CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3313|Reply: 11

Majikan Ubah Perjanjian, Pekerja Ugut Nak Buat Report...

[Copy link]
Post time 9-6-2014 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Straight to the point, boleh ke majikan mengubah atau memansuhkan mana2 klausa dalam surat perlantikan pekerja atas sebab2 tertentu?

Mcm ni alkisahnya...

Syarikat tmpt sy bkerja ada 1 cawangan di Sabah, baru saja beroperasi lebih kurang 7 bulan, sbb dpt contract 3 thn dgn syarikat O&G kt sana. Company ambik pekerja dlm 10 org. Dlm surat perlantikan mereka, ada disebut pemberian elaun tetap sbyk RM sekian..sekian, elaun makan RM sekian..sekian.. dan beberapa lagi benefit yg diberikan. Slps surat perlantikan jawatan ditandatangani, maka tugas masing2 pun bermula. Selepas 1 bulan ke 1 bulan, pihak syarikat mendapat rungutan dari pihak pentadbiran disana mengatakan pekerja selalu dtg lambat ke pejabat, keluar masuk pejabat sesuka hati, cuti pun sesuka hati, report kerja tak sempurna.. salah sana sini, tipu resit claim..merungut tak diberikan elaun rumah sbb katanya sewa rumah kt sana mahal, mintak lagi elaun itu dan ini, asyik bandingkan syarikat skrg dgn syarikat yang dorg pernah kerja dulu,dan mcm2 rungutan lagi. padahal gaji masing2 dibyr melebihi 7k! ada yg dpt 10k tapi masih merungut tak puas hati.

Setelah ditimbang2 berdasarkan aduan, prestasi kerja dan disiplin, dan selepas pihak syarikat mendapati ada unsur menipu dalam tuntutan claim, selain terdapat ada pekerja yg membuat bisnes part time ketika waktu bekerja, ada yg ambik cuti pnjg tanpa kelulusan, majikan telah membuat pertemuan dgn mereka memberitahu bahawa elaun tetap mereka di MANSUHKAN dan elaun tetap ditukar kepada elaun harian mengikut jumlah hari pegi ke site (Gaji tak effect). Bos sy kata, ini pemberitahuan, bkn meminta persetujuan! Respon dorang, ada yang diam tak terkata, tak kurang jugak ada yang meninggikan suara. Bos saya tu dah tua, mcm mak2 kita..apa yg sy lihat,dorg memang sgt2 biadap!Bos sy beri kata dua, kalau tak setuju dipersilakan hantar surat berhenti. Tak mo la plak!

Sejak dari pertemuan tu, dorang asik mengganggu bhgn admin dgn pelbagai emel berbaur ugutan dan tak puas ati. Bos sy buat hati kering je..malas nak layan.

Persoalannya, bole ke majikan sy mengubah perjanjian dlm surat perlantikan? adakah majikan sy dikira sebagai melanggar perjanjian?





Last edited by putriz on 9-6-2014 03:40 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2014 03:52 PM | Show all posts
dalam perjanjian pekerja kena berkhidmat mcm mana?

sebagai majikan mereka kena ada pekerja yang boleh melakukan tugas.

kalau jenis curi tulang akak pecat tanpa notis 24 jam.

peduli apa.

kalau bersebab boleh toleransi.

kalau dia orang kerja company cina dah lama jd kuli.

masih tak bersyukur kerja company melayu.

Comments

amboih akak... heheeh... tayah kot mensen psl sentimen kaum orait..  Post time 24-7-2014 12:15 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2014 04:17 PM | Show all posts
skop kerja sume dah diberikan... dan mereka sume maklum.

apa yg jelas, dorang tak nampak silap diri sendiri. bila diajukan soalan yg kena batang hidung sendiri, tau plak tersengih je. Bos sy tak nak guna cara keras dgn pecat dorg tapi minta cara baik suruh dorang berhenti kalau terus-terusan tak puas hati.

dorang asik tekankan syarikat langgar perjanjian dan telah mengambil hak doran tanpa persetujuan. slps pertemuan dibuat, dorang tunjuk keras kepala tak nak sign pekeliling terbaru.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya HR akan buat enquiry terhadap setiap kes pekerja ..
Dalam kes cawangan ini... ianya adalah contract project dan sudah tentu syarikat mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakannya..
Untuk memberhentikan pekerja yang tidak efisien boleh saja tetapi ini akan membuat kelewatan project dan pelbagai implikasi ...
Tindakan majikan mengubah perolehan elaun dari kiraan bulanan kepada harian adalah cara yang terbaik dalam menjaga kebajikan pekerja.
Tindakan pekerja yang membuat sesuatu kerana ingin menunjukkan ketidakpuasan hati akhirnya akan merugikan mereka jika majikan bertindak mengambil warga asing ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 11:29 AM | Show all posts
elaun boleh mansuh, boleh potong, boleh freeze - tanpa perlu persetujuan pekerja, as long as gaji basic tidak berubah.
dlm hal ni pekerja dah tunjukkan evidence yg depa tak ikut rules & regulations company, so employer has the right to take necessary action.
boleh aje ubah clause2 yg ada dlm offer letter dulu. masa depa sign maksudnya depa setuju semua dgn t&c, pastu bila buat hal, nak suruh company ikut depa pulak ? banyak songel...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 11:31 AM | Show all posts
putriz posted on 9-6-2014 04:17 PM
skop kerja sume dah diberikan... dan mereka sume maklum.

apa yg jelas, dorang tak nampak silap di ...

kalau depa tak nak sign pekeliling / cicular baru pun tak apa, tak beri apa-apa effect pd pihak majikan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2014 03:13 PM | Show all posts
takde masalah untuk mansuhkan elaun as long diberitahu lebih awal kepada pekerja. Aku percaya mesti ada clause dalam offer letter yang bagitau bahawa elaun adalah tertakluk kepada budibicara majikan.

Apa yang boss putriz buat adalah sangat bagus. Intervention dalam menangani masalah disiplin pekerja. Kalau diorg datang kerja dan fulfill all requirement baru dapat elaun.

Abaikan je perangai-perangai tak semenggah diorg. Dengar jer rungutan tapi jangan simpan dalam hati. Kerja HR ni memang kena keras hati sikit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
@genchi dh komen lepas tu delete penat akak tekan notifications
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 01:23 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 24-7-2014 12:58 PM
@genchi dh komen lepas tu delete penat akak tekan notifications

delete apa kak??
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
genchi posted on 24-7-2014 01:23 PM
delete apa kak??

Dpt notification genchi reply komen kak . tetiba tekan dh xde
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 01:26 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 24-7-2014 01:25 PM
Dpt notification genchi reply komen kak . tetiba tekan dh xde

owhhh gen comment kt post akak psl sbot sentimen kaum tuh

kuli di kampeni cina tu..

mgkn ada yang kurang senang mmbacanya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 12:28 PM | Show all posts
1st time baca tntg staf yg x kompeten, betapa baiknya majikan anda. Patutnya pecat 24 jam dari bagi makan gaji buta. Menyirap pulak baca benda ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.079469 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list