tak ditipu.
Orang tidak akan senang-senang kirim duit kepada kita
tambah skit lagi..
Orang tidak akan senang-senang nak berkongsi cara nak kaya dengan kita
Amalkan petua2 ni .. Selamat hidop
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 14-6-2014 02:43 PM
tambah skit lagi..
Orang tidak akan senang-senang nak berkongsi cara nak kaya dengan kita
eh tu yang ramai2 tiap2 minggu g seminar nak kaya tu adakah mereka kena tipu?
|
|
|
|
|
|
|
|
kumbang7 posted on 14-6-2014 02:48 PM
eh tu yang ramai2 tiap2 minggu g seminar nak kaya tu adakah mereka kena tipu?
abang kumbang ada pergi ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak serik2 lagi dengan bungkusan nie??? memang kalau org hantar barang minta clear kastam ke
apa yg konon hantar cash ke tak yah lah percaya. walaupun org yg kita kenal setahun . dari kena tipu duit banyak tu baik pergi holiday or beli beg chanel hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
bukan mudah nk jd kaya
bukan susah nk jd miskin
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 14-6-2014 02:49 PM
abang kumbang ada pergi ka?
penah pegi sekali kena bayar rm50..rupanya seminar tu cuma promo utk suruh pergi seminar next level yg yurannya riban2...
|
|
|
|
|
|
|
|
kumbang7 posted on 14-6-2014 02:53 PM
penah pegi sekali kena bayar rm50..rupanya seminar tu cuma promo utk suruh pergi seminar next leve ...
hahahaha tau takpa ..
tipah tertipu jugak la kan bang
kata kan sorang rm50..
perghh.. bayangkan 10 orang ja la .. dah rm500 .. untuk sehari ja tu gaji..
tetiba teringat kat mat2 rempit yang kena tangkap tu..
daripada hukum dier rang dengan penjara ..
baik suruh dier rang edarkan pamplet untuk menyedarkan orang ramai tentang perkara macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Janda gersang ke ni.. Desperet tau plak tutup muke |
|
|
|
|
|
|
|
tamak punya pasal. gelap mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Penipuan sebegini memang biasa.
Yang luar biasanya ada tolol percaya bungkusan duit. Duit sebanyak itu kau percaya ada orang hantar melalui bungkusan. Ini tolol tidak boleh diubati lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Habsah ni aku rasa ada spin cerita lah.slalu kes scammer takkan jumpa dengan mangsa.
Plus why would a woman needs to spend for the man?sila belajar bezakan kokesen dan local.
Pprt sangat.kesian. |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman hidup dah sampai senja..tapi bodoh juga tak ambil iktibar dari kisah org lain...kesian sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Mak sapa la ni
Dah tua2 pun nak gatai berkawan dengan foreigner n bz update fb bagai
Dah senja2 ni bawa2 la k masjid n belaja agama makcik weih
Ps : gabriel ni kulit itam k kulit putih? |
|
|
|
|
|
|
|
haiiii kenapa lahhh vongok dan tamak sangatttt
padan lah mukaa tu je yang leh di cakap
takde baca newspaper ke? duk dalam gua mana ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai senang sungguh kena tipu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|