Sumber: Malaysian Digest
.
Sebelum ini media ada melaporkan, kalau ikut pada perancangan, sekitar tahun ini atau tahu depan, pasangan yang memang sudah sekian lama menjalin cinta, Kamal Adli dan Intan Ladyna, bakal melangsungkan perkahwinan mereka.
Kamal Adli ketika ditemui pada majlis previu filem terbaru lakonannya, 'Abang Long Fadil' bertempat di GSC, One Utama, malam tadi berkata, dia dan kekasihnya sudah sedia untuk mengakhiri hubungan cinta mereka ke jinjang pelamin.
Malah Kamal memberitahu, selain hubungan mereka kini seperti biasa, dia bersama Intan telah pun mendaftar kursus perkahwinan, baru-baru ini.
"InsyaAllah, seperti yang saya pernah beritahu sebelum ini kalau bukan tahun ini, tahun depan kami akan kahwin. Saya pun seperti dah dapat seru ni.
"Persiapan belum lagi tapi saya bersama pasangan saya sudah pun mendaftar kursus nikah. Baru daftar saja...", Kamal Adli kepada pihak media.
Sementara itu berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang penggambaran 'Abang Long Fadil', kata Kamal dia memang sudah lama menantika peluang untuk belakon dalam filem aksi.
Kamal Adli dan kekasihnya Intan Ladyana rancang kahwin selewat-lewatnya sekitar tahun hadapan.
Justeru apabila diberi kesempatan oleh pengarah muda Syafiq Yusof, dia tidak mahu mensia-siakannya. Tambah memberi kepuasan, sepanjang menghidupkan karakter kali ini Kamal berpeluang melakukan hampir keseluruhan babak lagak ngeri
"Memang saya dah lama nantikan nak berlakon aksi. Selama ni ada berlakon aksi tapi hanya sedikit. Tapi bila dapat tawaran ni, Syafiq beritahu yang memang filem ni banyak babak aksi, hampir 70%. Itu yang buat saya lagi teruja dan watak saya kali ini pun berbeza.
"Pada mulanya terus terang saya katakan yang sewaktu penggambaran saya kurang faham apa yang Syafiq mahukan untuk filemnya ini. Tapi bila saya tengok hasilnya, saya cukup kagum dengan pengarahannya. Seronok sepanjang penggambaran sebab kali ni semua aksi stunt saya buat sendiri. Walapun ada masa lutut saya terkehel sikit semasa buat stunt itu tapi saya puas. Selain tu saya dapat bergandingan dengan .............................................................
http://www.malaysiandigest.com/h ... -kursus-kahwin.html
|