View: 3457|Reply: 1
|
CNBLUE 'CAN'T STOP' IN MALAYSIA ON 9 AUG 2014
[Copy link]
|
|
Perkabaran mengejut yang dibawakan pada minggu lepas oleh pengajur IME Productions sudah tentu mengejutkan dan dalam masa yang sama adalah merupakan kabar gembira bagi BOICE Malaysia. Bagi mereka yang terlepas peluang menyaksikan persembahan mereka di negara jiran terdekat Malaysia iaitu Singapura kini boleh menarik nafas lega dan gembira kerana kini berpeluang menyaksikan mereka di Malaysia.
Selepas konsert "BLUE MOON" WORLD TOUR 2013 pada tahun lepas kini mereka kembali lagi untuk siri konsert jelajah mereka "2014 CNBLUE LIVE - CAN'T STOP" yang bukan sahaja berlansung di Stadium malah bulan kedatangan juga sama iaitu Stadium Negara pada 9 Ogos 2014 pukul 7.30 malam. Yang paling manis lagi Kuala Lumpur adalah merupakan destinasi terakhir didalam konsert jelajah asia mereka.
Sebagaimana perkabaran mengejut tentang kedatangan mereka, IME Productions menambahkan kejutan dengan pengumuman penjualan tiket yang telah berlansung pada sabtu lepas (17 Mei 2014) bertempat di Sg.Wang Plaza. Penjualan tiket bermula pada pukul 5.00 - 7.00 petang. Walaupun para pengemar Kpop menyatakan penjualan tiket dilihat terburu-buru namun seperti biasa para peminat BOICE Malaysia sudah beratur sehari awal demi mendapatkan tiket di zone yang mereka inginkan. Bagi peminat yang sangat berpuas hati menyaksikan konsert CNBlue pada tahun lepas menyatakan harga tiket yang dijual pada kali ini adalah sangat berpatutan dan berbaloi. Apatah lagi pada kali ini bagi peminat yang datang membeli tiket pada hari pelancaran tersebut bagi 1000 peminat akan menerima 'exclusive giant konsert poster'. Syabas kepada pengajur...^^
Harga-Harga tiket adalah seperti berikut :
- VVIP - RM588 (number seat)
- Rock Zone - RM548(standing)
- VVIP 2 – RM548 (numberseat)
- PS1 – RM488 (number seat)
- PS2 – RM388 (number seat)
- PS3 – RM288 (free seating)
- PS4 – RM188 (free seating)
Bagi mereka yang tidak berkesempatan membeli tiket pada hari pelancaran minggu lepas, anda boleh mendapatkannya melalui online www.ticketcharge.com.my yang telah dibuka pada 17 Mei 2014 atau boleh menghubungi TicketCharge di 03-92228811. Anda juga boleh membeli tiket di music store yang berdekatan dengan anda di Speedy music store, Rock Corner music store, Victoria music centre, Neway Karaoke outlet dan Celcom Blue Cube outlet. Anda juga boleh terus menghubungi IME Productions di talian 011-23166198.
Untuk maklumat lanjut dan info terkini berkenaan dengan konsert atau pembelian tiket boleh layari facebook rasmi IME Productions www.facebook.com/imepmy atau facebook rasmi CNBLUE http://facebook.com/CNBLUEOfficial
Artikel oleh : isabel
Gambar oleh : IME Production dan isabel
Last edited by isabel on 21-5-2014 12:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Last edited by isabel on 21-5-2014 12:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|