CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9403|Reply: 129

[Tempatan] Suka memuat turun dan naik? Awas, anda mungkin dipantau!

[Copy link]
Post time 29-5-2014 01:49 AM | Show all posts |Read mode
Remaja muat turun, filem tanpa kebenaran ditahan               


PUTRAJAYA - Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki memuat turun dan memuat naik lagu tempatan dan filem antarabangsa di laman web tanpa kebenaran pemilik hakcipta.
           
Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata suspek berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Larkin Perdana, Johor Baharu, Rabu lepas, selepas risikan dan pemantauan dibuat kira-kira sebulan.
           
"Serbuan dilakukan hasil aduan pemilik hak cipta dan orang ramai berhubung laman web yang dijadikan portal untuk memuat-turun atau tayangan (streaming) muzik-muzik tempatan dan filem antarabangsa tanpa kebenaran pemilik hakcipta," katanya pada sidang akhbar mengenai Ops Trident di sini hari ini.
           
Serbuan itu melibatkan 15 orang disertai Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, pegawai Cybersecurity Malaysia dan pegawai serta anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman, katanya. Beliau berkata, beberapa peralatan digital turut disita bernilai kira-kira RM15,000 termasuk komputer riba, komputer peribadi, broadband, router dan modem.

Mohd Roslan berkata, suspek bagaimanapun tidak mengaku sebagai pemilik laman web www.godam.org yang memuat turun 20 lagu secara haram antaranya 'Kita' (Forteen), 'Doa' (Nora), 'Menyemai Cinta Bersamamu' (Nora), 'Titian Usang' (Yantzen) dan 'Cintaku' (Yantzen). Manakala lapan filem kebanyakannya filem-filem terbaru turut ditayangkan tanpa kebenaran di portal itu termasuk "47 Ronin", "Gravity", "Ride Along", "Pacific Rim", "We Are The Millers", "The Hangover 3", "The Hobbit: The Desolation of Smaug" dan "The Wolverine", katanya.
           
Mengikut maklumat risikan, laman web itu turut dipromosikan di beberapa media sosial seperti Facebook yang turut dikongsi oleh pengguna-pengguna internet lain, kata beliau. Katanya suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 1(D) Akta Hak Cipta 1987 dan Seksyen 51 (1)A akta yang sama.
           
        "Jika sabit kesalahan hukuman denda boleh dikenakan sekurang-kurangnya RM2,000 atau maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," kata beliau.
           
        Mohd Roslan berkata, pihaknya akan menyerahkan notis secepat mungkin kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menghalang orang ramai mengakses laman web itu. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 01:57 AM | Show all posts
poyo la kerajaan...nk protect sangat pehal??? tk habis2 lg ngn gst dan segala polisi dan dasar membodohkan rakyat sambil belanjakan duit cukai rakyat ke benda tah hape2...intellektual property yang rata2 hiburan semata2 ni pun ko sibuk nk enforce...tk de life ke??? mamat punai kecik yg suka fitnah dan forumer yang main kayu tiga belakang bini ko lepaskan pulak????

kata nak turunkan harga internet pun tk turun2....apa kerajaan ni pun ada DNA babi mcm cadbury ke??? takkan nak biarkan kami melayu2 ni mengkayakan cina beli yg original..padahal diorang ni pun download dah tu resale...jual tiga sepuluh ringgit..sudah2 la kerajaan...get in ur right track plz...all this time..i have been a supporter to our government...plz la..

(pakwe emo sikit bab2 kerajaan nk menghalang rakyat dari mendownload, sbb pakwe kaki download game..baru download watch dogs..tapi laptop pakwe tk cukup power lak nak main game watch dogs ni..)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 01:57 AM | Show all posts
Errrrrr. Kalau download porn????
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Poyo.. kedekutnye
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 02:07 AM | Show all posts
Ini kes sama ngan jiwang.org la.............
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
at last btul gak penggunaan bhsa malay bab muat turun n muat naik... huhu


org ramai mana yg gigih sgt merepot tu?? kecoh tul la... nk tgk free pun xleh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2014 02:14 AM | Show all posts
laman rahsia torrent tempatan tiba tiba hilang ....apakah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 06:17 AM | Show all posts
highcastle posted on 29-5-2014 02:07 AM
Ini kes sama ngan jiwang.org la.............

Dah history ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 06:18 AM | Show all posts
Download je orang boleh tolerate lagi. Tapi kalo buat website, upload dan share pada ramai orang lain.. ni yang kena rush dengan polis.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 06:22 AM | Show all posts
la kesian aje kat budak tu baru 18 tahun masih ramai lagi org yg buat muat turun naik nie.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian budak ni. baru letak 20 lagu pun n. huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 06:45 AM | Show all posts
selagi hidup ini masih ada komputer dan internet connection, this kinda story will never end. purcayalah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
laaa.. download tgk senyap2 sudah. ni siap share lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:10 AM | Show all posts
jgn la risau sgt
korang download je la apa yg ada
nak lagu pergi cari kat 4shared
muvee pergi torrent

tak payah la sampai nak buat website/blog lepas tu share
memang la cari nahas
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:20 AM | Show all posts
Mmg cari nahas la klu da set up website/blog & share. Polis dpt maklumat, serbu la. Takkan nk buat diam je. Nak share sgt, pegi laman web antarabangsa, share la bnyk2 kat situ secara anonymous. Website antarabangsa paling kuat pun dia block je, walaupun bole je nk bypass. Budak 18 tahun, belum mumaiyiz lg kot.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyemai cinta bersamamu - Nora


suspek ini sentimental orangnya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalau nak dengar lagu dengar kat YouTube aje. Full album pun ada. At least legal issues dibawah tanggungjawab YouTube. Streaming service yg legal pun byk
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:45 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 29-5-2014 01:57 AM
poyo la kerajaan...nk protect sangat pehal??? tk habis2 lg ngn gst dan segala polisi dan dasar membo ...

DAP memerintah nanti maybe rakyat boleh download filem2 pirate sesuka hati & berniaga CD haram secara bebas. boleh masukkan dlm manifesto.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:53 AM | Show all posts
tobby posted on 29-5-2014 07:45 AM
DAP memerintah nanti maybe rakyat boleh download filem2 pirate sesuka hati & berniaga CD haram sec ...

lol
ok aku undi DAPig la mcm tu

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 07:58 AM | Show all posts
pelukis.plan posted on 29-5-2014 07:53 AM
lol
ok aku undi DAPig la mcm tu

aku nak undi kerajaan yg bagi peluang rakyatnya berniaga CD cetak rompak dgn bebas & hak kebebasan download filem pirate. itulah kerajaan yg bagus. undang2 antarabangsa tak perlu comply & jgn takut dgn economic sanction or sekatan dari badan antarabangsa disebabkan memberi peluang rakyatnya berniaga filem pirate.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.592761 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list