CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25686|Reply: 123

Juliza Adzlizan Bertudung, Tiada Lagi Baju Seksi

[Copy link]
Post time 24-4-2014 12:57 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Penyanyi Juliza Adzlizan memberitahu keputusannya untuk tampil sopan dengan imej bertudung bukan kerana melalui kejadian-kejadian aneh seperti segelintir individu atau sengaja mahu mengikut trend terkini.
Sebaliknya, Juliza, 47, berkata, penghijraan tersebut dilakukan selepas dia merasakan sudah bersedia menjadi seorang muslimah yang mengamalkan tanggung jawab dengan sempurna.

"Saya sudah lama berniat untuk bertudung tetapi banyak sahaja kekangan terutamanya daripada segi pemakaian. Banyak koleksi pakaian saya yang kurang sesuai untuk dipakai dengan tudung.



"Jadi saya terpaksa ambil masa beli pakaian yang sesuai sikit-sikit dan tudung, lagipun saya jarang keluar rumah, sepanjang masa saya duduk rumah sahaja buat kek," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Juliza, dia mula merancang untuk bertudung sejak beberapa bulan lalu, terutama sekali ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan.

Bagaimanapun, baharu semalam (Selasa) dia mengakui benar-benar yakin untuk muncul dengan imej tersebut.

"Beberapa bulan lalu saya dah pakai tetapi untuk ke majlis-majlis tertentu sahaja, bila saya pakai saya rasa diri saya sempurna dan lengkap.

"Semalam baru saya pakai betul-betul dan yakin dengan keputusan saya ini, bukan apa, saya tidak mahu hanya pakai tudung tetapi amalan agama yang wajib masih lagi tidak bersedia.

"Saya mahu bila saya berubah dalam keadaan yang saya sendiri sudah kuat keyakinan dan bersedia untuk mengamalkan ajaran Islam dengan baik," katanya yang mengakui tidak pernah memikirkan trend tudung yang ingin digayakan.

Tambahnya, keputusan itu turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada suami dan anak-anaknya.

Dalam pada itu, tambah Juliza, sejak tidak aktif dalam industri hiburan, banyak baju-baju seksi yang pernah dipakainya diberikan kepada orang.

Katanya, dia kini banyak membeli baju yang besar seperti baju kurung dan jubah yang senang untuk dipakai.

"Baju-baju lama saya semua sudah saya beri pada orang. Lagi pula saiz baju sekarang sudah tidak muat lagi untuk saya pakai.

"Sejak duduk di rumah badan saya semakin membesar, jadi saya lebih selesa sarung baju yang senang dipakai seperti baju T, baju kurung dan jubah untuk kemana-mana," katanya.

Sementara itu, Juliza berkata dia kini sibuk dengan perniagaan kek secara dalam talian.

Pada mulanya, dia mengambil tempahan secara 'suka-suka', bagaimanapun ia menjadi perniagaan serius apabila kek tersebut mendapat permintaan ramai.

"Saya buat untuk anak-anak sahaja dan bila ada kawan yang ingin tempah saya buat juga. Namun apabila orang bercakap daripada mulut ke mulut kata kek saya sedap, ramai  pula yang ingin buat tempahan.



"Tiga bulan pertama sejak Oktober tahun lalu saya sudah buat lebih 100 biji kek dan saya sangat tidak sangka ia menjadi semakin serius ketika ini," katanya yang terpaksa mengambil kelas seni dekorasi kek.

Juliza berkata, dia kini sedang mencari pembantu bagi membuat persiapan untuk tempahan kek pada bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Dia mengakui bersyukur kerana minat tersebut mendapat sokongan suami yang banyak membatu melakukan kerja-kerja rumah apabila dia sibuk di dapur.

"Pada awalnya memang suami saya tidak faham dan rimas melihat rumah bersepah bila saya sibuk membuat kek, namun lama kelamaan dia pula yang bantu saya.

"Dia tahu saya hanya sibuk pada akhir minggu sahaja, jadi dia akan balik awal dan banyak tolong buat kerja-kerja rumah," katanya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 01:12 AM | Show all posts
lazat nampak keknya
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:14 AM | Show all posts
Adoii gemuk-gemuknya timun!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:21 AM | Show all posts
Rajin dia masak kek..mintak resepi kak
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 01:25 AM | Show all posts


tudung feshen baru ke ni??? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 02:07 AM | Show all posts
dulu nyanyi lagu apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2014 03:01 AM | Show all posts
atiqah_bea posted on 24-4-2014 01:14 AM
Adoii gemuk-gemuknya timun!

naik hantu kak mie..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 03:17 AM | Show all posts
sekejap bukak..sekejap tutup
moga2 istiqamah la kali ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 03:51 AM | Show all posts
tahniah... lawa spek
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 04:10 AM | Show all posts
dia ni mmg pandai masak kan

aku dulu tgk dia memasak nasik goreng kat tv pun terliur

bukan apa ayat dia tu...kacang goreng hiris ni jgn layu sangat....supaya masa makan tu rangup bunyik krup krap krup krap...


haaaa......ada2 je kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 04:56 AM | Show all posts
ana_w_houb posted on 24-4-2014 04:10 AM
dia ni mmg pandai masak kan

aku dulu tgk dia memasak nasik goreng kat tv pun terliur

kuatnya ingatan sis sebegitu detail
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:11 AM | Show all posts
hrp2 kali ni kekal la ye...
kek pon dh terror buat
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
pakweneelofa posted on 24-4-2014 01:25 AM
tudung feshen baru ke ni??? hahaha

Nmpak sedap fashion tudung baru haha.. Juliza paten jgn tak paten haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:20 AM | Show all posts
semoga kekal bertudung sehingga ke liang lahad - toksah bukak2 lagi -
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:24 AM | Show all posts
Woit mokcik julidza....lahir tahon 1964....tak kan umoq 47...???
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:38 AM | Show all posts
semoga istiqomah ya kak julieza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 07:41 AM | Show all posts
subee posted on 24-4-2014 07:24 AM
Woit mokcik julidza....lahir tahon 1964....tak kan umoq 47...???

Dia Juara Bintang RTM tahun 1983..(31 tahun yg lepas) Rasa2 hang darjah berapa masa tu, atau belum lahir??
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 07:48 AM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 24-4-2014 03:01 AM
naik hantu kak mie..

Haha sebut psl juliza ni, ayat tu yg iols ingat sampai sekarang. Hihihi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:08 AM | Show all posts
bagus suami die. suami mithali.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:13 AM | Show all posts
tebal2 keknyer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.089708 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list