View: 6899|Reply: 2
|
Ferrari, harga pengenalan RM888,800
[Copy link]
|
|
DALAM tempoh lebih dari 25 tahun, Ferrari kembali kepada penggunaan enjin pengecas turbo pada model keluarannya, Ferrari California T. Huruf T di belakang mewakili perkataan turbo.
Kali terakhir Ferrari menggunakan enjin turbo cas adalah pada model legenda F40 tahun 1987.
Penggunaan pengecas turbo dan suntikan langsung petrol adalah pendekatan terbaik untuk meningkatkan prestasi tanpa mengorbankan penggunaan bahan api serta rendah emisi. Untuk mendapatkan prestasi yang sama menggunakan enjin aspirasi semula jadi adalah sukar.
Namun adakah penggunaan turbo ini menjadikan California lebih baik? California T yang diperkenalkan kali ini tidak kehilangan prestasi yang mana ia memiliki tambahan kuasa sebanyak 70hp berbanding generasi sebelumnya.
Akan tetapi tidakkah ia akan kehilangan raungan yang begitu kritikal sebagai sebuah jentera Ferrari dan tindak balas pendikit yang tajam?.
Pihak Ferrari menyatakan bahagian jurutera menghasilkan aci engkol berbentuk flat plane serta manifold ekzos dan perumah turbo dengan rekaan istimewa tiga bahagian bagi memastikan California T menghasilkan bunyi Ferrari sebenar.
Sudahpun tiba ke pasaran negara. Ferrari California T dijual pada harga pengenalan RM888,800. Di bawah hudnya, supercar berkenaan dipadankan dengan enjin 3.9 liter V8 yang menampilkan suntikan terus dan sepasang turbin twin scroll .
Malah enjin baharu berkenaan meningkatkan kuasa California kepada 560hp dan tork 755Nm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan transmisi tujuh kelajuan dwi- klac.
Pecutan dari sifar ke 100 kilometer sejam dapat dilakukan dalam tempoh 3.6 saat yang mana lebih laju 0.2 saat berbanding sebelumnya. Walaupun kuasa bertambah, jentera Itali itu kini lebih cekap bahan api sebanyak 15 peratus.
Pihak Ferrari juga menambah baik pengendalian California dengan mengurangkan aktiviti pada bahagian stereng dan meningkatkan respons stereng dengan adanya kotak stereng baharu bersama talaan baharu pada bahagian suspensi.
Sebahagian ciri baharu pada California T juga ialah evolusi baharu F1-Trac dan brek seramik karbon CCM3.
Menyentuh soal penampilan, California T masih mengekalkan dimensi dan bayang daripada California sebelum ini yang mula diperkenalkan pada 2009, dan juga bumbung keras yang boleh dibuka serta signatur konsep 2+2.
Walaupun baru sahaja dilancarkan, pihak Naza Italia Sdn Bhd sudah menerima tempahan sebanyak 10 unit. California T didatangkan dengan program penyelenggaraan lanjutan tujuh tahun dan penyelenggaraan biasa sama ada pada 20,000 kilometer atau setahun sekali tanpa sebarang had perbatuan.
SPESIFIKASI
Enjin: 3.9 liter V8
Sesaran: 3855cc
Transmisi: 7-kelajuan dwi klac
Kuasa Maksimum: 560hp@7500rpm
Tork Maksimum: 755Nm@4750rpm
Kelajuan Maksimum: 316km/j
Berat: 1625kg
Tangki penuh: 78l
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh full loan x |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa org beli kete mewah nih diaorg beli cash |
|
|
|
|
|
|
| |
|